from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Kempen Minum Air Kosong. April 3, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 6:45 pm

Assalamualaikum wbt.

Dalam pada masa orang di Malaysia menjalankan kempen menjelang pilihanraya dengan bermacam kaedah, saya pula di Moscow ni sedang menjalankan satu kempen. Iaitu kempen minum air kosong setiap hari. Haha pelik kan bunyinya? Minum air kosong pun sampai kena berkempen? Saya mewajibkan diri saya untuk minum air kosong paling kurang 0.5 liter setiap hari. Kalau boleh sampai 1 liter. Tapi mesti semua tertanya-tanya kenapa saya berkempen sampai macam tu sekali. Ada kisah di sebaliknya..

 

Satu hari tu, tengah-tengah saya menyapu rumah, tiba-tiba salah seorang teman serumah berkata, ” Aku ni minum air manis banyak pula lately.” Saya pun balas, “Aku pun sama. Nescafe tu dua kali sehari lagi. Pagi dengan malam. Tapi baru aku perasan, aku tak minum pun air kosong.” Dia pun cakap lagi, ” Ko ni gila ke Wani. Dehydrated la ko kalau minum Nescafe tapi tak minum air kosong. Rosak kidney (buah pinggang) ko nanti.” Saya balas, ” Ha’ahlah. Ya Allah ni kena jalankan kempen minum air kosong ni!”

 

Itulah permulaan kenapa saya mulakan kempen ni. Demi menjaga buah pinggang saya, dan tambah pula untuk mengelakkan penyakit Diabetes Mellitus (kencing manis) sebab asyik makan makanan bergula dan berkarbohidrat (seperti nasi, roti, mi dan yang makanan berkanji yang lain). Lagipun, minum air kosong ni boleh mencantikkan kulit supaya sentiasa lembap (moist) je. Tambah pula sekarang pun cuaca sudah makin naik suhunya. Dah makin panas. Jadi air dari badan makin banyak diserap. Kitalah yang kena ada inisiatif untuk tambah air dalam badan supaya tidak terhidrasi. Waaah. bahasa saya hari ni penuh dengan terma yang baru :mrgreen:

 

Jadi jomlah ikut saya berkempen. Kempen saya tak berat sebelah ok! Ianya baik untuk semua pihak πŸ˜€

Advertisements
 

Saya ini Pedantic March 14, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 9:45 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Sekarang ni saya baru saja memasuki rotation Psychology. Hurm pelik kan dah tahun akhir pun masih ada rotation untuk subject ini. Orang lain mungkin dah lama dah masuk rotation ini tapi saya baru nak belajar. Hehehe..

 

Tapi apa yang menariknya hari ini, kami belajar tentang personality. Dan ada typical human personality yang relate dengan marital status and condition in family. Menarik bukan? Yang kami bincangkan ada 7 jenis: Introverted, Rigid, Irritable, Pedantic, Demonstrative, Dysthymia (Hypothymia), dan Hyperthymia. Bagaimana keadaan hidup 7 jenis orang ini? Bagaimana keadaan mereka apabila mereka dah berkeluarga? Bagaimana pula cara mereka bekerja? Bentuk badan mereka pula bagaimana berdasarkan jenis karakter mereka? Semua itu kami bincangkan dalam subjek Psychology ni. Memang menarik.

 

