from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Australia Bumi Kangaru & Koala April 8, 2010

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan,travel — muslimahbestari @ 12:34 am

Assalamualaikum wbt.

Kalau tak silap aku, cuti musim panas tahun lepas, aku habiskan lebih kurang 2 minggu di Australia, melawat Kak Mija dan Mia di sana. Walaupun waktu itu bahana H1N1 sangatlah meluap-luap, tapi aku lebih rela meletakkan diri aku dalam risiko daripada menggadaikan duit tiket kapal terbang aku ke sana walaupun hanya menaiki Air Asia. Aku pergi bukanlah seorang dan juga bukanlah dengan keluarga, tapi dengan kawan aku lagi dua orang. Kiranya kami bertiga lah.

 

 

Dari Kuala Lumpur, kami turun di Melbourne. Sampai Melbourne, Kak Mija jemput kami dari lapangan terbang. Di lapangan terbang Melbourne itu barulah aku merasai betapa lamanya nak lepas imigresen. Dipunggahnya semua beg aku nak tengok apa isi yang aku bawa dari Malaysia. Untuk makluman, kalau bawa Milo, diorang akan ambil ye kawan-kawan! Mereka tak benarkan sebarang produk berunsur susu atau daging dibawa masuk. Sekadar berkongsi, kot-kot la ada yang nak pergi Australia ke lepas ni kan.. 😉

 

Sampai di Melbourne, tinggal satu dua hari, terbang pula ke Sydney. Biasalah, naik kapal terbang murah je, itu barulah pelancongan secara bijak! Dari Sydney, kami ke Brisbane dan melawat sekali Gold Coast (main rides la apa lagi!). Dari Brisbane kami terus ke Adelaide melawat adik aku yang cengeng! Hahahaha.. Just kidding. 😛 Di Adelaide la aku merasa pegang koala yang hampir pupus itu dan memberi makan kepada kangaru yang sentiasa lapar! Tapi satu benda yang aku tak tahan bila pergi jumpa kangaru tu, baunya Ya Allah, enggak tahan…

 

 

 

 

 

 

 

Pengalaman di Australia sangat bermakna. Selain berjumpa dengan adik beradik, aku juga sempat berjumpa dengan sahabat lama aku, Fahimah dan Athirah. Aku juga berkesempatan untuk berkenalan dengan geng adik aku yang havoc itu! Huhuhu.. Terima kasih atas layanan kalian. Rumah tu memang best, dah la besar, ada halaman belakang pula tu.Ok, sekarang tengoklah beberapa keping gambar yang sempat aku kongsikan dengan kalian.

Dreamworld, di Gold Coast yang mendirikan pelbagai jenis rides yang kebanyakannya menduga keberanian aku.

Inilah adik aku yang bertuah itu! Ada gaya adik beradik tak? Huhuhuhuu

Ni wallaby, bukan kanggaru. Baru teringat. Dia ini kerjanya asyik minta makanan saja. Habis biskut aku kat dia saja. Hehehehe. Tapi tak apa, ianya pengalaman seumur hidup.

Sang koala yang berat. Dia malu kot tak nak pandang kamera. Aku je yang syok sendiri posing! huhuhuu

**Satu benda yang aku suka tentang Australia, sangat mudah untuk melaksanakan tuntutan agama, tak macam di Moscow yang musimnya tak menentu. Sejuk memanjang. Jika di Australia, di parking lot bertar pun boleh buat jemaah. Unik bukan?

 

Mesir. Tempat Nabi. March 26, 2010

Filed under: travel — muslimahbestari @ 3:10 pm

Assalamualaikum wbt.

Hari ni mari kita berhijrah pula ke Mesir, salah satu negara yang terletak di benua Afrika. Dan juga tempat yang ramai budak-budak Sambest menuntut bidang perubatan di sana.

Mesir ini terletak bersempadan dengan Israel. Dulu masa aku pergi, aku tak berkesempatan nak ke Sinai, sebab tak cukup masa. Perjalanan aku ke Mesir bermula begini. Aku turun di Hurghada (Ghurdaqah -betul ke?- dalam Arab) dari Moscow. Tapi sekejap saja kami di sana. Kemudian kami ke Kaherah (Cair0) untuk menyambung perjalanan kami menjelajah bumi Nabi. Untung benar sesiapa yang dapat belajar di sana kan? Sudahlah dekat dengan tempat Nabi, negara Islam pula. Tapi tak apa, aku tak menyesal ditempatkan di Rusia kerana ia menjadikan aku Muslim yang lebih kuat!

Kita sambung semula cerita. Sampai di Kaherah, Kami menginap di Dewan Abbasiyah, Malaysian Hall di Kaherah. Sejuknya Mesir waktu itu. Aku ingat Mesir ini walaupun musim sejuk, suhunya tidak begitu sejuk. Sebelah Malaysian Hall tu ada masjid. Senanglah. Kalau azan waktu Subuh tu, terus saja bangun!

Satu benda yang paling mengingatkan aku tentang Mesir selain dari tempat-tempat yang dilawati yang kebanyakannya masjid, tempat ibadah para solihin, aku paling gemar ‘asirnya (jus). Pekat dan menyamankan. Menyegarkan tekak kepada si hamba yang kehausan. Cubalah tanya sesiapa yang pernah merasai ‘asir Mesir, pasti mereka teringat-ingat kepekatannya!

