from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Day 3 January 22, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 5:54 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Day 3: Your idea of the perfect first date.

 

Agak-agak apa yang akan keluar dari kepala saya tentang first date? Secara peribadi, saya mahukan satu pertemuan yang terus saja menjadi halal bagi saya. Biarlah pertemuan pertama itu menjadi bermakna bagi seumur hidup bagi kedua-dua kami.Itu apa yang saya mahukan, tapi apa yang jadi, semoga Allah meletakkan yang terbaik.

 

**Kalau terus jumpa kedua ibu bapa, lagi senang. Huhu :mrgreen:

 

 

Advertisements
 

Selamat hari lahir ibu January 21, 2011

Filed under: love — muslimahbestari @ 6:24 pm

Assalamualaikum wbt.

 

SELAMAT HARI LAHIR IBU.

 

POHON DOAMU SELALU.

 

DOA UNTUKMU SELALU KUTITIPKAN.

 

SELAMAT HARI LAHIR IBU.

 

Surat Cinta January 20, 2011

Filed under: love — muslimahbestari @ 1:37 am

Assalamualaikum wbt.

 

Ke hadapan seorang kakak yang jauh di mata,

 

Selamat hari lahir diucapkan dari bibir. Dan juga dari dalam hati. Tidak pernah sekalipun diriku lupa tarikh keramat ini. Sekali-kali tidak. Tambah pula bulan pertama dalam kalendar masihi. Insyaallah tidak lupa. Selamat hari lahir untuk kali keduanya.

 

Surat ini ditujukan pengganti diri. Surat ini juga bakal menjadi memori sementara kakakku yang lagi seorang ini belum bertukar pangkat. Surat ini semoga menjadi ingatan kepada kita berdua kelak. Semoga surat ini dibaca dan sampai maksudnya di hati penerima. Tidak sempat mahu mengutus secara terus memandangkan orang sekarang sudah jarang menggunakan khidmat pos :mrgreen:

 

Wani minta maaf seandainya Wani pernah berbuat salah silap yang terkadang tidak Wani perasan sepanjang KS berada di samping Wani dan mengenali Wani. Sungguh. Tidak terlintas mahu menyakiti hati dan perasaan KS. Jauh sekali buat KS berasa jauh hati dengan Wani. Semoga dengan meningkatnya umur KS, kehidupan KS lebih diberkati dan urusan KS dipermudahkan semuanya. Tapi satu perkara yang kita kena ingat, meningkat umur menandakan pendeknya kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini. Dan semakin sedikit peluang kita untuk beribadah kepadaNya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam ibadat kepadaNya.

 

Wani tahu Wani bukanlah orang yang layak untuk memberi peringatan sebab Wani pun tidaklah sempurna orangnya. Sentiasa melakukan salah dan silap. Kadang kala Wani rasa risau dengan pencapaian diri. Risau dengan keadaan iman yang turun naiknya tidak menentu. Risau dengan keadaan diri yang kurang ilmu. Risau dengan persediaan ukhrawi. Tetapi semoga kita sentiasa berada di jalanNya dan dapat tempuhi dugaan yang mendatang dengan hati yang sabar. Walaupun Allah bagi dugaan, tetapi Dialah jua yang beri penyelesaian. Dan Dia jugalah yang bagi jalan untuk menenangkan hati yang gundah dengan ayat-ayatNya yang menyentuh jiwa. Semoga kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang lupa diri.

 

Selamat hari lahir KS. Wani nak ucap sepuas hati Wani supaya jika Wani terlupa, KS akan ingat yang sebenarnya jika Wani tidak sibuk atau ada sebab lain, Wani tidak akan lupa sekelumit pun perkara yang berkaitan dengan KS. Sampai setiap apa yang dilakukan, tentu terdetik di dalam hati,” alangkah eloknya jika KS berada di sini.” Tetapi apabila kembali ke realiti, KS tiada di sisi. Siapa sangka KS sudah 2 tahun tidak bersama kami. Dengan hanya 4 tahun kita berkenalan, tetapi ukhuwah yang tinggal sangat membekas. Surat ini macam surat cinta pula. πŸ˜‰

 

Selamat hari lahir KS. Wani tahu KS tengah stress sekarang ini dengan posting baru. Ketahuilah, Wani sentiasa doakan KS bahagia di dalam apa jua yang KS bakal tempuhi. Bersabarlah di atas segala dugaan yang menimpa. Bersabarlah di atas segala cabaran yang dihadapi. Mereka itu hanyalah mainan dunia yang kadang kala datang menjadi hiburan walaupun pada waktu itu kita tidak suka akannya. Tetapi ingatlah, setiap dugaan yang datang itu pasti ada berita gembira di sebaliknya. Dan usah terlalu gembira dengan kesenangan, pasti kelak akan datang ujian yang menepuk pintu iman. Bersederhana lebih baik pengakhirannya.

