from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

April 17, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 11:01 pm

Assalamualaikum wbt.

Saya berhasrat untuk berpindah semula ke blogspot. Harapnya sesiapa yang pernah melawat ke sini, bolehlah melawat rumah lama saya di sini

Terima kasih kerana menyokong saya sepanjang saya di WP ni. Tengoklah kalau saya free, saya import entry lama masuk ke blog lagi satu. Terima kasih banyak-banyak beribu lemon. :mrgreen:

 

Cabaran lagi April 6, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:39 pm

Assalamualaikum wbt.

Hari ini mahu sambung cabaran tapi tajuk cabaran tu membuatkan saya tiada idea apa yang mahu ditulis. Aduhai.

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

 

Secara jujurnya, memang tak ada siapa pun yang meyakitkan hati saya akhir-akhir ini. Memang tiada. Jadi saya susahlah nak buat cabaran ini. Tapi kalau ada, apa yang saya mahu tulis pada dia?

 

Assalamualaikum wbt.
Saya tulis surat ni sebab saya rasa kurang senang dengan awak. Tapi saya tak mahu simpan rasa kurang senang ni dalam hati saya, jadi saya berterus terang la dengan awak. Dan saya harap kita masih boleh berkawan selepas insiden ini. Saya juga mahu minta maaf kalau surat ini buatkan awak marah dengan saya. Saya cuma mahu hilangkan perasaan tak selesa ini saja. Harap awak faham.
Saya minta maaf.
-Saya-

 

Haha.. kelakar kan bunyi surat ni. Tapi kan, saya memang dah tak main la tulis surat-surat ni kalau tak senang dengan orang. Saya lebih selesa tidur. Huh? Kenapa tidur? Sebab biasanya selepas bangun dari tidur, hati saya akan jadi lebih tenang. Itulah biasanya saya buat. Mudah bukan? Lagipun tak elok simpan perasaan tak sedap dalam hati, nanti berkulat, terus busuk hati kita. Kan ke kita ni sesama Muslim itu bersaudara? Saudara ni kita takkan sampai hati nak menyakitkan hati dia atau bermusuh dengan dia. Itu maksud saudara.

 

**Kita bersaudara satu iman satu tauhid. Alhamdulillah ramainya saudara saya :mrgreen:

 

Hari 4 February 8, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 1:14 am

Assalamualaikum wbt.

 

Hari ini belum ada mood mahu teruskan cerita tentang percutian yang lepas sebab gambar belum dikumpul lagi. Terasa berat mahu menapak ke tingkat 6 sana. Insyaallah saya akan update juga sebagai perkongsian saya dengan para pembaca.

 

Kali ini selesaikan tugas cabaran Plurker untuk hari ke-4.

 

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

 


 

Day 3 January 22, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 5:54 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Day 3: Your idea of the perfect first date.

 

Agak-agak apa yang akan keluar dari kepala saya tentang first date? Secara peribadi, saya mahukan satu pertemuan yang terus saja menjadi halal bagi saya. Biarlah pertemuan pertama itu menjadi bermakna bagi seumur hidup bagi kedua-dua kami.Itu apa yang saya mahukan, tapi apa yang jadi, semoga Allah meletakkan yang terbaik.

 

**Kalau terus jumpa kedua ibu bapa, lagi senang. Huhu :mrgreen:

 

 

 

Hari I January 14, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 7:49 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Hari I –Β  A photo of yourself and a description of how your day was.

 

Disebabkan saya baru sahaja reformat laptop kesayangan saya ini, maka saya tiada simpanan gambar sendiri. Tapi saya letak gambar yang menggambarkan diri saya.

Si kecil ini saya anggap sebagai diri saya sewaktu kecil dahulu. Seorang budak perempuan kecil yang suka toncet dua sampai kawan-kawan dia suka tarik rambut dia. Seorang budak perempuan kecil yang suka pakai gown sambil bergaya di depan kamera (rupanya memang banyak gambar saya waktu saya kecil dengan gown!). Tapi ada satu benda yang saya memang lain dengan gambar itu. Saya hitam! πŸ˜›

 

Baik.

 

Deskripsi hari saya pada hari ini: Kesabaran membuat hati senang.

