from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Selepas Exam June 24, 2010

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 10:44 pm

Assaalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi akhirnya aku telah berjaya habiskan tahun 5 aku tadi. Peperiksaan hari ni memag sangat menguji minda. Bukan setakat minda, malah menguji tahap keyakinan terhadap Pencipta dengan kadar tawakal samada cukup atau tidak.

Lama betul aku tak update blog ni. Hahaha.. maka lepas ni insyaallah ada masa la lagi nak update blog. Rancangan terdekat selepas exam ni adalah MEMASAK!! Dah lama sangat kot aku tak masak proper untuk diri aku sendiri. Balik-balik makan mi segera, bubur nasi, nasi goreng. Tu je la. Naik bosan dah aku. Kalau dapat nasi briyani ke, nasi minyak ke, sweet sour ikan ke, sedap la juga kan? Masak tak teratur, makan pun tak teratur, tidur pun tak teratur juga. Lepas ni, boleh la aku memasak apa saja makanan yang aku nak makan. Waaah. seronoknya! 😀

Minggu depan aku nak buat apa eh? Ha, aku nak kena pergi perpustakaan pulangkan buku. Lepas tu aku nak pergi supermarket beli barang dapur dan barang makanan untuk stok aku yang berbaki sebulan di sini. Pergi praktikal kena sarapan dulu sebelum pergi. Kalau tak nanti pancit. Hehe.. Bersemangat tak aku nak berpraktikal kat sini? Huhu.. Ye la, baru je tahun pertama nak mula praktikal, mestilah tertanya-tanya macam mana gayanya? Macam mana prosedurnya? Macam mana penerimaannya? Insyaallah ok nanti.

Tadi telefon Emak. Kami berborak pasal majlis graduasi di sini. Emak dengan Abah memang tak datang pun kalaupun ada majlis graduasi tu nanti. Tapi dari dulu lagi Emak pernah cakap, “Wani, ko tak kecil hati kan Emak tak datang konvo ko kat Moscow nanti?” Aku faham je, faktor usia tidak mengizinkan Emak dengan Abah berjalan jauh apatah lagi menaiki kapal terbang yang tidak berapa selesa itu. Sudahlah lebih dari 12 jam perjalanan, transit lagi. Aku sendiri tak menyarankan mereka datang. Tak apalah, hadir dalam mimpi pun sudah cukup buat aku tersenyum lebar keesokan paginya. 🙂 Lagipun, aku dengar batch aku ramai je yang mak ayah mereka tak hadir. Kira ok la, aku boleh geng dengan diorang. Huhu.. Apa yang penting adalah aku berjaya membawa pulang sekeping ijazah nanti, insyaallah.

**Aku sudah menjadi pelajar tahun akhir MMA! Satu tahun je lagi. Come on Wani you can do it!

 

Keracunan Makanan June 13, 2010

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 2:30 am

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan sekarang ini musim exam, jadi aku suka bercerita tentang apa yang aku belajar untuk exam kali ini. Sekarang ni tengah belajar tentang jangkitan atau dalam bahasa orang putihnya : Infectious disease. Tajuk yang akan kita bincangkan pada hari ini adalah tentang keracunan makanan (food poisoning).

Keracunan makanan terjadi apabila kita termakan makanan yang sudah dikoloni oleh bakteria atau dengan kata yang lebih senang, makanan yang sudah tak elok / basi / terbiar lama di luar / yang sewaktu dengannya. Ini boleh diketahui dengan rasa, bau atau warna. Kalau agak-agak bau tu dah kurang menyenangkan, janganlah pergi tunjuk berani makan makanan tu pula ye.

Biasanya ini terjadi apabila makanan dibiarkan terlalu lama di luar sehingga bakteria mengerumuni dan sesetengah dari bakteria itu menghasilkan sejenis toksin yang jika termakan, ia akan menyebabkan tanda-tanda keracunan makanan terjadi. Contoh tanda-tanda keracunan makanan : cirit-birit, muntah, loya, sakit di bahagian perut. Tanda-tanda ini timbul lebih kurang 6 jam dari masa kita termakan makanan rosak itu. Jangka masa jangkitan itu lebih kurang 24-48 jam.