Sebagai contoh, saya ambil diri saya. Saya ini saya rasa jenis Pedantic. Pedantic atau anxious. Seorang yang mudah risau dalam setiap keadaan dan kehidupan. Boleh kata semua keadaan akan mengundang kerisauan saya. Pedantic ni bersifat altruistic, iaitu sifat yang sentiasa ingin memenuhi permintaan orang lain. Senang cerita, orang bersifat ini lebih mementingkan apa yang orang lain pandang kepada dirinya. Dia bukan jenis, “Ah, tak kisahlah apa orang cakap!” Ya! Dia kisah apa orang lain cakap tentang dirinya. Dan dia lebih memencilkan dirinya. Maksud pencil kat sini bukanlah totally exclude dirinya dari environment tapi dia lebih suka memerhati. Satu buruknya orang jenis ini adalah dia ada low self-appraisal. Dia sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan jika mahu dibandingkan dengan orang lain. Setiap keputusan yang harus dilakukan, dia lebih suka meminta pendapat orang lain dan melakukan sendiri. Dia ni lebih suka bekerja, bukan sebab dia memang suka kerja, tapi sebab dia risaukan kerja dia dan berfikir tentangnya kalau dia tinggalkan kerjanya begitu saja. Jadi dia lebih suka habiskan kerjanya dahulu baru dia akan berasa tenang. Kalau bab belajar pula, dia sanggup tidak tidur selagi belum habis study apa yang dia target/aim. Hurmm. Bab kerja tadi dah cakap. Ha, kalau jadi doktor, cikgu saya tanya, apa doktor yang paling sesuai untuknya? Dia tak sesuai jadi HOD (Head Of Department) sebab dia terlalu mengikut apa kata orang. Dan tak boleh juga dalam Emergency Department sebab dia terlalu banyak berfikir. Kalau dalam bab buat duit, memang tak boleh buat duit sebab dia jenis cepat kasihan pada orang lain. Mungkin boleh jadi Therapist je kot? :mrgreen: Kalau orang lain kata tak ada duit, dia pun ada kemungkinan untuk cakap, “Bagilah apa yang ada saja.”

 

Dalam bab keluarga pula, dia ini seorang yang ikhlas. Dia sanggup lindung keluarga dia tapi masalahnya dia susah nak buat keputusan yang tepat. Jadi, orang yang ada karakter Pedantic ini tak sesuai untuk berpasangan dengan yang sama jenis. Ini teori je la, takdir Allah untuk jodoh kita tu Allah Maha Mengetahui :mrgreen: Kalau pun dia mahu buat perhubungan rahsia (secret affair), dia akan give up sebab dia akan lebih fikirkan keluarganya. Kiranya family first. Tapi disebabkan low self-appraisal, orang berkarakter ini kadang kala tidak boleh menjawab soalan dengan tepat kalau ditanya oleh anak-anaknya. Ini buatkan anak-anaknya MUNGKIN tak menghormatinya. Tapi mungkin saja lah kan. Tapi boleh katakan keluarganya nanti agak stabil disebabkan karakternya ini.

 

Belajar Psychology ini membuatkan kita lebih memahami pesakit kita. Penting juga Psychology ni kan? πŸ˜€

 

Mereka yang bersifat ini adalah orang yang mendengar. Yes, He/She is a good listener. My russian teacher once told us, “Being a doctor is being a good listener.” Itu saya setuju. Kadang-kadang pesakit kita datang kepada kita hanya ingin mencari teman berbual, walaupun memang pada masa yang sama ingin mendapatkan rawatan.

 

Mungkin ada pembaca di luar sana yang sama sifatnya dengan saya. Apa nasihat saya untuk diri sendiri? Tak apa, kita usaha mana yang termampu, sebab kita ada Allah. Biar Allah yang tentukan hala tuju kita mengikut apa yang kita usaha dan kita tawakkal.

 

**Lamanya saya tak update blog ni.

**Tahniah untuk Sarah Shukor atas pernikahannya kelmarin. Be a good, solehah and mithali wife. I am sure, life after nikah is much way better than living alone.

 

Doktor dari Rusia February 23, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 12:05 am

Assalamualaikum wbt.

 

Tadi baru nak godek-godek blog ni sebab sebelum ni memang sibuk sangat dengan cycle Obstetrics. Mana taknya, keluar awal pagi selepas Subuh, jalan meredah sejuk beku bersuhu -25’C dan ke bawah, dengan angin sejuk lagi, semua itu memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Kalau tanya sesiapa pun, siapa sanggup jalan di awal pagi apabila suhu mencecah -25’C? Ada seorang budak Malaysia yang datang sini untuk conference pun tak tahan dengan cuaca sejuk macam ni. Budak Rusia je faham dan tegar dengan cuaca sebegini sejuk. Tapi ni bukanlah nada berunsur berlagak, cuma berkongsi rasa apa yang dialami di sini. Sesetengah orang tidak nampak kesusahan orang lain tapi hanya tahu menempelak saja πŸ™‚