Tapi malangnya, kebanyakan gambar di Mesir dah hilang bersama laptop aku yang rosak. Hanya ada beberapa keping saja yang sempat diselamatkan. Tapi tak mengapa, memori masih segar di dalam minda jika diizinkan Allah SWT.

**Bumi yang terbaik adalah Bumi Allah.

 

Seoul, Korea March 23, 2010

Filed under: travel — muslimahbestari @ 11:10 pm

Assalamualaikum wbt.

Aku mengunjungi Korea sewaktu cuti musim sejuk tahun lepas. 2 minggu aku berada di sana. Terima kasih la kepada kawan aku yang tolong carikan tempat menginap untuk aku dan teman aku dari Moscow ni.

Istimewanya Korea adalah ia terletak di Asia. Kalau orang lain berebut nak menjelajah seluruh Eropah, lain pula dengan aku. Aku lebih suka pergi negara yang ada kaitan dengan diri aku. Apa kaitannya Korea dengan aku? Haaa.. ni nak cerita ni. Sebabnya Korea tu terletak kat Asia dan Malaysia juga terletak di Asia. Jadi tradisinya masih menjaga adab dan sopan sebagai orang Timur. Itu yang aku suka.

Tapi satu sahaja yang menjadi masalah untuk aku. Masalah bahasa. Aku tahu perkataan Annyeonghaseyo (selamat) dan Kamsahamnida (terima kasih) je. Lain semua, guna bahasa isyarat. Bahsa isyarat? Ya, bahasa isyarat. Bahsa yang paling mudah tapi paling memeningkan kepala.Kalau ilmuwan terdahulu mampu menguasai pelbagai bahasa, maknya aku pun sebenarnya mampu untuk jadi begitu, cumanya aku ini tiada talent orang putih kata untuk memulai apatah lagi memfasihkan (betulkah perkataan yang aku gunakan ini?).

Tapi apa pun, jika ingin ke Korea, pergilah waktu musim bunga atau musim panas. Tak payah la kamu memakai pakaian setebal aku memakainya. Di musim bunga, aku difahamkan ada satu bunga yang tumbuh seakan bunga sakura. Sungguh cantik.

Dan jika ke Korea, singgah sekali ke Pulau Jeju. Tempat yang menarik. Limaunya juga sedap. Teringat betul aku pada limau Jeju. Alhamdulillah syukur pada Tuhan memberi aku peluang sebegitu untuk jejakkan kaki ke satu bahagian dari bumiNya.

**Di Seoul, ada satu masjid tapi kena mendaki sikit. Masjidnya cantik. Cuma di gambar bawah ini nampak gelap sedikit tapi dalamnya cantik. Alhamdulillah.

 

Sejarah. Greece

Filed under: travel — muslimahbestari @ 6:51 pm

Assalamualaikum wbt.

Menjejakkan kaki ke tanah Greek menjadikan aku ini teringat semula sejarah yang aku belajar semasa di sekolah menengah dulu. Aku ini bukanlah hebat sangat dalam sejarah sebab aku sendiri tak minat akan sejarah. Tapi sekarang ini barulah aku menyesal kerana kita sendiri lahir dari sejarah.

Sejarah menjadikan kita lebih menghargai Islam. Sejarah juga mengajar kita tentang ketabahan Nabi dan sahabat baginda mengembangkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dari Tanah Haram Makkah sehinggalah Tanah Besar China. Dengan sejarah juga  mengingatkan kita bahawa Islam dahulunya pernah melalui zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Dengan sejarah jugalah, kita tahu bagaimana Kerajaan Bani Abbasiyah jatuh di tangan Hulagu Khan yang bukanlah hebat mana pun ketika itu.

Kali ini aku betul-betul menyesal kerana menyisihkan subjek sejarah di sekolah dahulu walaupun beberapa faktanya perlu difikirkan semula. Tapi jika sejarah ini diselami semula, insyaAllah kita mampu menaikkan semula zaman kegemilangannnya seperti zaman Nabi dahulu.

Sejarah itulah menjadikan kita sekarang. Kita kena sentiasa beringat akan sejarah kita ini. Sekarang ini apa yang aku mahu adalah aku ingin menjejaki bumi Anbiya’. Entahlah, aku sekarang ini memasang niat untuk melawat bumi Nabi ataupun negara yang pernah satu ketika dahulu menyaksikan zaman kegemilangan Islam seperti Sepanyol, Turki, Jordan dan sebagainya. Sebelum ini aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarah Bumi Mesir, tempat Nabi Musa dan Nabi-Nabi lain. Aku bersyukur walaupun aku tak berpeluang untuk menuntut ilmu di sana, sekurang-kurangnya aku berpeluang melawat beberapa tempat di sana seperti beberapa makam sahabat Nabi dan para hamba Allah yang soleh. Semoga aku mendapat kebaikan daripada ziarah aku itu.

Jika berkesempatan, aku ingin menceritakan pengalaman aku ke negara yang menjadi pusat Kristian iaitu Itali. Secara kasarnya, pada mata orang, Itali ini adalah seperti Mekah untuk orang Kristian. Tambah-tambah lagi di Vatican City. Tapi tak apalah, lain kali kita berkongsi pengalaman lagi ye.

Wassalam