 

Kisah 1.

Hari ini kelas Gynaecology di hospital yang sangat jauh (hari ini dah masuk hari ke-5 di hospital itu). Kesabaran bangun pagi buatkan hati rasa senang dan tenang. Setenang hari Jumaat yang indah dengan turunnya salji kecil-kecil (walaupun kadang-kadang salji tu masuk mulut huhu) meneman perjalanan ke hospital. Kesabaran bergerak ke hospital yang sangat jauh buat hati rasa senang walaupun terpaksa naik turun eskalator untuk tidak lambat sampai ke hospital. Dan semua kesabaran itu buatkan hati saya senang kerana dapat sampai ke kelas dengan selamat.

 

Kisah 2.

Perut berkeroncong bergendang-gendang. Ketika itu cikgu sedang memberi arahan untuk kami bentangkan tajuk masing-masing. Sabarlah perut. Nanti kita isi la makanan. Tapi padanlah muka sebab tak sarapan (memang tak sempat nak sarapan pun sebab kena keluar pagi). Kena bersabar. Dan dengan sabar itu, hati senang sebab tak lama lepas tu, cikgu bagi rehat untuk beli makanan atau apa yang patut. Ha, kan senang hati!

 

Kisah 3.

Ketika pulang dari kelas, kami bercadang untuk ambil masyrut (kenderaan awam seperti van sapu) supaya lebih senang hendak menyelesaikan urusan pembaharuan pas metro (supaya kami yang masih belajar ini dapat harga pelajar apabila menggunakan metro). Tapi tak sempat pun nak lintas jalan, masyrut pun terlepas. Tak apa, bersabar walaupun selalunya masyrut lain akan datang setiap 15-20 minit. Berkat kesabaran, baru 10 minit tunggu, masyrut lain dah datang. Alhamdulillah. Kan hati senang..

 

Kisah 4.

Sampai saja kaunter pembaharuan pas metro, sudah 2.15 petang (kaunter tutup untuk rehat dari pukul 2 sehingga 2.45). Tak mengapa. Sabar saja, insyaallah mudah nanti. Kami pergi singgah Shokoladnitsa (satu kedai kopi, baca: Coffee House) sementara tunggu kaunter buka semula. Tapi pergi sana, kedai tu penuh pula. Tak apa la, jalan dulu la keliling bangunan tu kemudian datang semula. Bila datang je semula ke Shokoladnitsa, ada tempat kosong yang sangat selesa. Alhamdulillah. Dapat juga lepaskan lelah kepenatan travel jauh. Dapat lagi memanaskan badan dari kesejukan luar. Kan hati senang?

 

Betapa sabar itu cantik budinya. Melengkapkan sebahagian iman. Dan hati pun senang! Tambah lagi hari Jumaat. Ada seorang kakak itu selalu kongsi: Jumaat itu wardah. Cantik kan sususan Allah buat kita? Kita saja yang tidak tahu.

 

**Semalam saya cakap, “Forecast hari ini cakap akan ada snow. Tapi agak-agak Tuhan kata apa? Snow ke tak?” Dan teman saya pula membalas, “Sebab itu kita sendiri tak tahu esok apa pula keadaannya sebab semua itu urusan Tuhan.” Kesimpulannya: Usah bergantung sangat pada forecast. Rujuk saja boleh :mrgreen:

 

Cabaran untuk seorang Plurker

Filed under: favourite,Uncategorized — muslimahbestari @ 7:06 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Saya telah kembali berjumpa teman Plurk walaupun bukan selalu pun plurk tu. Sebab dah lama tak jumpa mereka, tu yang jenguk sekejap. Tup tup ada cabaran pula. Layan je la sahut. Terisi juga blog ni. :mrgreen:

 

Sebenarnya masa tengok blog Ainul haritu yang dapat tahu tentang cabaran ni. Jom kita tengok apa cabaran yang kita kena buat.