Ramai tidak mengetahui bahawa kes keracunan makanan ini juga adalah salah satu jenis jangkitan. Dan mereka hanya mengambil mudah tentang ini. Jadi aku ingin menyedarkan masyarakat tentang bahaya keracunan ni. Hurmm.. Ok, kalau kita terkena cirit-birit la kan, jika kita bukan doktor dan jenis malas nak pergi klinik, apa perlu kita buat? Haaa.. Jika anda yang terkena, aku sarankan minum air banyak-banyak. Bukan air sirap atau teh tarik, tapi air kosong. Sebab apa? Bila keracunan ni, si penghidap akan kehilangan banyak air dan zat-zat dari dalam badan. Jadi, untuk mengelakkan terjadinya dehydration (tak tau dan malas fikir apa maksudnya dalam bahasa melayu), kenalah minum banyak air 🙂

Tapi kalau rasa lemah sangat, aku sarankan pergilah jumpa doktor atau klinik yang terdekat. Jangan sampai dah lemah terbaring baru nak pergi ok. Nanti takut keadaan menjadi lebih teruk.

Aku pernah sekali terkena keracunan makan di Moscow ni. Masa tu tahun pertama. Bulan puasa. Masa buka tu, aku pergi gatal malas nak pergi basuh buah epal sebelum makan. Lap je kat baju macam aku buat kat Malaysia. Haha.. Jangan tiru aku ok! Malam tu dan keesokan harinya, aku berpuasa tapi dalam keadaan loya dan sakit perut. Orang suruh aku buka puasa tapi aku tak nak. Degil. Tapi balik kelas hari tu, aku muntah-muntah dan langsung tertidur. Mujur sekejap saja proses tu, kalau tidak memang lembik la aku. Huhu

Cukup setakat ini kelas kita. Jaga kebersihan, basuh tangan sebelum menguruskan makanan dan makan, dan baca doa sebelum makan ok! Wallahu a’lam.

**Malam ni kena berjaga. Aku sudah tiada masa mahu beronggeng keran 3 subjek sudah berderet tunggu. 😉

 

Pakar Bedah bukan pilihanku June 12, 2010

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 1:07 am

Assalamualaikum wbt.

Hari ini aku baru saja menduduki peperiksaan untuk subjek pertama aku untuk tahun 5 iaitu Surgery. Bila belajar Surgery ni, barulah aku tahu betapa susahnya untuk menjadi seorang pakar bedah. Susah payah yang dilalui dengan belajar menggunakan buku setebal 2 timbunan kertas A4 Double A yang dijual di kedai-kedai buku tu! Tidak hairanlah kalau pakar bedah ni, semua ilmu berada di hujung jarinya saja! Cakaplah apa saja, acute appendicitis, acute cholecystitis calculous type, lung cancer, Krukenberg tumour, Mirizzi syndrome, bla.. bla.. bla.. semua pasti sudah ada dalam ingatan.

Kertas double A yang menjadi bahan perbandingan.

Hari ini semua examiners adalah pakar bedah lelaki. Betapa garangnya muka semua mereka itu. Nak jawab pun takut. Tapi nak buat macam mana, kena juga hadapi. Kalau diam saja, tak ke mana la jawabnya. Alamat repeat paper la. Tapi sudah terlanjur aku selajar susah payah sampai tahun 5 ni, takkan aku nak drop pula kan. Tabahkan je la hati, baca Bismillah semoga lancarkan lidah untuk menjawab dan pergi oral. Akhirnya, alhamdulillah habis juga aku exam dengan menjawab dua kes berkaitan peritotinis secondary to appencdicitis dan acute cholecytitis calculous type with history of 2 attacks of myocardial infarction.

Apabila keluar dari dewan peperiksaan tu, rasa macam keluar dewan exam time SPM dulu. Berbincang dengan kawan-kawan apa soalan yang mereka dapat dan macam mana cara surgeon tu tanya. Memang la orang kata “kaw kaw punya tanya“. Balik je, terasa macam pening pula kepala. Ye la, berat kepala bila semua ilmu yang diketahui dikeluarkan dalam bentuk oral. Memang la susah.

