from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Cinta Berlainan Aqidah January 10, 2011

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 10:46 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Semalam saya berborak dengan kawan sayaย  (saya gelarkan kawan ni dengan nama A lah ye) mengenai cinta berlainan agama. Secara jujurnya, saya kurang bersetuju tentang isu ini. Itu cumalah pendapat peribadi. Saya mempunyai alasan saya sendiri. Tapi apabila perkara ini melibatkan kawan sendiri, saya rasa saya sendiri patut bertanya kepadanya secara telus. Sebelum ini kawan saya ini memang selalu bertanya pendapat saya tentang isu ini sebab kawannya (fahamkan yang kawannya itu BUKAN ISLAM dan lain jantina, kata lain ada hubungan istimewa) selalu tanya mengenai Islam. Saya berkata kepadanya, “OKlah tu. Awak ada peluang nak berdakwah pada dia. Cerita tentang Islam. Kongsi tentang kecantikan Islam kepadanya semoga dia tertarik.” Tapi kawan saya itu membalas,” Tapi susah Wani. Cara dia bertanya itu seolah-olah nak mencari kesalahan di dalam agama kita dan mematikan hujah saya. Saya tak suka begitu. Saya kata pada dia kalau dia benar-benar mahu tahu tentang Islam, saya boleh cerita apa yang saya tahu sampai dia faham tapi saya tak suka kalau dia tanya sebab nak mencari salah. Apakah tujuan sebenar dia?”

 

Apabila sudah lama perkara itu berlanjutan, mereka akhirnya tidak berhubung antara satu sama lain. Saya tanya pada A apakah yang sudah terjadi? A pun kata yang dia rasa tak suka dengan keadaan apabila kawan dia tu bertanya tentang agama, bangsa dan sewaktu dengannya. Jadi dia buat keputusan untuk tidak berhubung dengan kawannya lagi. Saya kata pada dia,” A, Wani respect pada A sebab A mampu bercakap tentang Islam yang kebanyakan mereka hanya berfikiran rasional sahaja tapi A mampu memberi analogi yang sangat simbolik sehinggakan mereka mampu faham tentang Islam walaupun sedikit. Kalau Wani, belum tentu Wani mampu lagi. Cuma mungkin memang dari mula dia tak nak pada Islam. Kalau orang bukan Islam ni, kalau dia betul-betul mahu pada Islam, kita nampak kesungguhan dia, bukannya kita rasa dia nak membidas kita sahaja.”

 

Tak apalah. Kita tutup dahulu cerita di atas. Kesimpulannya mereka dah tak berhubung dah sekarang. Apa yang saya mahu kongsikan adalah pengajaran tentang Cinta Berlainan Aqidah. Maksudnya apa? Maksudnya adalah seseorang itu memilih pasangannya dari kalangan mereka yang bukan Islam. Perkara ini pada saya berlainan jika si lelaki itu bukan Islam daripada kalau si wanita itu yang bukan Islam. Faham ke? Maksudnya isunya lain kalau lelaki yang bukan Islam. Dalam kes ini, perkara ini lebih susah sebab bukan semua lelaki yang bukan Islam itu mahu memeluk Islam sebab mereka lebih dominan terhadap perempuan. Kebanyakan kes yang saya tengok, si perempuan yang bukan Islam kemudian dia memeluk Islam. Hurmm.. Tapi jika si perempuan itu kuat pendiriannya, teguh Imannya dan luas ilmu Islamnya, insyaallah dia boleh memimpin pasangannya untuk meniti bahtera rumah tangga dengan landasan Islam. Tapi kalau setakat untuk berkahwin, pada saya, mereka hanya dapat sebuah perkahwinan sahajalah. Kan semuanya bergantung kepada niat. Macam dalam hadis pertama dari hadis 40 ๐Ÿ˜€

 

