from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Cabaran lagi April 6, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:39 pm

Assalamualaikum wbt.

Hari ini mahu sambung cabaran tapi tajuk cabaran tu membuatkan saya tiada idea apa yang mahu ditulis. Aduhai.

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

 

Secara jujurnya, memang tak ada siapa pun yang meyakitkan hati saya akhir-akhir ini. Memang tiada. Jadi saya susahlah nak buat cabaran ini. Tapi kalau ada, apa yang saya mahu tulis pada dia?

 

Assalamualaikum wbt.
Saya tulis surat ni sebab saya rasa kurang senang dengan awak. Tapi saya tak mahu simpan rasa kurang senang ni dalam hati saya, jadi saya berterus terang la dengan awak. Dan saya harap kita masih boleh berkawan selepas insiden ini. Saya juga mahu minta maaf kalau surat ini buatkan awak marah dengan saya. Saya cuma mahu hilangkan perasaan tak selesa ini saja. Harap awak faham.
Saya minta maaf.
-Saya-

 

Haha.. kelakar kan bunyi surat ni. Tapi kan, saya memang dah tak main la tulis surat-surat ni kalau tak senang dengan orang. Saya lebih selesa tidur. Huh? Kenapa tidur? Sebab biasanya selepas bangun dari tidur, hati saya akan jadi lebih tenang. Itulah biasanya saya buat. Mudah bukan? Lagipun tak elok simpan perasaan tak sedap dalam hati, nanti berkulat, terus busuk hati kita. Kan ke kita ni sesama Muslim itu bersaudara? Saudara ni kita takkan sampai hati nak menyakitkan hati dia atau bermusuh dengan dia. Itu maksud saudara.

 

**Kita bersaudara satu iman satu tauhid. Alhamdulillah ramainya saudara saya :mrgreen:

Advertisements
 

5 Responses to “Cabaran lagi”

  1. akak Says:

    hurm..kalau akak pun mcm tu jgk. hari ini sakit hati..malam tido..esok dh ok. alhamdulillah kalau mcm tu. tapi sekarang..hari² orang yg sama sakitkan hati kita..tapi dia wat x tau..esok dia wat lagi..abis mcm mana. kalau 2-3 hari je kita boleh lupakan..kalau hari²..kene ‘kerja keras’ jugak kita utk ikhlaskan hati maafkan dia..ermmm..cobaaann.

  2. Miszlullaby Says:

    Ni ha..resipi nye…akhirnya ko reveal kan blog ko..hek hek..

    http://www.miszlullaby.com/2011/04/resipi-blueberry-muffin.html


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s