Aku tak pernah cerita tentang kesusahan belajar Perubatan ni. Tapi in fact, memang susah sangat-sangat. Saja malas bercerita, nanti meruntuhkan motivasi orang yang mahu ambil medicine pula. Tapi tak apa, bersusah-susah dahulu, menyenangkan orang kemudian. Kenapa menyenangkan orang? Ye la, kita berkhidmat untuk menolong orang dalam kesakitan. Hari ini hari dia, mana tahu esok lusa hari kita pula?

Jika diberi pilihan, dalam banyak-banyak specialities, menjadi pakar bedahlah antara pilihan terakhir akan aku buat. Aku jenis bukan tangan pakar bedah. Belajar untuk menjadi pakar bedah ini lama. Sebab tu pakar bedah ini antara golongan yang hebat. Lagipun, proses untuk menjadi pakar bedah ini mengambil masa yang agak banyak. Jadi, untuk membahagikan masa dengan kerja, belajar dan keluarga, aku merasakan yang aku memang takkan mampu untuk bahagikan masa aku kepada banyak bahagian begitu. Pengurusan masa yang bijak adalah membahagikan masa dengan sama rata tanpa melebihkan yang satu dan mengabaikan yang lain. Itu baru pengurusan masa yang tip top!

Samalah susahnya kalau ambil bidang lain pun. Aku bercerita tentang perubatan sebab aku ambil bahagian ini. Kalau orang lain nak berkongsi tentang bidang mereka, contohnya perundangan, ekonomi dan perniagaan, kewartawanan, perguruan dan sebagainya, amatlah dialu-alukan. Aku suka juga mendengar dan mengambil tahu cara mereka belajar bagaimana. Selalu juga kakak-kaka aku bercerita tentang zaman mereka belajar dulu. Ada yang ambil ekonomi, rekaan fesyen, perhotelan dan sebagainya. Seronoklah mendengar mereka bercerita. Kesusahan mereka sebelum menjadikan mereka yang sekarang ini.

Apa pun, kalau diberi pilihan, I am not going to be a surgeon. Tapi kuasa Allah, kita tak boleh lawan. Kalau Allah takdirkan aku jadi pakar bedah, Kun Fayakun. Wallahu a’lam.

 

Cabaran June 7, 2010

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 10:28 pm

Assalamualaikum wbt.

Cabaran utama aku bila belajar untuk peperiksaan akhir ini adalah aku susah nak belajar waktu siang. Kalau musim sejuk, aku tunggu malam baru boleh belajar. Sekarang ini pukul 10 baru masuk maghrib. Jadi pukul beraa aku boleh mula belajar semula selepas waktu Asar? Hurmm.. Bagi aku, ini cabaran paling susah untuk aku pikul. Cuba bayangkan, pukul 10 baru masuk Maghrib, pukul 12 tengah malam baru masuk waktu Isya, jadi aku kena berjaga untuk teruskan Subuh dan belajar waktu itu. Tapi, Allah jadikan malam itu untuk berehat dan siang untuk bekerja. Tapi aku jadi terbalik pula. Ingat Wani jangan mengeluh..

Ini cabaran dalam belajar. Di mana-mana tempat pun ada cabarannya sendiri. Kita yang kuat ini hadapi sajalah. Jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang berjihad di medan perang lagi la, tak kira penat, pagi petang bertarung nyawa, engkau setakat berjaga menuntut ilmu takkan la dah mengeluh Wani ooiii?

Tak apa, I will take it as my challenge! I am a brave girl. So whatever matter comes in front of me, I will face it with my full power. Macam power puff girl pula walaupun aku tak pernah tengok pun cerita itu. Huhu..

********************

Aku tak tahu la macam mana nak ubah font size tulisan ni. Geram aku tengok tulisan kecil-kecil macam ni. Sakit mata pula nak membacanya. Tak tahulah orang lain macam mana. Kalau mata aku ni ada kanta pembesar, kan senang. Tapi cermin mata ni tak ada kanta pembesar la pula. Hehee..