 

Kembali kepada kisah saya godek-godek blog tadi. Ada yang sampai ke blog saya ni dengan word “Doktor dari Rusia”. Dalam fikiran saya, pastilah si dia ini antara orang yang membaca Berita Harian yang mengatakan doktor tamat pengajian luar negara tidak cekap terutamanya Rusia. Masa tu kecoh la budak-budak sini tentang isu itu. Ada yang mengamuk, ada yang tolong tenangkan. Ada yang melenting, ada yang sabar. Tapi sebenarnya bukan artikel itu yang menaikkan darah anak-anak muda di sini tapi komen-komen (salah seorang tu claim yang dia adalah seorang pegawai perubatan) di bawah artikel itu yang mendidihkan.

 

Begini ceritanya, ada satu artikel berita harian yang mengatakan doktor yang tamat pengajian luar negara tidak cekap. Tapi ada komen tu yang menyebabkan kawan-kawan saya marah sangat. Pointnya adalah: 1. Budak Rusia hanya tahu berjalan (melancong). 2. Mereka yang ambil perubatan di Rusia ada yang ambil aliran sastera. 3. Letak stetoskop bukan di tempat yang betul. Itu isu yang paling besar. Tapi yang paling seronok adalah artikel itu diletakkan di muka hadapan suratkhabar.

 

Pada saya ada betulnya cuma ia bukan boleh diaplikasikan kepada SEMUA DOKTOR YANG BERKELULUSAN DARI RUSIA. Mungkin ada kes-kes tertutup yang sengaja dibesar-besarkan. Ok, kita lihat satu persatu. Budak Rusia suka melancong? Katanya menghabiskan duit rakyat. Pada saya, kami bukan suka melancong. Kami hanya berjalan pada musim cuti. Apa yang bezanya kalau cuti pergi berjalan menjelajah bumi Tuhan dengan pulang ke tanah air bertemu keluarga? Guna duit juga. Tambah pula Moscow ini sangatlah sejuk di kala musim sejuk (winter), ramailah antara kami yang memilih untuk keluar dari Moscow untuk pergi ke tempat-tempat yang lebih panas suhunya. Itupun kami sudah consider banyak aspek. Kami bukan membazir ambil flight mahal, kami ambil flight yang ada promosi sebab kami sedar kami ini masih belajar. Ada duit lebih sikit, apa salahnya jelajah bumi Tuhan, ambil iktibar dan pengajaran. Dalam Al-Quran juga menggalakkan kita berjalan. Kalau pelajar yang belajar di negara lain pun, tak kisahlah Jerman ke, UK ke, US ke, walhal negara Arab sekalipun, bukan tak ada yang melancong. Saya sendiri pun ada terjumpa budak Malaysia yang berjalan keluar dari negara tempat mereka berjalan. Jadi bukanlah budak Moscow saja melancong! Jika belajar di Malaysia pun, saya tak rasa mereka tak berjalan sewaktu cuti. Paling tidak pun pergi Pulau Langkawi, tapi pun berjalan juga. Tak gitu? πŸ˜€

 

Kedua, ambil aliran sastera. Huh? Saya sendiri ambil aliran Sains Tulen sewaktu di sekolah menengah dulu. Tambah pula sekarang sudah ada No Objection Certificate (N.O.C) dari Kementerian Pengajian Tinggi sama ada layak atau tidak seseorang itu untuk belajar di Rusia ni. Dah kalau ambil aliran sastera, kamu rasa KPT luluskan dan keluarkan tak N.O.C tu? Fikir sendiri la. Tambah pula kebanyakan budak Rusia ini di bawah tajaan (biasiswa), mestilah pelajar yang terpilih. Ada orang yang gagal dalam SPM dapat biasiswa? Mungkin mereka yang bermasalah tu belajar atas tanggungan sendiri. Tapi saya tak rasa semuanya begitu. Ramai saja batch saya yang masih cemerlang walaupun kos pengajian ditanggung oleh mak ayah mereka. Cuma mungkin ada segelintir yang tercicir. Tapi kita tak boleh nak judge semua orang berdasarkan seorang saja yang bermasalah.

