from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Permulaan minggu di Moscow March 30, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 3:30 am

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini aku membuka emel. Banyak emel masuk bertanya tentang keadaan aku di sini. Aku alhamdulillah sihat saja. Aku hanya menulis keadaan aku di sini, tidak di blog aku yang di blogspot tu. Tak apalah, di mana-mana pun sama.

Tentang kejadian semalam, gambar di atas adalah antara gambar di sekitar tempat kejadian yang aku kira di tempat letupan pertama terjadi. Gambar ini aku ambil dari blog seorang pelajar yang belajar di Moscow http://www.umaralfateh.wordpress.com. Tapi di kebanyakan berita, gambar ini jugalah yang ada. (more…)

 

Muslimah kusayang March 29, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 10:14 pm

Assalamualaikum wbt.

Aku terpanggil untuk menulis tentang kejadian pagi semalam yang menggemparkan bandar Moscow. Dan tambahan, berita ini sampai ke Malaysia yang menyebabkan ramai ibu bapa risau dengan keadaan anak mereka yang melanjutkan pengajian di sini.

Pertama sekali, aku nak cakap : Alhamdulillah kami semua baik saja di sini. Penyataan ini untuk menjernihkan kegusaran setiap mereka yang susah hati.

Kejadian berlaku dalam pukul 7.56 pagi waktu tempatan. Waktu ini aku masih tidur (tersambung tidur selepas Subuh). Ada bunyi panggilan telefon pagi itu memberitahu aku tentang berita ini. Aku pun buka laptop untuk melihat dan mendengar berita. Lagi pula, aku ada exam hari ini. Mujur kelas aku hari ini tidak memerlukan aku untuk travel menaiki metro. Dan metro yang kena bom itu adalah line yang selalu pelajar Malaysia gunakan untuk ke kelas yang jauh bersepah di seluruh bandar Moscow. Sampai ke petang, barulah pelbagai berita terkini.

Tapi dari apa yang aku dengar, muslimah yang berhijab kini berada dalam ancaman. Ada yang kena halau dari lecture hall sebab pakai tudung la, ada yang dipulau semasa menaiki metro la, dan macam-macam lagi. Tapi apa yang aku harapkan, janganlah disebabkan hal ini, muslimah kita sanggup menggadai iman semata kerana ancaman dunia yang kecil itu.

Wahai muslimah sekalian, muslimah yang paling aku sayang.

Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan kita. (57:4)

Sesungguhnya Allah dekat dengan kita. (50:16)

Sesungguhnya Allah mendengar doa kita. (2:186)

Maka ingatlah padaNya dengan rendah hati dan rasa takut. (7:205)

Jaga Iman insyaallah kita sentiasa di bawah perlindunganNya.

**Jika kita tak kuat, bagaimana kita mahu melindungi keluarga jika kita mempunyainya nanti?

 

Mesir. Tempat Nabi. March 26, 2010

Filed under: travel — muslimahbestari @ 3:10 pm

Assalamualaikum wbt.

Hari ni mari kita berhijrah pula ke Mesir, salah satu negara yang terletak di benua Afrika. Dan juga tempat yang ramai budak-budak Sambest menuntut bidang perubatan di sana.

Mesir ini terletak bersempadan dengan Israel. Dulu masa aku pergi, aku tak berkesempatan nak ke Sinai, sebab tak cukup masa. Perjalanan aku ke Mesir bermula begini. Aku turun di Hurghada (Ghurdaqah -betul ke?- dalam Arab) dari Moscow. Tapi sekejap saja kami di sana. Kemudian kami ke Kaherah (Cair0) untuk menyambung perjalanan kami menjelajah bumi Nabi. Untung benar sesiapa yang dapat belajar di sana kan? Sudahlah dekat dengan tempat Nabi, negara Islam pula. Tapi tak apa, aku tak menyesal ditempatkan di Rusia kerana ia menjadikan aku Muslim yang lebih kuat!

Kita sambung semula cerita. Sampai di Kaherah, Kami menginap di Dewan Abbasiyah, Malaysian Hall di Kaherah. Sejuknya Mesir waktu itu. Aku ingat Mesir ini walaupun musim sejuk, suhunya tidak begitu sejuk. Sebelah Malaysian Hall tu ada masjid. Senanglah. Kalau azan waktu Subuh tu, terus saja bangun!

Satu benda yang paling mengingatkan aku tentang Mesir selain dari tempat-tempat yang dilawati yang kebanyakannya masjid, tempat ibadah para solihin, aku paling gemar ‘asirnya (jus). Pekat dan menyamankan. Menyegarkan tekak kepada si hamba yang kehausan. Cubalah tanya sesiapa yang pernah merasai ‘asir Mesir, pasti mereka teringat-ingat kepekatannya!

Tapi malangnya, kebanyakan gambar di Mesir dah hilang bersama laptop aku yang rosak. Hanya ada beberapa keping saja yang sempat diselamatkan. Tapi tak mengapa, memori masih segar di dalam minda jika diizinkan Allah SWT.

**Bumi yang terbaik adalah Bumi Allah.

 

Seoul, Korea March 23, 2010

Filed under: travel — muslimahbestari @ 11:10 pm

Assalamualaikum wbt.

