from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

April 17, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 11:01 pm

Assalamualaikum wbt.

Saya berhasrat untuk berpindah semula ke blogspot. Harapnya sesiapa yang pernah melawat ke sini, bolehlah melawat rumah lama saya di sini

Terima kasih kerana menyokong saya sepanjang saya di WP ni. Tengoklah kalau saya free, saya import entry lama masuk ke blog lagi satu. Terima kasih banyak-banyak beribu lemon.:mrgreen:

 

Problem WP ni April 12, 2011

Filed under: random — muslimahbestari @ 2:39 am

Assalamualaikum wbt.

Kadang-kadang geram pula dengan wordpress sebab macam-macam tak boleh letak. Ni rasa macam nak pindah semula ke blogspot. Kalau satu hari nanti saya pindah blogspot semula, jemput la eh semua ke sana. Saya ni dah berminat semula nak menulis. Tapi macam-macam tak boleh letak kat sini. Sabar je la.

 

Cabaran lagi April 6, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:39 pm

Assalamualaikum wbt.

Hari ini mahu sambung cabaran tapi tajuk cabaran tu membuatkan saya tiada idea apa yang mahu ditulis. Aduhai.

Day 22 โ€“ A letter to someone who has hurt you recently.

 

Secara jujurnya, memang tak ada siapa pun yang meyakitkan hati saya akhir-akhir ini. Memang tiada. Jadi saya susahlah nak buat cabaran ini. Tapi kalau ada, apa yang saya mahu tulis pada dia?

 

Assalamualaikum wbt.
Saya tulis surat ni sebab saya rasa kurang senang dengan awak. Tapi saya tak mahu simpan rasa kurang senang ni dalam hati saya, jadi saya berterus terang la dengan awak. Dan saya harap kita masih boleh berkawan selepas insiden ini. Saya juga mahu minta maaf kalau surat ini buatkan awak marah dengan saya. Saya cuma mahu hilangkan perasaan tak selesa ini saja. Harap awak faham.
Saya minta maaf.
-Saya-

 

Haha.. kelakar kan bunyi surat ni. Tapi kan, saya memang dah tak main la tulis surat-surat ni kalau tak senang dengan orang. Saya lebih selesa tidur. Huh? Kenapa tidur? Sebab biasanya selepas bangun dari tidur, hati saya akan jadi lebih tenang. Itulah biasanya saya buat. Mudah bukan? Lagipun tak elok simpan perasaan tak sedap dalam hati, nanti berkulat, terus busuk hati kita. Kan ke kita ni sesama Muslim itu bersaudara? Saudara ni kita takkan sampai hati nak menyakitkan hati dia atau bermusuh dengan dia. Itu maksud saudara.

 

**Kita bersaudara satu iman satu tauhid. Alhamdulillah ramainya saudara saya:mrgreen:

 

Kempen Minum Air Kosong. April 3, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 6:45 pm

Assalamualaikum wbt.

Dalam pada masa orang di Malaysia menjalankan kempen menjelang pilihanraya dengan bermacam kaedah, saya pula di Moscow ni sedang menjalankan satu kempen. Iaitu kempen minum air kosong setiap hari. Haha pelik kan bunyinya? Minum air kosong pun sampai kena berkempen? Saya mewajibkan diri saya untuk minum air kosong paling kurang 0.5 liter setiap hari. Kalau boleh sampai 1 liter. Tapi mesti semua tertanya-tanya kenapa saya berkempen sampai macam tu sekali. Ada kisah di sebaliknya..

 

Satu hari tu, tengah-tengah saya menyapu rumah, tiba-tiba salah seorang teman serumah berkata, ” Aku ni minum air manis banyak pula lately.” Saya pun balas, “Aku pun sama. Nescafe tu dua kali sehari lagi. Pagi dengan malam. Tapi baru aku perasan, aku tak minum pun air kosong.” Dia pun cakap lagi, ” Ko ni gila ke Wani. Dehydrated la ko kalau minum Nescafe tapi tak minum air kosong. Rosak kidney (buah pinggang) ko nanti.” Saya balas, ” Ha’ahlah. Ya Allah ni kena jalankan kempen minum air kosong ni!”

 

Itulah permulaan kenapa saya mulakan kempen ni. Demi menjaga buah pinggang saya, dan tambah pula untuk mengelakkan penyakit Diabetes Mellitus (kencing manis) sebab asyik makan makanan bergula dan berkarbohidrat (seperti nasi, roti, mi dan yang makanan berkanji yang lain). Lagipun, minum air kosong ni boleh mencantikkan kulit supaya sentiasa lembap (moist) je. Tambah pula sekarang pun cuaca sudah makin naik suhunya. Dah makin panas. Jadi air dari badan makin banyak diserap. Kitalah yang kena ada inisiatif untuk tambah air dalam badan supaya tidak terhidrasi. Waaah. bahasa saya hari ni penuh dengan terma yang baru:mrgreen:

 

Jadi jomlah ikut saya berkempen. Kempen saya tak berat sebelah ok! Ianya baik untuk semua pihak๐Ÿ˜€