 

Ada seorang junior saya yang pergi hospital, lepas tu kena suntik berkali-kali tak dapat ambil darah, apabila ditanya grad mana, katanya grad local universiti. Ada senior saya kata, mereka yang extend posting dari local universiti. Β Tengok? Bukan semua universiti selain Rusia yang tak ada masalah tapi kenapa Rusia saja yang dilihat paling teruk? Apa yang membanggakan lagi, ada grad dari Rusia yang sekarang ini menjadi Ketua Housemen di hospital masing-masing.

 

Ketiga, letak stetoskop tak betul. Hurm ini mungkin terjadi tapi pada saya, itu asas dalam perubatan kot. Takkanlah points of auscultation tak tahu? Saya ini bukanlah hebat sangat tapi sekurang-kurangnya, asas kena ada dalam tangan. Kita ini bila belajar kena ada disiplin. Disiplin itu buatkan kita bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu amanah. Belajar itu satu amanah. Kerjaya tu juga satu amanah. Jadi dengan disiplin kita boleh pegang amanah dengan baik Insyaallah.

 

Apabila terjadi perkara-perkara begini, ia buatkan kami budak Moscow lebih kuat. Dengan dugaan orang Rusia yang berfikiran komunis, yang masih berada di dalam dunia mereka, yang tidak berapa menyukai orang luar, tambah pula dengan perempuan bertudung seperti saya (muslimah insyaallah), lagilah pandang macam nak makan orang lebih-lebih lagi selepas kejadian pengebom berani mati. Macam-macam dugaan, sejuk melampau, ancaman bom yang bila-bila saja, perangai orang Rusia. Bukan semua orang boleh hadapi semua dugaan itu secara serentak. Jadi apabila timbul perkara doktor Rusia tidak cekap, kami merasakan itu bukan salah kami. Kami dihantar oleh kerajaan untuk menuntut ilmu dan kami pegang amanah itu dengan sebaiknya. Segala perkara yang terjadi selepas ini kami serah bulat-bulat pada Allah selepas berusaha. Daripada melenting tak tentu pasal, lebih baik letak pergantungan kepada Allah. Dia lebih berkuasa dari suratkhabar ke doktor hebat mana ke, atau sesiapa sajalah.

 

Saya bukanlah mahu merungut, saya sebenarnya tak suka nak rosakkan hati saya dengan marah tentang perkara-perkara begini. Bersabar adalah jalan terbaik dan pada masa yang sama menuntut ilmu. Itu lebih bermanfaat. Semoga saya dan sahabat-sahabat lain boleh jadi doktor yang cekap seterusnya membidas dakwaan mereka yang tak betul itu. Kami nak buktikan yang kami juga mampu jadi doktor setanding dengan doktor grad UK, US yang orang Malaysia bangga-banggakan tu. Saya tak salahkan mereka yang belajar di sana cuma orang Malaysia yang terlalu mengagungkan UK dan US. Mereka yang belajar sana tu itulah rezeki mereka. Dan rezeki saya di sini. Allah takdirkan saya ke sini. Saya terima dengan redha.

 

**Maaf kalau ada yang terasa ketika membaca tulisan saya ini. Saya mahu motivasikan diri saya.

**Dengan timbulnya perkara ini, seolah-olah membunuh harapan dan jiwa seorang doktor yang mahu merawat pesakit. Tambah pula kalau mereka kata, “Saya tak mahu doktor Rusia rawat saya!”

**Apa saya harap dengan doktor yang komen pada artikel tu: semoga dia dapat pesakit Rusia yang tak tahu berbahasa inggeris. Baru dia tahu betapa pentingnya doktor dari Rusia :mrgreen:

 

Keracunan Makanan June 13, 2010

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 2:30 am

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan sekarang ini musim exam, jadi aku suka bercerita tentang apa yang aku belajar untuk exam kali ini. Sekarang ni tengah belajar tentang jangkitan atau dalam bahasa orang putihnya : Infectious disease. Tajuk yang akan kita bincangkan pada hari ini adalah tentang keracunan makanan (food poisoning).