Kan amat rugi jika seseorang muallaf itu apabila sudah memasuki Islam, tapi tiada siapa yang memimpin dia. Macam kes di Sabah. Setelah pengislaman beramai-ramai di sana berjaya, tiada pendidikan susulan untuk mendidik para muallaf ini untuk mendalami Islam dan meneguhkan aqidah mereka terhadap agama yang mereka baru peluk ini. Dan akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali kepada agama asal mereka. Bukankah itu satu kerugian kepada Islam? Dan juga kerugian kepada kita juga? Tapi jika betul-betul ada yang mahu memimpin muallaf ini, alangkah besarnya pahala dia. Apatah lagi jika membina keluarga yang benar-benar dalam lingkungan dan suasana Islam, MasyaAllah harmoninya.. :mrgreen:

 

Berbalik kepada kisah si A tadi. Eh, tadi bukan saya dah kata kes tu dah tutup ke? Ni nak buka semula. Huhu kelakar kelakar. Tapi bukan apa, tadi baca Al Quran Surah Ar Rum ayat 53, terus teringat tentang kisah A ni:

Dan engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).

Memang betul kata Allah. Kita tidak dapat memberi petunjuk pun kepada orang-orang yang buta hatinya. Hidayah itu milik Allah. Sedangkan kita sendiri pun tidak tahu adakah hidayah untuk kita cukup sekarang jika kita tidak memohon kepadaNya. Itulah sebab kenapa kita kena sentiasa pohon hidayah daripada Allah.

Lebih baik jadi burung. Sentiasa bertasbih. bercinta pun nampak manis saja.

 

Apa kesimpulannya dari cerita saya ini? Kesimpulannya bercinta biarlah sampai Syurga. Macam buku karangan ustaz Hasrizal tu. Jangan kita bercinta hanya untuk duniawi saja tapi biarlah kita yang menjadi orang yang membawa pasangan kita ke Syurga. Alangkah bahagianya jika begitu bukan? Kalau agak-agak tak mampu, carilah pasangan yang sudah ada Islam di jiwanya, mungkin itu lebih mudah untuk kita membawa pasangan kita meniti titian Islam dengan lebih lancar. Kalau cari yang bukan Islam hanya sebab rupanya sahaja, yang Islam pun ada saja yang rupa seperti Cina, atau India atau Mat Salleh pun ada. Inikan pula kalau rupa ala-ala Korea atau Jepun. Insyaallah jumpa. Islam ini luas di muka bumi. Kalau setakat rupa, di mana-mana sahaja boleh jumpa. Yang penting terus kahwin! Hehe. Saja melawak.

 

Kepada A, tak mengapa. Jodoh pertemuan milik Allah. Jika ada, insyaallah tak ke mana. Akan tibalah masanya nanti. Tambah-tambah awak bakal doktor. Insyaallah peluang lebih terbuka. Tapi dengar kata ramai lelaki nak elak dapat isteri doktor. Sibuk katanya. Benarkah? Susahlah saya macam ni! ๐Ÿ˜›

 

 

**Baru pertama kali nak jadi matchmaker. Rasa teruja pula! :mrgreen:

**Dah terasa macam Dr Cinta. Hahaha..

Advertisements
 

Semangatku kini kembali January 4, 2011

Filed under: life in moscow,peringatan — muslimahbestari @ 9:02 pm

Assalamualaikum wbt

 

Dahulu sebelum aku hadiri Simposium Perubatan kali-3 anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia – Moscow Student Chapter (IMAM-MSC) pada 1 Januari yang lepas, banyak yang aku dengar tentang bakal doktor yang graduasi dari Russia. Bermula dari cakap-cakap belakang di dalam hospital, gosip yang didengar dari segelintir orang, dari doktor sendiri dan paling dahsyat, masuk dalam suratkhabar. Dan kebanyakannya buruk belaka. Sangat menjatuhkan semangat kami di sini. Antara sebab mereka berkata begitu adalah sebab kualiti pembelajaran di Rusia ni. Aku tak nafikan memang kualiti pembelajaran tidaklah sehebat mereka yang belajar di UK, atau universiti tempatan. Tapi semua itu bergantung kepada seseorang individu itu bukan?

