from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Kulit April 29, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 12:57 am

Assalamualaikum wbt.

Kelmarin aku baru saja dapat keputusan ujian darah dan medical check up untuk membenarkan aku buat praktikal di Moscow yang tersayang ini. Hahaa.. Alhamdulillah juga aku panjatkan kerana darah aku bersih dari sebarang kuman samada bakteria mahupun virus. Tiada Hepatitis B, C atau HIV. Tapi lepas ini kena jumpa consultant untuk penyakit kulit pula.

Bercakap mengenai kulit, aku ini adalah seorang yang berkulit gelap sedikit. Kiranya penghasilan melanin adalah sedikit tinggi dalam diri aku. Tapi tak apa, orang kata aku Hitam manis, bukan Hitam legam! Hahahaa. Kulit gelap ni ada kebaikannya, kurang risiko untuk mendapat kanser kulit. Walaupun orang sekarang mencari-cari calon yang berkulit putih, ataupun dengan kata lain nya suka tengok orang kulit putih, tapi aku tak kisah dan merasakan selesa dengan nikmat yang Allah bagi kat aku ni.

Dan aku amat-amat bersyukur kerana aku jarang ada masalah kulit. Cuma dulu aku pernah la kena panau, dah la kat muka pula tu. Cuba bayangkan betapa malunya aku nak pergi sekolah. Lepas tu cakap kat Abah, ada la Abah bagi ubat sapu tapi sakitnya tu Tuhan saja yang tahu. Tu semua gara-gara kaki main masa kat sekolah. Berjemur tengah panas main bola jaring. Tapi sekarang tidak lagi. Aku hanya main indoor je iaitu ping pong. Ping pon ni orang tak main tengah panas πŸ™‚

Dah berkarat ni otak sampai tak tahu nak tulis apa. Nak ucap tahniah kepada semua yang nak membina masjid dalam masa terdekat ni. Ramai nih! Tahniah.

Advertisements
 

7th Intervarsity Games in Kursk April 19, 2010

Filed under: favourite — muslimahbestari @ 8:59 pm
Tags:

Assalamualaikum wbt.

Aku baru sahaja pulang dari Kursk, menyertai Sukan Intervarsiti ke-7. Seperti biasa, sukan yang aku sertai adalah ping pong, sukan yang paling selamat aku kira tanpa cedera mahupun trauma kecil. Tak seperti sukan lain, yang memerlukan tenaga, dan mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan. Ramai yang aku tengok dapat sakit kaki la, luka, terseliuh, hematoma dan sebagainya.

My teammates

Yang menyertai ping pong dalam kejohanan sukan itu hanya 3 universiti sahaja tapi kesemuanya kuat-kuat belaka. Team kami campur. Kiranya organizer buat team event. 1 men’s single , 1 women’s single , 1 men’s double , 1 women’s double & 1 mixed double. Aku main women’s double je. Mulanya nak layan je la main macam biasa, sebab kalau kalah pun, insyaallah pasti dapat medal walaupun bukan emas. Tapi tahulah kan, teammates aku semuanya chinese, mestilah nak yang terbaik. Jadi kita main sungguh-sungguh. Perlawanan pertama menyaksikan aku bertembung dengan Volgograd State Medical University (VSMU) dan kami menang straight 3 sets. Alhamdulillah. Ni main liga. Siapa mata terbanyak, masuk final. Perlawanan kedua berjumpa dengan Kursk State Medical University (KSMU). Dalam perlawanan yang ini la kami kalah 3 straight sets tapi masih melayakkan kami ke perlawanan akhir. Lawan dengan KSMU ni kami rasa berdebar.Mana taknya, kerja dorang asyik bagi bola cut, spin dan seumpama dengannya. Kalau perempuan main, kena ada skill ni. Kalau tak, tak ada advantage kat kita. Sebab kalah tu pun aku rasa sebab kami banyak buat kesalahan yang kecil. Jadi tips untuk bermain (bagi orang yang main ping pong la kan..) Jangan buat kesalahan kecil dan pastikan bola kita sentiasa masuk. Lagi satu, main jangan gopoh, just relax. Kalau nak smash tu, smash bila dah ada keyakinan dan smash betul-betul.

Dalam perlawanan akhir tu, yang single lelaki dan single perempuan dan menang. Jadi untuk universiti aku menang pingat emas, kami perlu menang satu je lagi. Aku pun main la, tapi aku main 4 sets. Set pertama dengan kedua aku kalah, tapi set ketiga menang. Set yang keempat tu kalah pula. Tapi masa kami kalah tu, double lelaki pula menang! Itu menjadikan kami merangkul kejuaraan selepas tahun lepas kami gagal mempertahankannya. Ini adalah kali kedua aku dapat emas sepanjang 3 tahun aku melibatkan diri dalam arena ping pong ni.