 

Selamat hari lahir KS. Wani ingin memohon maaf jika Wani tidak dapat bersama KS ketika hari yang kelak membahagiakan KS dan kehidupan selepasnya. Wani memohon dihalalkan semua pemberian, ilmu dan makanan serta minuman yang telah KS beri sepanjang kita mengenali antara satu sama lain lain. Gatal pula hidung ni. Nak terbersin tak jadi pula πŸ˜› Haah, Wani selesema sekarang. Kejap lagi nak makan ubat kemudian sambung belajar. Kalau tertidur atas meja, nasiblah.. Hehe.. Sambung balik. Wani memang ingin bersama KS di hari tersebut kalau itu menjadi hadiah yang paling bermakna. Tetapi apakan daya Wani melawan takdir Allah. Hanya doa yang ikhlas memanjangkan hadiah bermakna buat KS. Semoga KS dipermudahkan urusan.

 

Wani kurang pasti adakah KS membaca surat ini atau tidak. Jika dibaca, semoga ianya menenangkan hati KS. Jika tidak, semoga satu hari nanti surat ini sampai juga ke KS walaupun ia mengambil masa seribu tahun. Semoga kita dapat berjumpa jika Wani balik Malaysia nanti. Atau jika tidak, semoga kita dapat bertemu di Syurga abadi.

 

Wani ada beritahu seseorang yang kalau dapat pergi Pahang, boleh la rasa gulai ikan patin. Orang itu bertanya, “Pergi Temerloh nak?” Wani diam saja. :mrgreen: Harapnya dapat la Wani jejak ke Temerloh sana. Kalaupun bukan sebab jemputan, tetapi kalau bercuti pun tak mengapa kan? πŸ˜€

 

SELAMAT HARI LAHIR. Wani tinggalkan KS di bawah jagaan Allah SWT. Dan Wani tinggalkan juga sepotong wadah untuk motivasi buat KS. Love us always. Far from Moscow. ~~

 

**Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (ila akhir ayat) (Ali Imran:110)

**Kasih sayang ini lahir kerana kasih sayang kepada Allah dan Rasul. Semoga kasih ini membawa kita ke syurga.

 

Sambutan hari lahir January 15, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 11:41 pm

Assalamualaikum wbt

 

Saya baru pulang dari sambutan hari lahir. Hari lahir siapa? Ha.. Hari lahir kawan saya (Dodod) dan saya sendiri. Almaklumlah, kami pakat-pakat lahir awal, bulan Januari. Memandangkan saya akan keluar dari Moscow seminggu lagi dari sekarang (dan hari lahir saya jatuh pada hari kami keluar berjalan) jadi kami bercadang untuk menyambut hari lahir saya lebih awal. Tapi hari lahir kawan saya ini sudah lepas, 11 Januari yang lalu, sama dengan Dato Siti kita la. Tak apa, kita layan saja.

 

Di samping saya bercerita ini, saya melengkapkan cabaran untuk hari kedua.

 

Day 2 – A photo of something you ate today.

 

Tadi kami tak berpakat pun mahu berbaju ungu tapi kebetulan sangat warna ungu menjadi pilihan diri. Menu utama hari ini yang menyebabkan saya boleh menyelesaikan cabaran hari kedua. Kami memilih untuk menyediakan makanan secara potluck. Dan menunya adalah: Kek hari lahir (kek ais krim), nasi minyak, ayam sate, ayam masak merah, daging masak hitam, acar rampai, agar-agar pelangi, puding karamel, banana shake ala-ala puding, air teh suam. Nasi tu saya yang sediakan bersama teh. Yang lain, kawan-kawan lain yang buat.

 

Biasalah kami bergambar sepanjang majlis. Makan, tangkap gambar, makan lagi, tangkap gambar lagi. Seronok. Tambah-tambah lagi dah nak habis belajar ini, masa kerja mesti lagi sibuk, tak sempat nak hang out dengan kawan-kawan. Jadi jom kita tengok gambar.