 

Hidup di Rusia ini sangat mencabar. Tambah lagi dengan berita-berita sebegitu, ia membuatkan aku rasa aku kena berusaha keras untuk membina semangat agar aku boleh menghadapi segala tohmahan atau apa yang sewaktu dengannya apa bila aku balik Malaysia nanti. Sewaktu Simposium hari itu, speaker yang dijemput adalah Dr Mohd Munawwar Hatta, seorang doktor yang sedang menyambung Master dalam Emergency Medicine. Tamat pengajian perubatan dari Universiti Islam Malaysia (UIA), beliau berkhidmat sebagai houseman officer (HO) di Hospital Selayang dan juga pernah berkhidmat di Afganistan selama 1 bulan bersama MERCY Malaysia. Antara isu yang ditimbulkan oleh beliau adalah “Kualiti doktor dari Rusia”. Menurut beliau, selama beliau bekerja bersama doktor dari Rusia, beliau tiada sebarang masalah pun. Begitu juga dengan speacialist lain. Jadi beliau mengutarakan persoalan, “Dari manakah timbulnya isu rendah kualiti grad dari Rusia ini?” Beliau juga menambah, biasalah kalau seorang dua yang slack dari sesebuah universiti tak kisahlah dia dari UK ke, Rusia ke walhal dari universiti tempatan sekalipun. Pada beliau, itu biasa. Yang membezakan seseorang itu adalah usaha dan tekad mereka. Boleh saja seseorang itu hendak jadi malas tapi apa akan jadi kesudahannya nanti? Diri sendiri yang rugi.

 

Mendengar kata-kata beliau, kami rasa semangat kami yang dahulunya pernah hilang, kini kembali membuak-buak. Just be ourselves and hardworking is the key of success. Secara peribadi, aku merasakan, aku mempunyai ramai orang di sekeliling aku yang sentiasa memberi semangat kepada aku terutamanya apabila berkaitan dengan profession doktor. Selain dari keluarga aku sendiri, aku juga mempunyai seorang kakak yang kini sedang berkhidmat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh. Aku memang tak nafikan, beliau memang seorang yang tabah. Aku doakan yang terbaik buat beliau. Oh ya, Hari lahir beliau dah nak dekat. Nak buat apa eh untuk kakak aku seorang ni? ๐Ÿ™‚ Bercakap mengenai pemberi semangat ni, aku terfikir, alangkah bagusnya kalau ada orang yang sanggup memberi semangat kepada aku 24 jam semasa aku bekerja nanti. ๐Ÿ˜€ Tapi Wani, kau harus ingat, pemberi semangat yang terbaik ada di depan kau. Kalam Allah tu kan sangat menenangkan jiwa yang gundah (Ar-Ra’d:28).

 

Tinggal 6 bulan saja lagi aku akan menamatkan pengajian aku di bumi Tsar ini. Tapi bersediakah aku untuk menghadapi cabaran di bumi tempat tumpah darahku sana? Mampukah aku menangkis segala caci maki orang terhadap aku nanti? Tidak mengapa Wani, Insyaallah hati yang bersih dan terisi akan tenang sentiasa. Bersihkan hati, ia akan terpancar di wajah. Senyuman yang manis membuatkan orang sekeliling rasa gembira. Amanah yang ada dipikul dengan rasa tanggungjawab. Itu lebih penting. Di samping melengkapkan Ad-Deen yang syumul ini ^__^

 

** Daripada ‘Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: โ€œSesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.โ€ (Hadis riwayat Al-Baihaqiy). Daripada ‘Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: โ€œSetengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.โ€ (Hadis riwayat Al-Baihaqiy) — Someone is going to complete the Ad-Deen. Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair

** Baru bulan 1, ramai dah kawan aku yang bertunang. Mabruk ‘alaikum. Semoga cepat nikah dan jemput saya. Hehe..

 

Kisah Ani December 1, 2010

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 6:10 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Dua hari lepas aku melawat seorang junior aku, Ani (bukan nama sebenar) yang masuk hospital kerana disyaki menghidapi tuberculosis. Kami ke sana dalam satu kumpulan seramai 6 orang, diketuai oleh seorang junior kami. Malam tu cuaca sangat sejuk. Bila sampai sahaja hospital TB tu, kena daftar dahulu sebelum boleh masuk melawat. Bila dah sampai tu, sebelum dapat masuk ke wad, junior yang ketuai perjalanan kami tu kata, ” Ni nak bagitahu, mak Ani baru je meninggal pagi ni. Tapi dia dah tahu dah sebab abang ipar dia bagitahu. Saya harap akak-akak dapat buat biasa je nanti eh.”