Aku mengunjungi Korea sewaktu cuti musim sejuk tahun lepas. 2 minggu aku berada di sana. Terima kasih la kepada kawan aku yang tolong carikan tempat menginap untuk aku dan teman aku dari Moscow ni.

Istimewanya Korea adalah ia terletak di Asia. Kalau orang lain berebut nak menjelajah seluruh Eropah, lain pula dengan aku. Aku lebih suka pergi negara yang ada kaitan dengan diri aku. Apa kaitannya Korea dengan aku? Haaa.. ni nak cerita ni. Sebabnya Korea tu terletak kat Asia dan Malaysia juga terletak di Asia. Jadi tradisinya masih menjaga adab dan sopan sebagai orang Timur. Itu yang aku suka.

Tapi satu sahaja yang menjadi masalah untuk aku. Masalah bahasa. Aku tahu perkataan Annyeonghaseyo (selamat) dan Kamsahamnida (terima kasih) je. Lain semua, guna bahasa isyarat. Bahsa isyarat? Ya, bahasa isyarat. Bahsa yang paling mudah tapi paling memeningkan kepala.Kalau ilmuwan terdahulu mampu menguasai pelbagai bahasa, maknya aku pun sebenarnya mampu untuk jadi begitu, cumanya aku ini tiada talent orang putih kata untuk memulai apatah lagi memfasihkan (betulkah perkataan yang aku gunakan ini?).

Tapi apa pun, jika ingin ke Korea, pergilah waktu musim bunga atau musim panas. Tak payah la kamu memakai pakaian setebal aku memakainya. Di musim bunga, aku difahamkan ada satu bunga yang tumbuh seakan bunga sakura. Sungguh cantik.

Dan jika ke Korea, singgah sekali ke Pulau Jeju. Tempat yang menarik. Limaunya juga sedap. Teringat betul aku pada limau Jeju. Alhamdulillah syukur pada Tuhan memberi aku peluang sebegitu untuk jejakkan kaki ke satu bahagian dari bumiNya.

**Di Seoul, ada satu masjid tapi kena mendaki sikit. Masjidnya cantik. Cuma di gambar bawah ini nampak gelap sedikit tapi dalamnya cantik. Alhamdulillah.

 

Sejarah. Greece

Filed under: travel — muslimahbestari @ 6:51 pm

Assalamualaikum wbt.

Menjejakkan kaki ke tanah Greek menjadikan aku ini teringat semula sejarah yang aku belajar semasa di sekolah menengah dulu. Aku ini bukanlah hebat sangat dalam sejarah sebab aku sendiri tak minat akan sejarah. Tapi sekarang ini barulah aku menyesal kerana kita sendiri lahir dari sejarah.

Sejarah menjadikan kita lebih menghargai Islam. Sejarah juga mengajar kita tentang ketabahan Nabi dan sahabat baginda mengembangkan Islam di seluruh pelusuk dunia, bermula dari Tanah Haram Makkah sehinggalah Tanah Besar China. Dengan sejarah juga  mengingatkan kita bahawa Islam dahulunya pernah melalui zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Dengan sejarah jugalah, kita tahu bagaimana Kerajaan Bani Abbasiyah jatuh di tangan Hulagu Khan yang bukanlah hebat mana pun ketika itu.

Kali ini aku betul-betul menyesal kerana menyisihkan subjek sejarah di sekolah dahulu walaupun beberapa faktanya perlu difikirkan semula. Tapi jika sejarah ini diselami semula, insyaAllah kita mampu menaikkan semula zaman kegemilangannnya seperti zaman Nabi dahulu.

Sejarah itulah menjadikan kita sekarang. Kita kena sentiasa beringat akan sejarah kita ini. Sekarang ini apa yang aku mahu adalah aku ingin menjejaki bumi Anbiya’. Entahlah, aku sekarang ini memasang niat untuk melawat bumi Nabi ataupun negara yang pernah satu ketika dahulu menyaksikan zaman kegemilangan Islam seperti Sepanyol, Turki, Jordan dan sebagainya. Sebelum ini aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarah Bumi Mesir, tempat Nabi Musa dan Nabi-Nabi lain. Aku bersyukur walaupun aku tak berpeluang untuk menuntut ilmu di sana, sekurang-kurangnya aku berpeluang melawat beberapa tempat di sana seperti beberapa makam sahabat Nabi dan para hamba Allah yang soleh. Semoga aku mendapat kebaikan daripada ziarah aku itu.

Jika berkesempatan, aku ingin menceritakan pengalaman aku ke negara yang menjadi pusat Kristian iaitu Itali. Secara kasarnya, pada mata orang, Itali ini adalah seperti Mekah untuk orang Kristian. Tambah-tambah lagi di Vatican City. Tapi tak apalah, lain kali kita berkongsi pengalaman lagi ye.

Wassalam

 

My very first entry! March 22, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 7:30 pm

Assalamualaikum wbt.

Ini entri pertama aku untuk wordpress ni. Sebab aku dengar kalau apa saja entri kita kat blogspot tu, semuanya bukan hak milik kita. Tapi wordpress lain, ada copyright. Jadi aku berpindah la ke sini..

So, Wani, welcome to wordpress!