Our final opponents in white. We are in red.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah SWT atas kurniaan dan rezekinya yang melimpah ruah. Mana taknya, sampai saja di Kursk, kami diberi hotel yang lengkap dengan jakuzi lagi. Makanan yang dihidangkan pun tak kurang hebatnya. Rasa asyik tak sabar je nak ambil next meal. Memang rasa tak nak miss la every meal tu. Sungguh berbeza dengan kali pertama aku datang Kursk masa tahun pertama dulu. Everything has improved!

My teammates in front of the Kursk State Medical University (KSMU)

**Untuk orang yang ada perlawanan ping pongΒ  29 April ni, ko main betul-betul ek. Ni motivasi dari aku. Guna tips yang aku bagi tu. Dan doa banyak-banyak. Insyaallah korang boleh!

**See you next year in Moscow!

 

Australia Bumi Kangaru & Koala April 8, 2010

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan,travel — muslimahbestari @ 12:34 am

Assalamualaikum wbt.

Kalau tak silap aku, cuti musim panas tahun lepas, aku habiskan lebih kurang 2 minggu di Australia, melawat Kak Mija dan Mia di sana. Walaupun waktu itu bahana H1N1 sangatlah meluap-luap, tapi aku lebih rela meletakkan diri aku dalam risiko daripada menggadaikan duit tiket kapal terbang aku ke sana walaupun hanya menaiki Air Asia. Aku pergi bukanlah seorang dan juga bukanlah dengan keluarga, tapi dengan kawan aku lagi dua orang. Kiranya kami bertiga lah.

 

 

Dari Kuala Lumpur, kami turun di Melbourne. Sampai Melbourne, Kak Mija jemput kami dari lapangan terbang. Di lapangan terbang Melbourne itu barulah aku merasai betapa lamanya nak lepas imigresen. Dipunggahnya semua beg aku nak tengok apa isi yang aku bawa dari Malaysia. Untuk makluman, kalau bawa Milo, diorang akan ambil ye kawan-kawan! Mereka tak benarkan sebarang produk berunsur susu atau daging dibawa masuk. Sekadar berkongsi, kot-kot la ada yang nak pergi Australia ke lepas ni kan.. πŸ˜‰

 

Sampai di Melbourne, tinggal satu dua hari, terbang pula ke Sydney. Biasalah, naik kapal terbang murah je, itu barulah pelancongan secara bijak! Dari Sydney, kami ke Brisbane dan melawat sekali Gold Coast (main rides la apa lagi!). Dari Brisbane kami terus ke Adelaide melawat adik aku yang cengeng! Hahahaha.. Just kidding. πŸ˜› Di Adelaide la aku merasa pegang koala yang hampir pupus itu dan memberi makan kepada kangaru yang sentiasa lapar! Tapi satu benda yang aku tak tahan bila pergi jumpa kangaru tu, baunya Ya Allah, enggak tahan…

 

 

 

 

 

 

 

Pengalaman di Australia sangat bermakna. Selain berjumpa dengan adik beradik, aku juga sempat berjumpa dengan sahabat lama aku, Fahimah dan Athirah. Aku juga berkesempatan untuk berkenalan dengan geng adik aku yang havoc itu! Huhuhu.. Terima kasih atas layanan kalian. Rumah tu memang best, dah la besar, ada halaman belakang pula tu.Ok, sekarang tengoklah beberapa keping gambar yang sempat aku kongsikan dengan kalian.

Dreamworld, di Gold Coast yang mendirikan pelbagai jenis rides yang kebanyakannya menduga keberanian aku.

Inilah adik aku yang bertuah itu! Ada gaya adik beradik tak? Huhuhuhuu

Ni wallaby, bukan kanggaru. Baru teringat. Dia ini kerjanya asyik minta makanan saja. Habis biskut aku kat dia saja. Hehehehe. Tapi tak apa, ianya pengalaman seumur hidup.

Sang koala yang berat. Dia malu kot tak nak pandang kamera. Aku je yang syok sendiri posing! huhuhuu

**Satu benda yang aku suka tentang Australia, sangat mudah untuk melaksanakan tuntutan agama, tak macam di Moscow yang musimnya tak menentu. Sejuk memanjang. Jika di Australia, di parking lot bertar pun boleh buat jemaah. Unik bukan?

 

Kempen dengar nasyid April 7, 2010

Filed under: favourite — muslimahbestari @ 7:17 pm

Assalamualaikum wbt.