 

Betapa Allah itu Maha Adil

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 1:25 am

Assalamualaikum wbt.

Sekarang aku tengah berusaha membaca tajuk Malaria untuk subjek Infectious Diseases. Walaupun baru separuh membaca nota, aku tiba-tiba teringat akan doktor yang memberi lecture tajuk Malaria ini. Malaria ini adalah satu jangkitan yang dibawa oleh seekor nyamuk betina yang dikenali sebagai Anopheles. Nyamuk ini adalah tempat kepada membiaknya parasit malaria (vector). Manusia dijangkiti dengan penyakit ini setelah digigit oleh nyamuk ini. Salah satu bahagian lecture beliau adalah:

Genetic resistance towards malarial infection.

1. Individual immunological status.

2. Newborns who passively receive antibody from mother.

Penerangan kepada tahap imuniti seorang individu itu merujuk kepada dua kumpulan. Pertama, mereka yang mempunyai perubahan genetik dalam sel darah merah, seperti Thalassemia, sickle-cell anemia, dsb. Yang kedua pula, individu pembawa gene kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD deficiency).


Mereka ini ditakdirkan Allah mempunyai penyakit yang melibatkan sel darah merah. Tetapi Maha Pengasih dan Adil nya Allah, mereka antara individu yang apabila dijangkiti oleh demam malaria, mereka tidak seteruk jika nak dibandingkan dengan individu biasa. Kenapa aku kata betapa Allah itu Maha Adil? Kerana mereka yang menghidapi penyakit tersebut ada yang tidak boleh menerima ubat anti-malaria. Contoh macam G6PD tadi, mereka tidak boleh mengambil ubat anti malaria sembarangan kerana ianya boleh menyebabkan mereka mendapat anemia yang teruk (hemolytic anemia) sebagai reaksi terhadap ubat tersebut. Sudahlah sejak azali lagi mereka ini ada anemia, jika ambil ubat anti-malaria, anemia mereka boleh menyebabkan mereka kekurangan sel darah merah pembawa oksigen kepada semua tisu dalam badan.

Dan bayi-bayi yang baru lahir, jika kita tahu, mereka ini adalah golongan yang mempunyai kadar imuniti yang sangat rendah. Tetapi dengan bantuan susu ibu yang mengandungi antibodi untuk daya ketahanan tubuh, mereka antara golongan yang terselamat dari jangkitan teruk malaria. Selain itu, secara saintifiknya, bayi ini mempunya sejenis hemoglobin jenis HbF. HbF inilah juga menghindarkan bayi terkena jangkitan malaria yang boleh membunuh.

Mungkin apa yang aku cerita ini kurang difahami tetapi sungguh, apabila aku belajar bidang ini, aku merasakan Allah itu memang Maha segalanya. Syukur dipanjatkan kepadaNya. Mungkin ini satu kelemahan aku untuk menerangkan apa yang aku belajar dalam bahasa Melayu. Kadang kala agak sukar untuk mencari terma dalam bahasa yang lebih mudah supaya orang biasa yang tidak mempunyai peluang belajar perubatan, boleh faham apa sebenarnya tentang sesuatu jenis penyakit itu.

**Rajin pula aku mengupdate blog ini. Dah, pergi belajar!

 

I want to share. June 6, 2010

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 3:19 am

Assalamualaikum wbt.

Awal minggu ini kita digemparkan dengan isu serangan ke atas kapal yang memuatkan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang ketika itu berada 60 batu nautika dari Gaza. Dan sepanjang dua tiga hari ini juga penuh kata-kata perangsang berbentuk keagamaan dikongsi di Facebook, Twitter dan ym. Pada aku, bagus. Sekurang-kurangnya telah wujud kesedaran di dalam diri mereka. Inilah antara salah satu tujuan aktivis-aktivis keamanan itu. Mengecam tindakan Israel terhadap Palestin melalui media samada cetak ataupun elektronik. Dan kebanyakan orang juga menukar profile picture kepada bendera Palestin tanda sokongan yang amat padu.