Keracunan makanan terjadi apabila kita termakan makanan yang sudah dikoloni oleh bakteria atau dengan kata yang lebih senang, makanan yang sudah tak elok / basi / terbiar lama di luar / yang sewaktu dengannya. Ini boleh diketahui dengan rasa, bau atau warna. Kalau agak-agak bau tu dah kurang menyenangkan, janganlah pergi tunjuk berani makan makanan tu pula ye.

Biasanya ini terjadi apabila makanan dibiarkan terlalu lama di luar sehingga bakteria mengerumuni dan sesetengah dari bakteria itu menghasilkan sejenis toksin yang jika termakan, ia akan menyebabkan tanda-tanda keracunan makanan terjadi. Contoh tanda-tanda keracunan makanan : cirit-birit, muntah, loya, sakit di bahagian perut. Tanda-tanda ini timbul lebih kurang 6 jam dari masa kita termakan makanan rosak itu. Jangka masa jangkitan itu lebih kurang 24-48 jam.

Ramai tidak mengetahui bahawa kes keracunan makanan ini juga adalah salah satu jenis jangkitan. Dan mereka hanya mengambil mudah tentang ini. Jadi aku ingin menyedarkan masyarakat tentang bahaya keracunan ni. Hurmm.. Ok, kalau kita terkena cirit-birit la kan, jika kita bukan doktor dan jenis malas nak pergi klinik, apa perlu kita buat? Haaa.. Jika anda yang terkena, aku sarankan minum air banyak-banyak. Bukan air sirap atau teh tarik, tapi air kosong. Sebab apa? Bila keracunan ni, si penghidap akan kehilangan banyak air dan zat-zat dari dalam badan. Jadi, untuk mengelakkan terjadinya dehydration (tak tau dan malas fikir apa maksudnya dalam bahasa melayu), kenalah minum banyak air πŸ™‚

Tapi kalau rasa lemah sangat, aku sarankan pergilah jumpa doktor atau klinik yang terdekat. Jangan sampai dah lemah terbaring baru nak pergi ok. Nanti takut keadaan menjadi lebih teruk.

Aku pernah sekali terkena keracunan makan di Moscow ni. Masa tu tahun pertama. Bulan puasa. Masa buka tu, aku pergi gatal malas nak pergi basuh buah epal sebelum makan. Lap je kat baju macam aku buat kat Malaysia. Haha.. Jangan tiru aku ok! Malam tu dan keesokan harinya, aku berpuasa tapi dalam keadaan loya dan sakit perut. Orang suruh aku buka puasa tapi aku tak nak. Degil. Tapi balik kelas hari tu, aku muntah-muntah dan langsung tertidur. Mujur sekejap saja proses tu, kalau tidak memang lembik la aku. Huhu

Cukup setakat ini kelas kita. Jaga kebersihan, basuh tangan sebelum menguruskan makanan dan makan, dan baca doa sebelum makan ok! Wallahu a’lam.

**Malam ni kena berjaga. Aku sudah tiada masa mahu beronggeng keran 3 subjek sudah berderet tunggu. πŸ˜‰

 

Pakar Bedah bukan pilihanku June 12, 2010

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 1:07 am

Assalamualaikum wbt.

Hari ini aku baru saja menduduki peperiksaan untuk subjek pertama aku untuk tahun 5 iaitu Surgery. Bila belajar Surgery ni, barulah aku tahu betapa susahnya untuk menjadi seorang pakar bedah. Susah payah yang dilalui dengan belajar menggunakan buku setebal 2 timbunan kertas A4 Double A yang dijual di kedai-kedai buku tu! Tidak hairanlah kalau pakar bedah ni, semua ilmu berada di hujung jarinya saja! Cakaplah apa saja, acute appendicitis, acute cholecystitis calculous type, lung cancer, Krukenberg tumour, Mirizzi syndrome, bla.. bla.. bla.. semua pasti sudah ada dalam ingatan.

Kertas double A yang menjadi bahan perbandingan.