 

Hargai diri anda April 1, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 3:28 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Saya ada berita gembira! Saya baru saja hargai diri saya dengan sebuah Nikon D40 tapi saya ni kedekut sikit. Saya beli ni pun yang second hand. Pada saya, jika nak beli tak kisah second hand pun, asalkan kondisi barang tu baik dan bagus, apa salahnya? Bukan jaga standard diri dengan beli yang first hand tapi mahal padahal keadaan barang tu sama saja. Itu pendapat saya la tapi saya tak aplikasikan perkara ini untuk semua benda. Untuk benda kecil-kecil boleh la:mrgreen:

Berbalik kepada cerita saya tadi, saya hadiahkan kamera tu untuk diri saya sempena hari lahir ke-24. Rasa nak jadikan kamera tu hadiah graduasi juga! Semangat tak? Hehe..๐Ÿ˜€ Jarang benar saya hadiahkan apa-apa barang untuk diri sendiri. Tapi baru sekarang nak buat diri termotivasi. Hehe.. Kadang-kadang memang kita kena reward diri kita ni. Supaya kita sayang diri kita. Kan?

 

Hurmm Mia, kalau ko terbaca post ni kan, jangan bagitahu siapa-siapa dulu tau. Nanti aku balik baru nak diorang tahu. Ko diam-diam tau!:mrgreen:

 

Malam tadi saya hantar seorang pegawai kedutaan balik Malaysia for good. Beliau sudahpun tamat perkhidmatan beliau di sini. Sampai saja di lapangan terbang Domodedovo, saya tengok setiap orang yang nak masuk ke terminal daftar masuk (check-in) harus di-scan. Semua ini jadi selepas insiden bom di lapangan terbang tersebut bulan Januari tahun ni. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, pihak kerajaan menetapkan untuk meng-scan setiap pelawat, penumpang, pramugara/pramugari, juruterbang dan golongan yang seangkatan dengannya. Tapi dulu saya hanya dengar cerita saja sebab saya pun tak pernah pergi ke lapangan terbang Domodedovo selepas insiden bom tu, cuma malam tadi baru saya betul-betul hadapi keadaan tu. Kalau selalu saya ke airport saya bertolak 3 jam sebelum penerbangan, nampaknya kali ni untuk balik ke Malaysia selepas habis belajar, saya perlu bertolak 4 jam sebelum! Sebab barisan scan nak masuk airport tu memang panjang! Dengan orang bawa beg besar lagi, jadi memang kena bertolak 4 jam sebelum. Hurmm biasalah, Rusia.. Kadang-kadang kita ni kena bersabar saja. Itu jalan terbaik. Lepas tu senyum. Macam ni >>:mrgreen:

 

Hari ini saya tinggal di rumah seorang diri sebelum Fareena pulang dari kelas pukul 12.30 tadi. Sekarang beza masa Moscow-Malaysia hanya 4 jam. Kalau sekarang di Moscow pukul 2.23 oetang, di Malaysia pukul 6.23 petang. Tadi sebelum Fareena pulang, sempat saya masak tumis taugeh untuk makan tengahari dan marinate ayam untuk dibakar. Dan sebelum masuk Zuhur tadi, sempat lipat kain baju yang berlonggok tu. Sejak kena tumpu perhatian untuk peperiksaan akhir ni, saya jadi makin tak terurus. Baju pun tak lipat, meja belajar pun macam tongkang pecah, katil je kemas sebab nak buat tidur:mrgreen: Asal keadaan yang selesa dan kondusif je untuk belajar. Jangan tiru saya ye kawan-kawan. Anak dara tak elok perangai macam tu, nanti mak mertua tak suka๐Ÿ˜›

 

Oklah, saya undur diri dulu buat masa ni. Saya mahu makan tengahari dan study sikit untuk usrah malam ni. Alhamdulillah Allah masih sayang pada saya.

 

**Mia (adik saya) dah kerja, saya balik saya nak pau duit dia suruh belanja saya!๐Ÿ˜›

 

Perancangan selepas belajar March 30, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 3:16 am

Assalamualaikum wbt.

 

Sekarang ini saya masih berjaga sebab tadi selepas menunaikan solat maghrib, saya tertidur sampailah pukul 11.30 malam. Bangun saja terus solat Isya dan terus buka buku. Kena berdisiplin lebih sikit sebab peperiksaan akhir sudah dekat. Lagi dua bulan seminggu saja. Itu bukan satu jangka masa yang panjang. Pejam celik, tahu-tahu esok dah nak pergi periksa.