 

Ya Allah. Besar benar dugaan Ani. Apabila dapat berjumpa dengan Ani, kami buat macam biasa saja, seperti tiada apa yang berlaku. Mengucapkan salam dan memeluk erat. Memberi buah tangan yang sudah dibawa dan berbual-bual serta bertanya khabar. Sungguh kami berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Kami tengok Ani pun senyum saja. Dalam hati ni berdetik, “Tabahnya hati dia. Semoga ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin. Dan semoga dia redha dan tabah menghadapi ujian Allah. Benarlah kata Allah yang Dia takkan berikan dugaan yang tak tertampung oleh hambaNya.”

 

Dalam pada kami borak-borak, seorang lelaki datang melawat. Oh, Ali (bukan nama sebenar juga). Ali ini adalah sepupu kepada Ani. Budak batch kami juga. Dialah yang banyak menolong Ani ketika dia mula-mula dimasukkan ke hospital itu. Dengan kelebihannya bertutur bahasa Rusia dengan sangat baik, dia menggunakan kelebihannya itu untuk menolong sepupunya. Dan pada malam itu, dia datang untuk menyampaikan berita kematian ibu Ani kepada Ani. Bila Ali bertanya kepada Ani,”Dah tahu dah?” Ani hanya mengangguk tanpa menunjukkan wajah sedih. Memang sungguh tabah. Dua ujian Allah datang kepadanya serentak! Dan dia masih mampu tersenyum. Sungguh. Itulah yang dapat kita lihat apabila Iman menebal dan mengawal nafsu dan perasaan. Sayangnya kepada Allah dan Rasul membuat hatinya lebih tenang menerima berita tersebut.

 

Ani banyak menceritakan kisahnya berada di hospital. Tentang teman satu wad dengannya. Tentang pengalamannya berada di ICU kerana pada mulanya Ami dimasukkan ke hospital, dia mengalami pendarahan di bahagian paru-paru. Dan simptom pertama yang membawa Ani ke doktor adalah batuk berdarah. Dan kerana itu dia dimasukkan ke ICU. Semasa di ICU, dia tetap membaca Al-Quran. Sampaikan ada orang tempatan ni bertanya, :lagu apa yang awak nyanyi tu? Saya tak pernah dengar la selama ini. Nyanyilah kuat sikit.” ๐Ÿ™‚ Sangat lucu rasanya ketika kami mendengar cerita itu. Memang ternyata ayat-ayat Allah ini menenangkan dan menghiburkan di kala kesusahan dan kesenangan.

 

Apabila hampir tamat waktu melawat, kami meminta izin untuk pulang. Dan mereka yang tak berkesempatan melawat Ani, mereka membuat tahlil di asrama. Kami pulang dengan satu peringatan untuk diri sendiri, yang mana Iman yang sentiasa menebal dalam hati buatkan seseorang itu semakin kuat menempuhi hidup sebagai seorang khalifah dan hambaNya di bumiNya juga. Wallahu a’lam.

 

I want to share. June 6, 2010

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 3:19 am

Assalamualaikum wbt.

Awal minggu ini kita digemparkan dengan isu serangan ke atas kapal yang memuatkan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara yang ketika itu berada 60 batu nautika dari Gaza. Dan sepanjang dua tiga hari ini juga penuh kata-kata perangsang berbentuk keagamaan dikongsi di Facebook, Twitter dan ym. Pada aku, bagus. Sekurang-kurangnya telah wujud kesedaran di dalam diri mereka. Inilah antara salah satu tujuan aktivis-aktivis keamanan itu. Mengecam tindakan Israel terhadap Palestin melalui media samada cetak ataupun elektronik. Dan kebanyakan orang juga menukar profile picture kepada bendera Palestin tanda sokongan yang amat padu.