 

Antara tetamu yang hadir adalah ahli kumpulan dan ahli rumah saya sendiri. Terima kasih semua kerana sudi datang. Sayang korang lah!

 

Meh makan. Sedap.. :mrgreen:

Saya berkongsi duit dengan dua lagi kawan baik saya untuk beri hadiah pada Dodod. Tapi hadiahnya sangat kecil. Tak apa lah, yang penting, ianya bermakna. Tak gitu? HAPPY BIRTHDAY DOD!

 

Dan saya juga dapat hadiah in advance. Tengoklah saya dapat apa?

Perfumed shower gel. Wah. Wangilah saya lepas ni. πŸ˜€

 

**Makanan makin banyak. Saya makin tembam! Oh tidak. Nak menangis sebab badan berisi. Tapi salah sendiri sebab tak nak bersenam.. Padan muka! huhu

**Selamat Hari Lahir untuk NANA. Semoga bahagia dan cepat-cepat settle down ok. Semoga dipermudahkan urusan.

 

Hari I January 14, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 7:49 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Hari I –Β  A photo of yourself and a description of how your day was.

 

Disebabkan saya baru sahaja reformat laptop kesayangan saya ini, maka saya tiada simpanan gambar sendiri. Tapi saya letak gambar yang menggambarkan diri saya.

Si kecil ini saya anggap sebagai diri saya sewaktu kecil dahulu. Seorang budak perempuan kecil yang suka toncet dua sampai kawan-kawan dia suka tarik rambut dia. Seorang budak perempuan kecil yang suka pakai gown sambil bergaya di depan kamera (rupanya memang banyak gambar saya waktu saya kecil dengan gown!). Tapi ada satu benda yang saya memang lain dengan gambar itu. Saya hitam! πŸ˜›

 

Baik.

 

Deskripsi hari saya pada hari ini: Kesabaran membuat hati senang.

 

Kisah 1.

Hari ini kelas Gynaecology di hospital yang sangat jauh (hari ini dah masuk hari ke-5 di hospital itu). Kesabaran bangun pagi buatkan hati rasa senang dan tenang. Setenang hari Jumaat yang indah dengan turunnya salji kecil-kecil (walaupun kadang-kadang salji tu masuk mulut huhu) meneman perjalanan ke hospital. Kesabaran bergerak ke hospital yang sangat jauh buat hati rasa senang walaupun terpaksa naik turun eskalator untuk tidak lambat sampai ke hospital. Dan semua kesabaran itu buatkan hati saya senang kerana dapat sampai ke kelas dengan selamat.

 

Kisah 2.

Perut berkeroncong bergendang-gendang. Ketika itu cikgu sedang memberi arahan untuk kami bentangkan tajuk masing-masing. Sabarlah perut. Nanti kita isi la makanan. Tapi padanlah muka sebab tak sarapan (memang tak sempat nak sarapan pun sebab kena keluar pagi). Kena bersabar. Dan dengan sabar itu, hati senang sebab tak lama lepas tu, cikgu bagi rehat untuk beli makanan atau apa yang patut. Ha, kan senang hati!

 

Kisah 3.

Ketika pulang dari kelas, kami bercadang untuk ambil masyrut (kenderaan awam seperti van sapu) supaya lebih senang hendak menyelesaikan urusan pembaharuan pas metro (supaya kami yang masih belajar ini dapat harga pelajar apabila menggunakan metro). Tapi tak sempat pun nak lintas jalan, masyrut pun terlepas. Tak apa, bersabar walaupun selalunya masyrut lain akan datang setiap 15-20 minit. Berkat kesabaran, baru 10 minit tunggu, masyrut lain dah datang. Alhamdulillah. Kan hati senang..

 

Kisah 4.

Sampai saja kaunter pembaharuan pas metro, sudah 2.15 petang (kaunter tutup untuk rehat dari pukul 2 sehingga 2.45). Tak mengapa. Sabar saja, insyaallah mudah nanti. Kami pergi singgah Shokoladnitsa (satu kedai kopi, baca: Coffee House) sementara tunggu kaunter buka semula. Tapi pergi sana, kedai tu penuh pula. Tak apa la, jalan dulu la keliling bangunan tu kemudian datang semula. Bila datang je semula ke Shokoladnitsa, ada tempat kosong yang sangat selesa. Alhamdulillah. Dapat juga lepaskan lelah kepenatan travel jauh. Dapat lagi memanaskan badan dari kesejukan luar. Kan hati senang?