 

Hari ini kelas saya petang. Kelas Parasitology. Kena pilih tajuk untuk pembentangan. Dan kumpulan kami memilih tajuk Cysticercosis. Salah satu penyakit yang disebabkan oleh cacing. Cacing jenis ini terdapat dalam daging babi yang tidak dimasak dengan betul. Hurmm ternyata hukum Allah memang sangat terbaik buat kesihatan badan kita, bukan?๐Ÿ˜‰

 

Nak cakap pasal cacing malam-malam ni, rasa geli pula. Hehe.. Agak-agak nak cakap pasal apa ye? Hurmm rasanya macam tak ramai pun yang baca blog ni, jadi nak cerita banyak-banyak pun, macam tak seronok pula. Kalau dulu di blogspot, ramai juga yang singgah. Tapi disebabkan ada satu masa tu saya berehat panjang dari berblog tanpa sebarang notis (ada la nak dekat setahun!), jadi pembaca saya semua dah tak mengikuti perkembangan saya di Moscow ni. Tak mengapalah, siapa-siapa yang ada saja la.

 

Apa rancangan saya selepas habis belajar? Setiap orang mesti ada rancangan masing-masing bukan? Hurmm.. Apa rancangan saya eh? Jangka masa pendek insyaallah saya mahu ambil lesen kereta (kelakar bukan, dah tua bangka baru nak pergi ambil lesen kereta! :-P) dan kalau boleh mahu bercuti bersama keluarga. Dah lama benar nak bercuti bersama mereka. Selalu memang tak ada kesempatan. Hurmm apa lagi? Oh ye, saya bercadang mahu melawat semula sekolah lama saya yang saya sangat sayang itu >> SAMBEST!! ย Walaupun ramai cikgu yang dah pindah, atau junior-junior pun tak ada siapa yang saya kenal, tapi tak mengapa, yang penting semangat tu ada:mrgreen: Selepas tu kalau ada kesempatan, saya mahu berjumpa dengan KS! Tersangat rindu dengan kakak saya seorang ini. Tapi dia duduk jauh, harapnya Emak beri green light untuk saya ke Temerloh:mrgreen:

 

Jangka masa panjang pula. Lepas belajar, biasanya orang nak buat apa? Ramai kawan-kawan saya dah mendirikan rumah tangga selepas belajar. Jadi, saya pun nak lah!๐Ÿ˜€ Hehehe.. Doakan la saya cepat-cepat eh. Lagipun, nanti sewaktu kerja dengar kata stress sangat-sangat, jadi kalau ada teman yang halal, lega sikit kepala otak. Hihi.. Lagi apa eh, oh, saya mahu mula bekerja, tapi kalau boleh mahu mula kerja selepas raya. Dah lama rasanya tak beraya dengan keluarga. Teringin juga nak merasa duit raya! Ish, sungguh tak patut benar saya ini. Dah tua-tua ni (Ah, tua lagi yang saya sebut!) masih mahu duit raya. Tapi apa salahnya kan, saya belum kerja lagi.. Hihi..

 

Hurmm setakat ni, itulah rancangan saya. Nak fikir banyak-banyak sangat rancangan pun, nanti takut tak tersempat nak buat. Oklah, saya mahu sambung belajar. Lama dah saya tersangkut kat sini. Adeh!

 

**Sekarang ni saya hantu dengar lagu lama-lama nyanyian Nada Murni. Macam sekarang ni saya sedang mendengar lagu Sunnah Berjuang! Terasa mahu berjuang..

 

Hari 16-Hari 21 March 29, 2011

Filed under: Cabaran Plurker — muslimahbestari @ 3:57 am

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini saya mahu sambung cabaran. Alahai, bila la saya mahu menyambung cerita percutian saya ini. *sigh*

 

Day 16 โ€“ Your celebrity crush.

Tak adalah crush sangat, tapi saya suka tengok Asyraf Muslim. Kalau jadi ustaz ke jadi budak nakal ke muka dia tenang je ngeh ngeh.

Day 17 โ€“ A photo of you and your family.

Sudah lama saya tidak bergambar bersama keluarga. Task ni buat saya sedih la๐Ÿ˜ฆ Tapi saya ada gambar keluarga tanpa saya dan adik serta kakak saya seorang. adik dan kakak saya yang seorang itu berada di Australia ketika itu.


Day 18 โ€“ Something you crave a lot.

Makanan tradisional Melayu. Kuih muih contohnya pulut panggang!!

Day 19 โ€“ Another picture of yourself.


Day 20 โ€“ The meaning behind your blog name.

From little hands – Dari tangan-tangan kecil. Bermakna, dari tangan yang kecil ini boleh dan mampu mengubah dunia dengan hasil tulisan yang mencetus semangat . Hasil tulisan yang mampu mengubah hati-hati manusia untuk ke arah yang lebih baik. Tangan-tangan yang menulis yang mampu mengajak manusia mendekati Tuhan Pencipta Alam. Itulah kuasa tangan yang Allah beri dan akal yang memikirkan idea-idea untuk berdakwah:mrgreen:

Day 21 โ€“ A photo of something that makes you happy.

Tapi saya dah bersara dari dunia ping pong. Rasa sedih pula tahun ni tak dapat mewakili universiti untuk Intervarsity Games. Tapi saya redha. Mungkin Tuhan tetapkan saya untuk jadi penyokong saja๐Ÿ˜€ Lagipun ramai lagi junior yang hebat-hebat. Tambah pula saya perlu study untuk final exam GOS nanti. Alhamdulillah aturan Allah yang terbaik buat saya. Alhamdulillah.