Hari ini semua examiners adalah pakar bedah lelaki. Betapa garangnya muka semua mereka itu. Nak jawab pun takut. Tapi nak buat macam mana, kena juga hadapi. Kalau diam saja, tak ke mana la jawabnya. Alamat repeat paper la. Tapi sudah terlanjur aku selajar susah payah sampai tahun 5 ni, takkan aku nak drop pula kan. Tabahkan je la hati, baca Bismillah semoga lancarkan lidah untuk menjawab dan pergi oral. Akhirnya, alhamdulillah habis juga aku exam dengan menjawab dua kes berkaitan peritotinis secondary to appencdicitis dan acute cholecytitis calculous type with history of 2 attacks of myocardial infarction.

Apabila keluar dari dewan peperiksaan tu, rasa macam keluar dewan exam time SPM dulu. Berbincang dengan kawan-kawan apa soalan yang mereka dapat dan macam mana cara surgeon tu tanya. Memang la orang kata “kaw kaw punya tanya“. Balik je, terasa macam pening pula kepala. Ye la, berat kepala bila semua ilmu yang diketahui dikeluarkan dalam bentuk oral. Memang la susah.

Aku tak pernah cerita tentang kesusahan belajar Perubatan ni. Tapi in fact, memang susah sangat-sangat. Saja malas bercerita, nanti meruntuhkan motivasi orang yang mahu ambil medicine pula. Tapi tak apa, bersusah-susah dahulu, menyenangkan orang kemudian. Kenapa menyenangkan orang? Ye la, kita berkhidmat untuk menolong orang dalam kesakitan. Hari ini hari dia, mana tahu esok lusa hari kita pula?

Jika diberi pilihan, dalam banyak-banyak specialities, menjadi pakar bedahlah antara pilihan terakhir akan aku buat. Aku jenis bukan tangan pakar bedah. Belajar untuk menjadi pakar bedah ini lama. Sebab tu pakar bedah ini antara golongan yang hebat. Lagipun, proses untuk menjadi pakar bedah ini mengambil masa yang agak banyak. Jadi, untuk membahagikan masa dengan kerja, belajar dan keluarga, aku merasakan yang aku memang takkan mampu untuk bahagikan masa aku kepada banyak bahagian begitu. Pengurusan masa yang bijak adalah membahagikan masa dengan sama rata tanpa melebihkan yang satu dan mengabaikan yang lain. Itu baru pengurusan masa yang tip top!

Samalah susahnya kalau ambil bidang lain pun. Aku bercerita tentang perubatan sebab aku ambil bahagian ini. Kalau orang lain nak berkongsi tentang bidang mereka, contohnya perundangan, ekonomi dan perniagaan, kewartawanan, perguruan dan sebagainya, amatlah dialu-alukan. Aku suka juga mendengar dan mengambil tahu cara mereka belajar bagaimana. Selalu juga kakak-kaka aku bercerita tentang zaman mereka belajar dulu. Ada yang ambil ekonomi, rekaan fesyen, perhotelan dan sebagainya. Seronoklah mendengar mereka bercerita. Kesusahan mereka sebelum menjadikan mereka yang sekarang ini.

Apa pun, kalau diberi pilihan, I am not going to be a surgeon. Tapi kuasa Allah, kita tak boleh lawan. Kalau Allah takdirkan aku jadi pakar bedah, Kun Fayakun. Wallahu a’lam.

 

Cabaran June 7, 2010

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 10:28 pm

Assalamualaikum wbt.

Cabaran utama aku bila belajar untuk peperiksaan akhir ini adalah aku susah nak belajar waktu siang. Kalau musim sejuk, aku tunggu malam baru boleh belajar. Sekarang ini pukul 10 baru masuk maghrib. Jadi pukul beraa aku boleh mula belajar semula selepas waktu Asar? Hurmm.. Bagi aku, ini cabaran paling susah untuk aku pikul. Cuba bayangkan, pukul 10 baru masuk Maghrib, pukul 12 tengah malam baru masuk waktu Isya, jadi aku kena berjaga untuk teruskan Subuh dan belajar waktu itu. Tapi, Allah jadikan malam itu untuk berehat dan siang untuk bekerja. Tapi aku jadi terbalik pula. Ingat Wani jangan mengeluh..

