from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Teaser Photo Outing Raya edition September 19, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 9:55 pm

Assalamualaikum wbt.

Banyak lagi gambar yang akan menyusul insyaallah. Ini adalah teaser untuk sesi fotografi kami untuk edisi raya 2010 yang bertempat di 3 monumen terkenal di Moscow. Nantikan kepada sesiapa yang nak menanti. Huhu

 

Riang Ria Raya September 12, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:25 pm

Assalamualaikum wbt.

Tadi aku baru saja pulang dari jamuan rumah terbuka di rumah kawan aku. Sebenarnya ada dua jemputan rumah terbuka hari ini. Wah, terasa benar hari raya kali ini. Perut pun sudah bermacam-macam makanan disumbat. Sekarang dah tersandar kekenyangan.

Aku masih belum mengutip gambar raya dari kawan-kawan aku. Maklumlah, kamera aku ni sudah tak ingat diletakkan di mana. Huhu.. Jadi menumpang kamera orang sajalah. Dan inilah sebahagian dari gambar raya kami.

Inilah gambar kumpulan aku dari tahun pertama sehingga dah nak habis belajar ini. Ramai kan perempuan? Hehe..

Dia ni kawan aku yang agak rapat dari tahun pertama. Namanya Afifah. Dia ni memang kecil ye kawan-kawan. Jadi bila berdiri dengan aku, memang aku nampak outstanding sikit sebab tinggi hehe.. Emak pun dah kenal dengan dia ni sebab aku selalu minta pesan barang dari Malaysia kalau dia balik tapi aku tak.

Ini sebahagian dari kawan-kawan aku di sini. Kesemuanya akan menamatkan pengajian tahun depan insyaallah.

Akhir sekali, dari aku, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin ye kawan-kawan kalau ada tersalah bahasa dan tersilap kata. Mohon maaf dengan sangat.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri September 10, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:46 pm

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Harapnya semua sihat-sihat belaka di samping menjaga perut dari menyumbat segala macam makanan tanpa had. Raya tu raya juga tapi jangan sampai kesihatan diri terabai. Pesanan dari penaja πŸ˜›

Semalam beraya di kedutaan. Semua senior tahun akhir berpakaian turqouise, termasuklah aku ni ha. Huhu.. Tapi banyak gambar aku berada di kamera orang lain kerana kamera aku sendiri aku terlupa letak di mana. Sekejap lagi aku ada tetamu. Sedikit juadah aku telah sediakan tapi ringkas saja. Rendang daging, nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh. Ringkas bukan? Hehe..

Hari ini terasa seperti dapat hadiah raya pula. Zachut aku dapat percuma hari ini. Seronoknya πŸ™‚

Baru ada dua keping gambar raya yang boleh aku letakkan di sini. Kepada semua sahabat aku yang mahu membina masjid lepas raya ni, tahniah diucapkan. Tapi jangan lupa, puasa sunat aidilfitri yang 6 tu kita laksanakan insyaallah. 6 hari je, bukan lama πŸ˜‰

 

Entri 1 untuk tahun akhir September 7, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 7:44 pm

Assalamualaikum wbt.

Maaflah sebab sudah lama tidak menulis di sini. Bulan Ramadhan pun hampir melabuhkan tirainya. Di Moscow ini, 1 Syawal jatuh pada hari khamis bersamaan denganΒ  9 September 2010. Bukan apa, terasa macam tiada mood nak menulis di sini. Ya lah, hati ini sayu kerana terpaksa beraya di perantauan lagi. Tapi insyaallah buat kali terakhir la tahun ini. Bermakna, aku juga akan menghabiskan satu tahun lagi di bumi bertuah Moscow ini.

Sudah dua minggu aku bergelar pelajar tahun akhir. Cycle aku yang pertama ini bermula di Surgery Department (Jabatan Pembedahan). Hospital yang aku ditempatkan ini jauh jugalah. Keluar rumah dalam pukul 7 pagi macam tu. Sampai saja di hospital, sarung white coat dan terus saja menyertai doctors’ conference yang bermula tepat jam 8.30 pagi. Kalau lambat saja sudah tak dapat masuk. Inilah pentingnya ketepatan masa. Dan aku tiada masalah untuk itu πŸ™‚

Sesudah conference, terus pergi wad yang sudah ditetapkan oleh doktor kami. 1 wad dalam 3 orang pelajar yang ditetapkan. 2 dari English medium dan 1 dari Russian medium. Wad yang aku in charge ni adalah wad untuk pesakit arterial and venous diseases. Mereka ini mempunyai masalah dengan salur darah yang tersumbat atau aliran darah yang tidak berapa lancar. Sama ada masalah arteri atau vena. Ada juga yang dipotong kakinya sebab tisu mati akibat kurangnya darah yang dapat pergi ke tisu tersebut atau lebih dikenali sebagai gangrene.

Setakat ni aku masih ok lagi di sini. Tadi sebenarnya baru balik dari masjid. Buat apa kat masjid? Hehe.. ingat aku buat apa kat sana? Tadi pergi hantar baju untuk didermakan. Jumpa la sekali tok imam kat masjid tu. Waah sangat segak berkot dan berkopiah. Cuma ada dia tanya, “ada pakaian untuk kanak-kanak tak?” masalahnya tiada sebab pelajar sini tak ada anak lagi. ^^

**All the best untuk Mia yang nak exam Khamis ni.