 

30 Days Blog Challenge

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.
Day 2 – A photo of something you ate today.
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – A photo of yourself two years ago.
Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 7 – Your dream wedding.
Day 8 – A song to match your mood.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of our favorite place to eat.
Day 11 – What’s in your makeup bag?
Day 12 – A photograph of the town you live in.
Day 13 – Your favorite musician and why?
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Your celebrity crush.
Day 17 – A photo of you and your family.
Day 18 – Something you crave a lot.
Day 19 – Another picture of yourself.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – What’s in your purse?
Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.
Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?
Day 28 – Your favorite movie.
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

 

Semoga kita semua dapat manfaat. Plurk, plurk juga. Manfaat kena kongsi dengan semua πŸ˜‰

 

Jangan melecehkan urusan yang baik November 27, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:32 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Semalam aku tidur lambat sebab berborak sampai larut malam. Berborak dengan teman serumah tentang masa depan. Hihi.. Terasa sudah besar pula. Ye la, jarang berbual pasal perkara ini. Dengan teman serumah pula tu. Ye la, masing-masing sibuk. Jarang dapat berbual begitu. Sekali sekala dapat berborak, seronok juga.

 

Salah satu isi perbualan kami adalah, betapa susah dan leceh nak kahwin di Malaysia. Mana taknya, sebelum nikah, macam-macam prosedur kena buat. Padahal urusan nikah kahwin ni sepatutnya mudah. Dengan adanya macam-macam prosedur buat ramai orang nikah di selatan Thai la, di luar negara la. Pada aku, bukanlah semua prosedur tu tak bagus. Contohnya, periksa darah untuk HIV. Itu satu perkara yang bagus sebab boleh mencegah satu keluarga tu dari terkena jangkitan virus itu.

 

Cuma apabila terlalu banyak prosedur, orang akan cakap, “Nak kahwin pun susah”. Sepatutnya nak bina masjid ni mudah tapi alhamdulillah kita masih ada Allah. Allah yang bantu kita mempermudahkan segala urusan kita. Semalam ada yang menyatakan kalau nikah di luar negara, jika mendaftar semula akan dikenakan denda. Hurmm tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Sebab aku pun tak pernah buat hihi πŸ˜€

 

Kita bernikah ni untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku. Kita bukan minta ianya berlaku tapi langkah yang betul perlu kita ambil supaya kita boleh menghindari perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Na’uzubillahi min zalik. Hurmm satu lagi. Di Malaysia ni, bukan setakat prosedur saja melambatkan urusan bina masjid, tapi dengan adanya adat resam yang terlalu banyak menyebabkan ianya memakan masa untuk sampai ke tujuan asal. Aku bukan tak setuju dengan adat resam la bagai tu, cuma aku kurang gemar apabila kedudukan adat resam itu lebih ditekankan dari kedudukan syariat. Syariat menggalakkan nikah tapi adat resam pula yang orang ambil kira terlebih dahulu.

 

Sekarang ni, bertunang pun dah macam gaya bernikah. Sepatutnya tunang ni kan senyap je, kahwin yang perlu kita war-warkan. Ini apa yang aku belajar masa sekolah dulu la. Masa kahwin tu kita nak beritahu orang supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari. Tapi apa yang aku tengok trend orang sekarang, masa tunang pun dah grand, ni apatah lagi masa kenduri nanti. Ada orang cakap, dari membazir keluarkan duit untuk pelamin la bagai, baik simpan duit untuk kegunaan anak-anak nanti. Kan lebih bagus. Kenduri ni seeloknya bersederhana saja tanpa membazir.

 

Aku ada pernah tengok majlis bertunang yang sangat ringkas (simple) tapi penuh keberkatan. Sejuk mata aku tengok. Itulah yang sepatutnya. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Aku harap apa yang aku cakap ni, aku tak buat la. Ni kena minta tolong ahli keluarga juga ni. Hihi.. Biarlah bercinta sampai syurga. Meraih cinta Tuhan yang Maha Agung. Insyaallah.

**Kepada kawan-kawan aku yang semakin ramai kahwin, aku ucapkan Tahniah. Barakallahu lakum. Kepada yang akan membina masjid, Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Doakan untuk aku sekali ok? πŸ˜‰

 

MOSCOW: Seronok kah? November 25, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:48 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Minggu lepas ada seorang kawan yang aku hanya kenal melalui blog saja, datang melawat Moscow. Terima kasih Ainul! Ainul dan dua orang sahabatnya datang ke Moscow melawat kami di sini. Hehe.. Sambil melawat tempat-tempat yang menarik yang kebanyakannya aku tak pernah pergi. πŸ™‚ Bagus juga kadang-kadang apabila ada kawan yang yang datang melawat tempat kita ni. Tempat yang tak pernah pergi pun, kita pergi.