Kat sini, bila aku humming satu lagu English (contoh: Poker Face by Lady Gaga), semua orang kata: Waahh, tak sangka ko tahu lagu tu! Hahaa.. Ya! Aku memang buta dengan lagu-lagu sebegini. Maksud aku, lagu-lagu English ke, Russian ke, Melayu ke. Hurmm.. Lagu Melayu memang aku jarang dengar. Eh, bukan. Aku memang jarang dengar lagu. Kalau pun nak dengar lagu, usually nasyid songs suit me best. Bukan nak bangga ke apa ke, tapi aku dah terbiasa dengar lagu nasyid sejak dari sekolah menengah dulu. Lagu Rabbani la, Raihan la, Hijjaz la dan macam-macam kumpulan nasyid lagi la.

Sampai sekarang ni pun, walaupun sudah banyak kumpulan nasyid yang ditubuhkan, aku tetap suka kumpulan nasyid yang lama-lama. Lagi satu, aku suka juga nasyid yang berbahasa inggeris, contohnya Sami Yusuf, Maher Zain, Zain Bikha dan sebagainya. Aku ni kureng sikit nasyid yang berbaur cintan-cintun ni, kecuali cinta kepada Allah dan RasulNya. Kalau lagu tentang ibu bapa, persahabatan atau penciptaan alam, lagi best. Menusuk terus ke kalbu.

Kadang-kadang dengan nasyid ini membawa kita lebih dekat dengan Pencipta. Ye la,nasyid tu kan dikarang dan digubah sebagai cara kita mengingat kepadaNya. Ada satu contoh lagu: Hold My Hands by Maher Zain. Cubalah youtube ke, lepas tu dengar lagunya, sangat seronok. Di samping itu, ada juga nasyid yang ditulis dan didekasikan untuk ibu atau bapa. Sampaikan sekarang ini, nasyid hari lahir pun sudah ada!

Aku tak malu jika dikatakan ketinggalan zaman tak mengikuti lagu-lagu Barat. Kalau orang lain ada minat sendiri terhadap sesetengah genre lagu, aku pun ada juga. Tapi sekarang ini aku dah jumpa ramai orang yang suka kedua-dua genre (nasyid dan bukan nasyid). Kiranya sekarang ini nasyid dah mendapat tempat.

Apa kata kita buat kempen Satu Hari Satu Nasyid? Tiada salah pun. Memperbagaikan jenis lagu. Cubalah! Nasyid ni pun seronok. Trust me! πŸ˜‰

For the beginning, let me present to you: Hold My Hands by Maher Zain

 

Khutbah Terakhir Rasulullah April 6, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:42 pm

Assalamualaikum wbt.

Tadi aku baca blog adik aku (you know who you are). Ada satu video di sana. Video tu buatkan aku terpana. Di akhir video itu, ada satu benda yang buatkan aku kalah dengan air mata; iaitu pesanan Rasulullah SAW dalam khutbah Baginda yang terakhir pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah. Kamu boleh baca khutbah Baginda ini yang antara kandungannya mengingatkan kita banyak perkara.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

Secara peribadi, aku belum pernah membaca khutbah terakhir Baginda ini secara penuh. Aku hanya tahu yang ini: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Akan tetapi, sungguh, sungguh tersentuh ucapan Rasulullah dipermulaan khutbah Baginda dan pesan Baginda supaya sampaikan kepada yang lain. Memang, sungguh Baginda sudah sampaikan risalahNya kepada kita. Kita saja belum ambil sepenuhnya dan sampaikan kepada orang lain.

**Aku kembali membaca Raheeq Makhtoum. Seronok! Kalah novel terbitan alaf 21! Kadang tersenyum, kadang menitis air mata. Jika kita tidak membaca Sirah Nabawiyah kita sendiri, siapa lagi mahu membaca? Kalau sejarah dunia kita boleh hafal, sirah Rasulullah pasti senang saja bukan? πŸ˜‰ (more…)

 

Setelah hampir seminggu April 2, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 12:34 am

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini terasa lega sedikit sebab posting Paediatrics sudah mahu sampai ke penghujung. Exam yang banyak tu pun dah diharungi. Terima kasih Allah! Berkenaan dengan peristiwa Isnin hari itu pun, aku sudah memberitahu Emak. Semoga tidaklah mereka risaukan aku.

Seminggu yang berlalu ini penuh dengan keinsafan. Kuasa Allah memanggil kita kembali mendekatiNya. Sekelip mata saja Dia mahukan kita kembali rapat denganNya. Dengan peristiwa ini, kita lebih dekat dengan Allah. Memohon perlindungan daripadaNya. Mengucap syukur atas kurniaan nyawa untuk sambung menuntut ilmu di bumiNya.

Kepada sahabat yang tak kira berada di mana pun, jagalah keselamatan diri, jangan lupa Tuhan.