Kelmarin aku ada mendengar tazkirah. Tentang peristiwa peperangan Mu’tah. Peperangan yang menyaksikan 12 orang syahid dari 3000 tentera Islam yang menyertainya. Peperangan yang membuktikan bahawa bilangan bukanlah penentu kemenangan atau kekalahan sesuatu pasukan. 3000 orang tentera Islam yang menghadapi 200 000 tentera Romawi yang dikira besar bilangannya. Bayangkanlah, nisbah seorang tentera Islam itu, berapa yang mereka harus berdepan, tetapi akhirnya kemenangan berpihak pada mereka. Mungkin mereka yang sekarang ini belajar di Jordan, lebih mengetahui cerita ini sebab tempat bersejarah itu lebih dekat dengan mereka. Alangkah untungnya dapat jejakkan kaki ke Bumi Nabi itu.

Tapi ingin aku ingatkan, janganlah sekarang saja kita beringat tentang itu. Kita harus memujuk diri supaya sentiasa meletakkan diri kita ke tempat yang sepatutnya. Jika sekarang kita mampu mengingatkan orang tentang sesuatu kebaikan, kenapa tidak kita teruskan saja apa yang sudah kita mulakan? Bukankah itu lebih baik dari kita tinggalkan apa yang kita sudah mulai?

Aku bercakap ini bukanlah nak tunjuk aku ni baik sangat. Apa yang aku tulis, aku sebenarnya mengingatkan diri aku juga. Sudah lama tidak tulis apa-apa di dalam ini. Sekurang-kurangnya jika aku tulis ini, bila baca balik, aku ingat balik apa yang aku pernah tulis di samping aku memberi manfaat kepada orang yang membaca jika ada. ๐Ÿ™‚

********************

Baru-baru ini ada salah seorang dari sahabat satu sekolah aku telah mendirikan masjid. Tahniah buat Muhammad Jarir dan isteri. Aku ini bukanlah kenal sangat dengan dia, cuma tahu dia budak kelas sebelah. Tapi bila dah habis sekolah, pasti kita akan mengambil tahu tentang rakan sekolah kita bukan? Bohonglah kalau tidak, tapi tak tahulah kalau memang nak memutuskan hubungan langsung. Hehe.. Dan baru-baru ini juga aku terlepas untuk pergi ke majlis perjumpaan semula (reunion) Sambest. Aku tengok gambar meriah sangat. Cemburu pula. Hehe..

********************

Sekarang ini minggu peperiksaan di sini. Aku ada 4 subjek yang hendak dihadapi. Sebelum ini aku dah habiskan 3 subjek : Therapy, Epidemiology dan Orthopedic. Lagi 4 subjek : Surgery, Infectious Diseases, Paediatrics dan Philosophy. Walaupun begitu, aku rasa kat tempat lain lagi banyak kot subjek yang kena get through, kan Asma? Hehe.. Apa pun, all the best untuk semua yang kebanyakannya tengah exam sekarang.

Sekarang ini aku stay up sebab nak ganti hari semalam dah banyak sangat tidur. Rugi dah masa aku. Kali ni dah masuk mug kedua air panas Neslo aku. Harapnya ia membantu aku mencelikkan mata dan minda aku untuk terus stay awake. Cewaah. Lagipun, Subuh dah awal sekarang. Makanya, jangan sampai tertinggal Subuh!

Banyak pula aku cakap kali ini. Oh ye, aku sangat jealous dengan perancangan percutian Mia dan Kak Mija ke Gold Coast hujung Julai ini walaupun aku dah pernah pergi. Main ride tu baca bismillah. Boleh gugur jantung weihh.. Huhu.. Tapi takpe, I am going back home. Lagi best. Hehee.. Lagipun, orang tu dah nak habis dah. Jadi enjoy your moment there. Jangan jadi macam aku, dah nak habis belajar, Moscow pun belum habis tour lagi. Huhu.

**Time is up. It is the time for continuing study. Thanks for reading. See you with more stories and experiences.

**I wish I can share my moment being in Moscow. And also my path towards the end of my journey. Inshaallah.