Kadang-kadang apabila orang tanya aku seronok ke Russia ni (terutama Moscow), aku sendiri tak tahu nak kata seronok ke tak sebab nak kata seronok, tak tapi tak seronok pun, tak juga πŸ˜€ Sampai satu tahap apabila aku tanya kawan-kawan aku sendiri, adakah ibu bapa mereka datang untuk majlis graduasi nanti, ada yang kata datang tapi ada juga yang kata “Aku tak bagi diorang datang!” Waaah!! sampai macam tu sekali.. hihi

Kalau aku sendiri, ibu bapa aku tidak datang untuk hari graduasi aku nanti. Dari awal lagi Emak dah kata: Wani, ko tak kecil hati kan kalau Emak tak datang masa graduasi nanti? Hurmm aku sendiri pun tak kisah. Sebab pertama: Mereka dah tua untuk naik flight yang lama. Tahu sajalah orang tua. Dengan sakit otot nya, sakit sendi. Aku ni takkan la hanya dengan hanya nak mereka ikut kehendak aku, aku abaikan kesihatan mereka? Itu sangatlah pentingkan diri sendiri! Sebab kedua: Kalau mereka di sini, tiada tempat tinggal yang selesa untuk mereka tinggal. Mereka dah tua, mesti la kena tempat tinggal yang selesa. Selesa nak solat, selesa nak tidur dan selesa semuanya. Itulah peranan kita sebagai anak walaupun bukan di Malaysia. Daripada hanya cukup syarat nak mereka datang, baik tak payah datang, tunggu je kita di KLIA dengan sekeping ijazah. Kan lebih manis begitu? πŸ™‚

Jadi apa langkah yang aku ambil, kalau nak datang Moscow maka datanglah tapi aku tak galakkan datang atau halang dari datang. Mungkin sesetengah orang suka keadaan di Moscow. Tapi ada juga yang kurang gemar suasana di sini. Mungkin untuk melawat sangat sesuai. Tapi untuk tinggal selama 6 tahun (macam aku) sangatlah mencabar! Sungguh aku katakan ia sangat mencabar.. Cabaran bahasa, cabaran cuaca dan cabaran lain. Aku tak tahu kenapa orang berebut-rebut nak datang Moscow.

**Sejak akhir-akhir ni ramai orang-orang besar Malaysia ramai betul ke Moscow. Mungkin mereka rasa Moscow ni unik, siapa tahu? πŸ˜›

**Tadi tidur, mimpi KS! KS dengan Kak Long dia. hihi.. Rindunya………. (more…)

 

Selamat Hari Raya AidilAdha

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:08 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Rasa sangat lama membiarkan blog ni berhabuk tanpa seri. Ibarat seperti rumah tanpa berpenghuni. Tapi nak buat macam mana, sejak akhir-akhir ni, aku memang tiada mood nak menulis dan secara tidak sedar, skill menulis aku dah makin terhakis.

 

Aku rasa sedih sebab raya kali ni aku tak dapat solat raya di kedutaan seperti selalu. Tambah lagi bila aku telefon Emak, telefon pula tidak diangkat. hurmm.. Baru rasa dugaan berhari raya di perantauan.Ini mungkin pengorbanan yang terbesar sepanjang aku belajar. Mungkin zaman kerja nanti, pengorbanannya lebih besar? Siapa tahu? Allah sahaja yang tahu.

 

Hurmm di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam tak kira berada di mana pun. Semoga hari raya kali ni membawa kepada pengorbanan yang lebih hakiki, yang lebih membawa kita dekat denganNya.

 

Teaser Photo Outing Raya edition September 19, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 9:55 pm

Assalamualaikum wbt.

Banyak lagi gambar yang akan menyusul insyaallah. Ini adalah teaser untuk sesi fotografi kami untuk edisi raya 2010 yang bertempat di 3 monumen terkenal di Moscow. Nantikan kepada sesiapa yang nak menanti. Huhu