from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Kempen Minum Air Kosong. April 3, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 6:45 pm

Assalamualaikum wbt.

Dalam pada masa orang di Malaysia menjalankan kempen menjelang pilihanraya dengan bermacam kaedah, saya pula di Moscow ni sedang menjalankan satu kempen. Iaitu kempen minum air kosong setiap hari. Haha pelik kan bunyinya? Minum air kosong pun sampai kena berkempen? Saya mewajibkan diri saya untuk minum air kosong paling kurang 0.5 liter setiap hari. Kalau boleh sampai 1 liter. Tapi mesti semua tertanya-tanya kenapa saya berkempen sampai macam tu sekali. Ada kisah di sebaliknya..

 

Satu hari tu, tengah-tengah saya menyapu rumah, tiba-tiba salah seorang teman serumah berkata, ” Aku ni minum air manis banyak pula lately.” Saya pun balas, “Aku pun sama. Nescafe tu dua kali sehari lagi. Pagi dengan malam. Tapi baru aku perasan, aku tak minum pun air kosong.” Dia pun cakap lagi, ” Ko ni gila ke Wani. Dehydrated la ko kalau minum Nescafe tapi tak minum air kosong. Rosak kidney (buah pinggang) ko nanti.” Saya balas, ” Ha’ahlah. Ya Allah ni kena jalankan kempen minum air kosong ni!”

 

Itulah permulaan kenapa saya mulakan kempen ni. Demi menjaga buah pinggang saya, dan tambah pula untuk mengelakkan penyakit Diabetes Mellitus (kencing manis) sebab asyik makan makanan bergula dan berkarbohidrat (seperti nasi, roti, mi dan yang makanan berkanji yang lain). Lagipun, minum air kosong ni boleh mencantikkan kulit supaya sentiasa lembap (moist) je. Tambah pula sekarang pun cuaca sudah makin naik suhunya. Dah makin panas. Jadi air dari badan makin banyak diserap. Kitalah yang kena ada inisiatif untuk tambah air dalam badan supaya tidak terhidrasi. Waaah. bahasa saya hari ni penuh dengan terma yang baru :mrgreen:

 

Jadi jomlah ikut saya berkempen. Kempen saya tak berat sebelah ok! Ianya baik untuk semua pihak 😀

Advertisements
 

3 Responses to “Kempen Minum Air Kosong.”

  1. Yeop8883 Says:

    Assalamualaikum cik wanie,

    Tumpang tanyer, berapa Liter perlu diminum dalam sehari? tq.

  2. Zaim Says:

    Dapatkan penapis air yang tercanggih dgn harga yang berptutan Dari kami membekalkan mineral Dan nutrisi kepada tubuh anda boleh Hubungi saya di talian 01127161998


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s