from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Russian Winter November 30, 2010

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 4:49 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Yes we meet again. Now the winter is coming and Moscow is getting colder by days. The temperature drops till -15 degrees Celsius! Can you imagine how cold we are? But we still have to go to class and face the cold wind and make ourselves just like a polar bear! Haha.. With high boots, muffler, snow cap, and 2-3 layers of clothes around the body, we found it just interesting. No other places in the world that I can experience this kind of weather and surroundings except for Russia. Well, it is Russian Winter.

 

About a month ago, one of Russian newspaper (Russia Today) announced that this year will be the coldest winter in 1000 years! Waah.. it sounds unbelievable right! People can only predict but the Most Powerful to make this happens or not is Him! If He says not gonna happen, it will not. That is what I always say. People’s power cannot overcome His’ whatever efforts they try to put on.

After all, this will be my last winter in Moscow. I cannot experience any winter season after this. So, I want to maximize my life here with Russian Winter. Do any activities that can make them forever in my heart and become the unforgettable memories for the rest of my life. This season makes me tougher and stronger to face the real life. InsyaAllah if I become a doctor, wherever area I will be posting, I will survive as I survive the Russian Winter for 6 years here. InsyaAllah.

Advertisements
 

Jangan melecehkan urusan yang baik November 27, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:32 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Semalam aku tidur lambat sebab berborak sampai larut malam. Berborak dengan teman serumah tentang masa depan. Hihi.. Terasa sudah besar pula. Ye la, jarang berbual pasal perkara ini. Dengan teman serumah pula tu. Ye la, masing-masing sibuk. Jarang dapat berbual begitu. Sekali sekala dapat berborak, seronok juga.

 

Salah satu isi perbualan kami adalah, betapa susah dan leceh nak kahwin di Malaysia. Mana taknya, sebelum nikah, macam-macam prosedur kena buat. Padahal urusan nikah kahwin ni sepatutnya mudah. Dengan adanya macam-macam prosedur buat ramai orang nikah di selatan Thai la, di luar negara la. Pada aku, bukanlah semua prosedur tu tak bagus. Contohnya, periksa darah untuk HIV. Itu satu perkara yang bagus sebab boleh mencegah satu keluarga tu dari terkena jangkitan virus itu.

 

Cuma apabila terlalu banyak prosedur, orang akan cakap, “Nak kahwin pun susah”. Sepatutnya nak bina masjid ni mudah tapi alhamdulillah kita masih ada Allah. Allah yang bantu kita mempermudahkan segala urusan kita. Semalam ada yang menyatakan kalau nikah di luar negara, jika mendaftar semula akan dikenakan denda. Hurmm tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Sebab aku pun tak pernah buat hihi 😀

 

Kita bernikah ni untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku. Kita bukan minta ianya berlaku tapi langkah yang betul perlu kita ambil supaya kita boleh menghindari perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Na’uzubillahi min zalik. Hurmm satu lagi. Di Malaysia ni, bukan setakat prosedur saja melambatkan urusan bina masjid, tapi dengan adanya adat resam yang terlalu banyak menyebabkan ianya memakan masa untuk sampai ke tujuan asal. Aku bukan tak setuju dengan adat resam la bagai tu, cuma aku kurang gemar apabila kedudukan adat resam itu lebih ditekankan dari kedudukan syariat. Syariat menggalakkan nikah tapi adat resam pula yang orang ambil kira terlebih dahulu.

 

Sekarang ni, bertunang pun dah macam gaya bernikah. Sepatutnya tunang ni kan senyap je, kahwin yang perlu kita war-warkan. Ini apa yang aku belajar masa sekolah dulu la. Masa kahwin tu kita nak beritahu orang supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari. Tapi apa yang aku tengok trend orang sekarang, masa tunang pun dah grand, ni apatah lagi masa kenduri nanti. Ada orang cakap, dari membazir keluarkan duit untuk pelamin la bagai, baik simpan duit untuk kegunaan anak-anak nanti. Kan lebih bagus. Kenduri ni seeloknya bersederhana saja tanpa membazir.

 

Aku ada pernah tengok majlis bertunang yang sangat ringkas (simple) tapi penuh keberkatan. Sejuk mata aku tengok. Itulah yang sepatutnya. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Aku harap apa yang aku cakap ni, aku tak buat la. Ni kena minta tolong ahli keluarga juga ni. Hihi.. Biarlah bercinta sampai syurga. Meraih cinta Tuhan yang Maha Agung. Insyaallah.