 

Betapa sabar itu cantik budinya. Melengkapkan sebahagian iman. Dan hati pun senang! Tambah lagi hari Jumaat. Ada seorang kakak itu selalu kongsi: Jumaat itu wardah. Cantik kan sususan Allah buat kita? Kita saja yang tidak tahu.

 

**Semalam saya cakap, “Forecast hari ini cakap akan ada snow. Tapi agak-agak Tuhan kata apa? Snow ke tak?” Dan teman saya pula membalas, “Sebab itu kita sendiri tak tahu esok apa pula keadaannya sebab semua itu urusan Tuhan.” Kesimpulannya: Usah bergantung sangat pada forecast. Rujuk saja boleh :mrgreen:

 

Cabaran untuk seorang Plurker

Filed under: favourite,Uncategorized — muslimahbestari @ 7:06 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Saya telah kembali berjumpa teman Plurk walaupun bukan selalu pun plurk tu. Sebab dah lama tak jumpa mereka, tu yang jenguk sekejap. Tup tup ada cabaran pula. Layan je la sahut. Terisi juga blog ni. :mrgreen:

 

Sebenarnya masa tengok blog Ainul haritu yang dapat tahu tentang cabaran ni. Jom kita tengok apa cabaran yang kita kena buat.

 

30 Days Blog Challenge

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

 

Semoga kita semua dapat manfaat. Plurk, plurk juga. Manfaat kena kongsi dengan semua πŸ˜‰

 

Cinta Berlainan Aqidah January 10, 2011

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 10:46 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Semalam saya berborak dengan kawan sayaΒ  (saya gelarkan kawan ni dengan nama A lah ye) mengenai cinta berlainan agama. Secara jujurnya, saya kurang bersetuju tentang isu ini. Itu cumalah pendapat peribadi. Saya mempunyai alasan saya sendiri. Tapi apabila perkara ini melibatkan kawan sendiri, saya rasa saya sendiri patut bertanya kepadanya secara telus. Sebelum ini kawan saya ini memang selalu bertanya pendapat saya tentang isu ini sebab kawannya (fahamkan yang kawannya itu BUKAN ISLAM dan lain jantina, kata lain ada hubungan istimewa) selalu tanya mengenai Islam. Saya berkata kepadanya, “OKlah tu. Awak ada peluang nak berdakwah pada dia. Cerita tentang Islam. Kongsi tentang kecantikan Islam kepadanya semoga dia tertarik.” Tapi kawan saya itu membalas,” Tapi susah Wani. Cara dia bertanya itu seolah-olah nak mencari kesalahan di dalam agama kita dan mematikan hujah saya. Saya tak suka begitu. Saya kata pada dia kalau dia benar-benar mahu tahu tentang Islam, saya boleh cerita apa yang saya tahu sampai dia faham tapi saya tak suka kalau dia tanya sebab nak mencari salah. Apakah tujuan sebenar dia?”

 

Apabila sudah lama perkara itu berlanjutan, mereka akhirnya tidak berhubung antara satu sama lain. Saya tanya pada A apakah yang sudah terjadi? A pun kata yang dia rasa tak suka dengan keadaan apabila kawan dia tu bertanya tentang agama, bangsa dan sewaktu dengannya. Jadi dia buat keputusan untuk tidak berhubung dengan kawannya lagi. Saya kata pada dia,” A, Wani respect pada A sebab A mampu bercakap tentang Islam yang kebanyakan mereka hanya berfikiran rasional sahaja tapi A mampu memberi analogi yang sangat simbolik sehinggakan mereka mampu faham tentang Islam walaupun sedikit. Kalau Wani, belum tentu Wani mampu lagi. Cuma mungkin memang dari mula dia tak nak pada Islam. Kalau orang bukan Islam ni, kalau dia betul-betul mahu pada Islam, kita nampak kesungguhan dia, bukannya kita rasa dia nak membidas kita sahaja.”

