from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Jangan melecehkan urusan yang baik November 27, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:32 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Semalam aku tidur lambat sebab berborak sampai larut malam. Berborak dengan teman serumah tentang masa depan. Hihi.. Terasa sudah besar pula. Ye la, jarang berbual pasal perkara ini. Dengan teman serumah pula tu. Ye la, masing-masing sibuk. Jarang dapat berbual begitu. Sekali sekala dapat berborak, seronok juga.

 

Salah satu isi perbualan kami adalah, betapa susah dan leceh nak kahwin di Malaysia. Mana taknya, sebelum nikah, macam-macam prosedur kena buat. Padahal urusan nikah kahwin ni sepatutnya mudah. Dengan adanya macam-macam prosedur buat ramai orang nikah di selatan Thai la, di luar negara la. Pada aku, bukanlah semua prosedur tu tak bagus. Contohnya, periksa darah untuk HIV. Itu satu perkara yang bagus sebab boleh mencegah satu keluarga tu dari terkena jangkitan virus itu.

 

Cuma apabila terlalu banyak prosedur, orang akan cakap, “Nak kahwin pun susah”. Sepatutnya nak bina masjid ni mudah tapi alhamdulillah kita masih ada Allah. Allah yang bantu kita mempermudahkan segala urusan kita. Semalam ada yang menyatakan kalau nikah di luar negara, jika mendaftar semula akan dikenakan denda. Hurmm tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Sebab aku pun tak pernah buat hihi πŸ˜€

 

Kita bernikah ni untuk mengelakkan perkara tak baik berlaku. Kita bukan minta ianya berlaku tapi langkah yang betul perlu kita ambil supaya kita boleh menghindari perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Na’uzubillahi min zalik. Hurmm satu lagi. Di Malaysia ni, bukan setakat prosedur saja melambatkan urusan bina masjid, tapi dengan adanya adat resam yang terlalu banyak menyebabkan ianya memakan masa untuk sampai ke tujuan asal. Aku bukan tak setuju dengan adat resam la bagai tu, cuma aku kurang gemar apabila kedudukan adat resam itu lebih ditekankan dari kedudukan syariat. Syariat menggalakkan nikah tapi adat resam pula yang orang ambil kira terlebih dahulu.

 

Sekarang ni, bertunang pun dah macam gaya bernikah. Sepatutnya tunang ni kan senyap je, kahwin yang perlu kita war-warkan. Ini apa yang aku belajar masa sekolah dulu la. Masa kahwin tu kita nak beritahu orang supaya tidak timbul fitnah di kemudian hari. Tapi apa yang aku tengok trend orang sekarang, masa tunang pun dah grand, ni apatah lagi masa kenduri nanti. Ada orang cakap, dari membazir keluarkan duit untuk pelamin la bagai, baik simpan duit untuk kegunaan anak-anak nanti. Kan lebih bagus. Kenduri ni seeloknya bersederhana saja tanpa membazir.

 

Aku ada pernah tengok majlis bertunang yang sangat ringkas (simple) tapi penuh keberkatan. Sejuk mata aku tengok. Itulah yang sepatutnya. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Aku harap apa yang aku cakap ni, aku tak buat la. Ni kena minta tolong ahli keluarga juga ni. Hihi.. Biarlah bercinta sampai syurga. Meraih cinta Tuhan yang Maha Agung. Insyaallah.

**Kepada kawan-kawan aku yang semakin ramai kahwin, aku ucapkan Tahniah. Barakallahu lakum. Kepada yang akan membina masjid, Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Doakan untuk aku sekali ok? πŸ˜‰

Advertisements
 

2 Responses to “Jangan melecehkan urusan yang baik”

  1. ultrakopite Says:

    nice blog supasaiya! hehehehehe… insyaALLAH, masanya akan tiba jugak buat kamu… πŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s