**Kepada kawan-kawan aku yang semakin ramai kahwin, aku ucapkan Tahniah. Barakallahu lakum. Kepada yang akan membina masjid, Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Doakan untuk aku sekali ok? 😉

 

MOSCOW: Seronok kah? November 25, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:48 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Minggu lepas ada seorang kawan yang aku hanya kenal melalui blog saja, datang melawat Moscow. Terima kasih Ainul! Ainul dan dua orang sahabatnya datang ke Moscow melawat kami di sini. Hehe.. Sambil melawat tempat-tempat yang menarik yang kebanyakannya aku tak pernah pergi. 🙂 Bagus juga kadang-kadang apabila ada kawan yang yang datang melawat tempat kita ni. Tempat yang tak pernah pergi pun, kita pergi.

Kadang-kadang apabila orang tanya aku seronok ke Russia ni (terutama Moscow), aku sendiri tak tahu nak kata seronok ke tak sebab nak kata seronok, tak tapi tak seronok pun, tak juga 😀 Sampai satu tahap apabila aku tanya kawan-kawan aku sendiri, adakah ibu bapa mereka datang untuk majlis graduasi nanti, ada yang kata datang tapi ada juga yang kata “Aku tak bagi diorang datang!” Waaah!! sampai macam tu sekali.. hihi

Kalau aku sendiri, ibu bapa aku tidak datang untuk hari graduasi aku nanti. Dari awal lagi Emak dah kata: Wani, ko tak kecil hati kan kalau Emak tak datang masa graduasi nanti? Hurmm aku sendiri pun tak kisah. Sebab pertama: Mereka dah tua untuk naik flight yang lama. Tahu sajalah orang tua. Dengan sakit otot nya, sakit sendi. Aku ni takkan la hanya dengan hanya nak mereka ikut kehendak aku, aku abaikan kesihatan mereka? Itu sangatlah pentingkan diri sendiri! Sebab kedua: Kalau mereka di sini, tiada tempat tinggal yang selesa untuk mereka tinggal. Mereka dah tua, mesti la kena tempat tinggal yang selesa. Selesa nak solat, selesa nak tidur dan selesa semuanya. Itulah peranan kita sebagai anak walaupun bukan di Malaysia. Daripada hanya cukup syarat nak mereka datang, baik tak payah datang, tunggu je kita di KLIA dengan sekeping ijazah. Kan lebih manis begitu? 🙂

Jadi apa langkah yang aku ambil, kalau nak datang Moscow maka datanglah tapi aku tak galakkan datang atau halang dari datang. Mungkin sesetengah orang suka keadaan di Moscow. Tapi ada juga yang kurang gemar suasana di sini. Mungkin untuk melawat sangat sesuai. Tapi untuk tinggal selama 6 tahun (macam aku) sangatlah mencabar! Sungguh aku katakan ia sangat mencabar.. Cabaran bahasa, cabaran cuaca dan cabaran lain. Aku tak tahu kenapa orang berebut-rebut nak datang Moscow.

**Sejak akhir-akhir ni ramai orang-orang besar Malaysia ramai betul ke Moscow. Mungkin mereka rasa Moscow ni unik, siapa tahu? 😛

**Tadi tidur, mimpi KS! KS dengan Kak Long dia. hihi.. Rindunya………. (more…)

 

Selamat Hari Raya AidilAdha

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:08 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Rasa sangat lama membiarkan blog ni berhabuk tanpa seri. Ibarat seperti rumah tanpa berpenghuni. Tapi nak buat macam mana, sejak akhir-akhir ni, aku memang tiada mood nak menulis dan secara tidak sedar, skill menulis aku dah makin terhakis.

 

Aku rasa sedih sebab raya kali ni aku tak dapat solat raya di kedutaan seperti selalu. Tambah lagi bila aku telefon Emak, telefon pula tidak diangkat. hurmm.. Baru rasa dugaan berhari raya di perantauan.Ini mungkin pengorbanan yang terbesar sepanjang aku belajar. Mungkin zaman kerja nanti, pengorbanannya lebih besar? Siapa tahu? Allah sahaja yang tahu.

 

Hurmm di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam tak kira berada di mana pun. Semoga hari raya kali ni membawa kepada pengorbanan yang lebih hakiki, yang lebih membawa kita dekat denganNya.