from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Konsert May 19, 2010

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 2:29 pm

Assalamualaikum wbt.

Semalam aku berkesempatan datang dan menyaksikan satu konsert orkestra Rusia. Mereka ini bermain harmonika. Mula-mula agak bosan tapi bila nak dekat akhir tu, muzik dia macam muzik dalam tv cerita British lama tu. Seronok je dengar.

Walaupun sebenarnya aku malas nak update blog ni, tapi apa salahnya letak gambar satu dua kan? Sesekali ke musical concert yang biasanya dihadiri oleh golongan veteran ni, seronok juga.

Konsert ini pun kami tahu sebab cikgu Philosophy kami yang jemput suruh datang. Kalau tidak, tak dapat zachut (credit) untuk ke peperiksaan akhir. Tapi sebenarnya group aku awal-awal lagi dah dapat credit tu cuma sengaja nak pergi sebab tak pernah pergi walaupun dah 5 tahun duduk sini. Sekali pergi, seronok juga.

Hurm.. Kalau semalam bawa kamera besar sikit, bolehlah aku rakam muzik tu. Tapi nak buat macam mana, kamera handphone je yang ada. Layan sajalah.

**Kamu-kamu, walaupun saya tahu tak ramai dah yang baca blog saya ini, tapi saya nak minta tolong sikit ni. Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah kawan saya yang baru pulang ke rahmatullah pagi ini. Doakan semoga ruh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama para solihin yang disayangi Allah. Amin. Terima kasih. Jasa kalian, Allah saja yang mampu balas.

 

Rehlah Mahabbah May 12, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:14 pm

Assalamualaikum wbt.

Isnin lepas, sempena cuti Victory Day (Den Pobedi), ada rehlah sesama muslimat di Sportiv Park, 8-10 minit jalan kaki dari hostel tempat aku tinggal. Bermula dari pagi, dimulai dengan Tadabbur Alam, membandingkan sumbangan unsur-unsur di muka bumi Allah ini dengan sumbangan kita di samping merefleks diri tentang sumbangan kita terhadap kawan-kawan. Yang mana lebih banyak? Sumbangan unsur tersebut atau sumbangan kita?

Selepas itu, masa untuk bermain! Main Pokokku Sayang, tapi team aku awal-awal lagi dah kalah. Aduhai, penat peluk pokok saja. Hehehe.. Dan selepas itu main cari orang dengan mata tertutup. Ha, yang ini memang aku fail! Entah siapa-siapa saja aku jumpa. Tapi yang paling penting, ianya seronok! Seronok main bersama mereka.

Dan akhir sekali, kita makan!! Makan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka. Ada mee goreng, nasi goreng, makaroni, kuih-muih, tempe pun ada! Waah.. semua sedap la. Alhamdulillah. Semoga Allah berkati kita semua.

Sekarang ini dah nak dekat exam. Lebih kurang lagi 2 minggu macam tu. Nampak gayanya, aku kena kurang-kurangkan bermain. Kena lebih fokus. Dah nak jadi pelajar tahun akhir la katakan. Kenalah serius sikit. Lebih serius dari sebelum ini.

**Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bilkhair.