Kelmarin aku ada mendengar tazkirah. Tentang peristiwa peperangan Mu’tah. Peperangan yang menyaksikan 12 orang syahid dari 3000 tentera Islam yang menyertainya. Peperangan yang membuktikan bahawa bilangan bukanlah penentu kemenangan atau kekalahan sesuatu pasukan. 3000 orang tentera Islam yang menghadapi 200 000 tentera Romawi yang dikira besar bilangannya. Bayangkanlah, nisbah seorang tentera Islam itu, berapa yang mereka harus berdepan, tetapi akhirnya kemenangan berpihak pada mereka. Mungkin mereka yang sekarang ini belajar di Jordan, lebih mengetahui cerita ini sebab tempat bersejarah itu lebih dekat dengan mereka. Alangkah untungnya dapat jejakkan kaki ke Bumi Nabi itu.

Tapi ingin aku ingatkan, janganlah sekarang saja kita beringat tentang itu. Kita harus memujuk diri supaya sentiasa meletakkan diri kita ke tempat yang sepatutnya. Jika sekarang kita mampu mengingatkan orang tentang sesuatu kebaikan, kenapa tidak kita teruskan saja apa yang sudah kita mulakan? Bukankah itu lebih baik dari kita tinggalkan apa yang kita sudah mulai?

Aku bercakap ini bukanlah nak tunjuk aku ni baik sangat. Apa yang aku tulis, aku sebenarnya mengingatkan diri aku juga. Sudah lama tidak tulis apa-apa di dalam ini. Sekurang-kurangnya jika aku tulis ini, bila baca balik, aku ingat balik apa yang aku pernah tulis di samping aku memberi manfaat kepada orang yang membaca jika ada. 🙂

********************

Baru-baru ini ada salah seorang dari sahabat satu sekolah aku telah mendirikan masjid. Tahniah buat Muhammad Jarir dan isteri. Aku ini bukanlah kenal sangat dengan dia, cuma tahu dia budak kelas sebelah. Tapi bila dah habis sekolah, pasti kita akan mengambil tahu tentang rakan sekolah kita bukan? Bohonglah kalau tidak, tapi tak tahulah kalau memang nak memutuskan hubungan langsung. Hehe.. Dan baru-baru ini juga aku terlepas untuk pergi ke majlis perjumpaan semula (reunion) Sambest. Aku tengok gambar meriah sangat. Cemburu pula. Hehe..

********************

Sekarang ini minggu peperiksaan di sini. Aku ada 4 subjek yang hendak dihadapi. Sebelum ini aku dah habiskan 3 subjek : Therapy, Epidemiology dan Orthopedic. Lagi 4 subjek : Surgery, Infectious Diseases, Paediatrics dan Philosophy. Walaupun begitu, aku rasa kat tempat lain lagi banyak kot subjek yang kena get through, kan Asma? Hehe.. Apa pun, all the best untuk semua yang kebanyakannya tengah exam sekarang.

Sekarang ini aku stay up sebab nak ganti hari semalam dah banyak sangat tidur. Rugi dah masa aku. Kali ni dah masuk mug kedua air panas Neslo aku. Harapnya ia membantu aku mencelikkan mata dan minda aku untuk terus stay awake. Cewaah. Lagipun, Subuh dah awal sekarang. Makanya, jangan sampai tertinggal Subuh!

Banyak pula aku cakap kali ini. Oh ye, aku sangat jealous dengan perancangan percutian Mia dan Kak Mija ke Gold Coast hujung Julai ini walaupun aku dah pernah pergi. Main ride tu baca bismillah. Boleh gugur jantung weihh.. Huhu.. Tapi takpe, I am going back home. Lagi best. Hehee.. Lagipun, orang tu dah nak habis dah. Jadi enjoy your moment there. Jangan jadi macam aku, dah nak habis belajar, Moscow pun belum habis tour lagi. Huhu.

**Time is up. It is the time for continuing study. Thanks for reading. See you with more stories and experiences.

**I wish I can share my moment being in Moscow. And also my path towards the end of my journey. Inshaallah.