 

Tak apalah. Kita tutup dahulu cerita di atas. Kesimpulannya mereka dah tak berhubung dah sekarang. Apa yang saya mahu kongsikan adalah pengajaran tentang Cinta Berlainan Aqidah. Maksudnya apa? Maksudnya adalah seseorang itu memilih pasangannya dari kalangan mereka yang bukan Islam. Perkara ini pada saya berlainan jika si lelaki itu bukan Islam daripada kalau si wanita itu yang bukan Islam. Faham ke? Maksudnya isunya lain kalau lelaki yang bukan Islam. Dalam kes ini, perkara ini lebih susah sebab bukan semua lelaki yang bukan Islam itu mahu memeluk Islam sebab mereka lebih dominan terhadap perempuan. Kebanyakan kes yang saya tengok, si perempuan yang bukan Islam kemudian dia memeluk Islam. Hurmm.. Tapi jika si perempuan itu kuat pendiriannya, teguh Imannya dan luas ilmu Islamnya, insyaallah dia boleh memimpin pasangannya untuk meniti bahtera rumah tangga dengan landasan Islam. Tapi kalau setakat untuk berkahwin, pada saya, mereka hanya dapat sebuah perkahwinan sahajalah. Kan semuanya bergantung kepada niat. Macam dalam hadis pertama dari hadis 40 πŸ˜€

 

Kan amat rugi jika seseorang muallaf itu apabila sudah memasuki Islam, tapi tiada siapa yang memimpin dia. Macam kes di Sabah. Setelah pengislaman beramai-ramai di sana berjaya, tiada pendidikan susulan untuk mendidik para muallaf ini untuk mendalami Islam dan meneguhkan aqidah mereka terhadap agama yang mereka baru peluk ini. Dan akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali kepada agama asal mereka. Bukankah itu satu kerugian kepada Islam? Dan juga kerugian kepada kita juga? Tapi jika betul-betul ada yang mahu memimpin muallaf ini, alangkah besarnya pahala dia. Apatah lagi jika membina keluarga yang benar-benar dalam lingkungan dan suasana Islam, MasyaAllah harmoninya.. :mrgreen:

 

Berbalik kepada kisah si A tadi. Eh, tadi bukan saya dah kata kes tu dah tutup ke? Ni nak buka semula. Huhu kelakar kelakar. Tapi bukan apa, tadi baca Al Quran Surah Ar Rum ayat 53, terus teringat tentang kisah A ni:

Dan engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).

Memang betul kata Allah. Kita tidak dapat memberi petunjuk pun kepada orang-orang yang buta hatinya. Hidayah itu milik Allah. Sedangkan kita sendiri pun tidak tahu adakah hidayah untuk kita cukup sekarang jika kita tidak memohon kepadaNya. Itulah sebab kenapa kita kena sentiasa pohon hidayah daripada Allah.

Lebih baik jadi burung. Sentiasa bertasbih. bercinta pun nampak manis saja.

 

Apa kesimpulannya dari cerita saya ini? Kesimpulannya bercinta biarlah sampai Syurga. Macam buku karangan ustaz Hasrizal tu. Jangan kita bercinta hanya untuk duniawi saja tapi biarlah kita yang menjadi orang yang membawa pasangan kita ke Syurga. Alangkah bahagianya jika begitu bukan? Kalau agak-agak tak mampu, carilah pasangan yang sudah ada Islam di jiwanya, mungkin itu lebih mudah untuk kita membawa pasangan kita meniti titian Islam dengan lebih lancar. Kalau cari yang bukan Islam hanya sebab rupanya sahaja, yang Islam pun ada saja yang rupa seperti Cina, atau India atau Mat Salleh pun ada. Inikan pula kalau rupa ala-ala Korea atau Jepun. Insyaallah jumpa. Islam ini luas di muka bumi. Kalau setakat rupa, di mana-mana sahaja boleh jumpa. Yang penting terus kahwin! Hehe. Saja melawak.

 

Kepada A, tak mengapa. Jodoh pertemuan milik Allah. Jika ada, insyaallah tak ke mana. Akan tibalah masanya nanti. Tambah-tambah awak bakal doktor. Insyaallah peluang lebih terbuka. Tapi dengar kata ramai lelaki nak elak dapat isteri doktor. Sibuk katanya. Benarkah? Susahlah saya macam ni! πŸ˜›

 

 

**Baru pertama kali nak jadi matchmaker. Rasa teruja pula! :mrgreen:

**Dah terasa macam Dr Cinta. Hahaha..