Ini cabaran dalam belajar. Di mana-mana tempat pun ada cabarannya sendiri. Kita yang kuat ini hadapi sajalah. Jika nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang berjihad di medan perang lagi la, tak kira penat, pagi petang bertarung nyawa, engkau setakat berjaga menuntut ilmu takkan la dah mengeluh Wani ooiii?

Tak apa, I will take it as my challenge! I am a brave girl. So whatever matter comes in front of me, I will face it with my full power. Macam power puff girl pula walaupun aku tak pernah tengok pun cerita itu. Huhu..

********************

Aku tak tahu la macam mana nak ubah font size tulisan ni. Geram aku tengok tulisan kecil-kecil macam ni. Sakit mata pula nak membacanya. Tak tahulah orang lain macam mana. Kalau mata aku ni ada kanta pembesar, kan senang. Tapi cermin mata ni tak ada kanta pembesar la pula. Hehee..

 

Betapa Allah itu Maha Adil

Filed under: perubatan — muslimahbestari @ 1:25 am

Assalamualaikum wbt.

Sekarang aku tengah berusaha membaca tajuk Malaria untuk subjek Infectious Diseases. Walaupun baru separuh membaca nota, aku tiba-tiba teringat akan doktor yang memberi lecture tajuk Malaria ini. Malaria ini adalah satu jangkitan yang dibawa oleh seekor nyamuk betina yang dikenali sebagai Anopheles. Nyamuk ini adalah tempat kepada membiaknya parasit malaria (vector). Manusia dijangkiti dengan penyakit ini setelah digigit oleh nyamuk ini. Salah satu bahagian lecture beliau adalah:

Genetic resistance towards malarial infection.

1. Individual immunological status.

2. Newborns who passively receive antibody from mother.

Penerangan kepada tahap imuniti seorang individu itu merujuk kepada dua kumpulan. Pertama, mereka yang mempunyai perubahan genetik dalam sel darah merah, seperti Thalassemia, sickle-cell anemia, dsb. Yang kedua pula, individu pembawa gene kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD deficiency).


Mereka ini ditakdirkan Allah mempunyai penyakit yang melibatkan sel darah merah. Tetapi Maha Pengasih dan Adil nya Allah, mereka antara individu yang apabila dijangkiti oleh demam malaria, mereka tidak seteruk jika nak dibandingkan dengan individu biasa. Kenapa aku kata betapa Allah itu Maha Adil? Kerana mereka yang menghidapi penyakit tersebut ada yang tidak boleh menerima ubat anti-malaria. Contoh macam G6PD tadi, mereka tidak boleh mengambil ubat anti malaria sembarangan kerana ianya boleh menyebabkan mereka mendapat anemia yang teruk (hemolytic anemia) sebagai reaksi terhadap ubat tersebut. Sudahlah sejak azali lagi mereka ini ada anemia, jika ambil ubat anti-malaria, anemia mereka boleh menyebabkan mereka kekurangan sel darah merah pembawa oksigen kepada semua tisu dalam badan.

Dan bayi-bayi yang baru lahir, jika kita tahu, mereka ini adalah golongan yang mempunyai kadar imuniti yang sangat rendah. Tetapi dengan bantuan susu ibu yang mengandungi antibodi untuk daya ketahanan tubuh, mereka antara golongan yang terselamat dari jangkitan teruk malaria. Selain itu, secara saintifiknya, bayi ini mempunya sejenis hemoglobin jenis HbF. HbF inilah juga menghindarkan bayi terkena jangkitan malaria yang boleh membunuh.

Mungkin apa yang aku cerita ini kurang difahami tetapi sungguh, apabila aku belajar bidang ini, aku merasakan Allah itu memang Maha segalanya. Syukur dipanjatkan kepadaNya. Mungkin ini satu kelemahan aku untuk menerangkan apa yang aku belajar dalam bahasa Melayu. Kadang kala agak sukar untuk mencari terma dalam bahasa yang lebih mudah supaya orang biasa yang tidak mempunyai peluang belajar perubatan, boleh faham apa sebenarnya tentang sesuatu jenis penyakit itu.

**Rajin pula aku mengupdate blog ini. Dah, pergi belajar!