from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

MOSCOW: Seronok kah? November 25, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:48 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Minggu lepas ada seorang kawan yang aku hanya kenal melalui blog saja, datang melawat Moscow. Terima kasih Ainul! Ainul dan dua orang sahabatnya datang ke Moscow melawat kami di sini. Hehe.. Sambil melawat tempat-tempat yang menarik yang kebanyakannya aku tak pernah pergi. πŸ™‚ Bagus juga kadang-kadang apabila ada kawan yang yang datang melawat tempat kita ni. Tempat yang tak pernah pergi pun, kita pergi.

Kadang-kadang apabila orang tanya aku seronok ke Russia ni (terutama Moscow), aku sendiri tak tahu nak kata seronok ke tak sebab nak kata seronok, tak tapi tak seronok pun, tak juga πŸ˜€ Sampai satu tahap apabila aku tanya kawan-kawan aku sendiri, adakah ibu bapa mereka datang untuk majlis graduasi nanti, ada yang kata datang tapi ada juga yang kata “Aku tak bagi diorang datang!” Waaah!! sampai macam tu sekali.. hihi

Kalau aku sendiri, ibu bapa aku tidak datang untuk hari graduasi aku nanti. Dari awal lagi Emak dah kata: Wani, ko tak kecil hati kan kalau Emak tak datang masa graduasi nanti? Hurmm aku sendiri pun tak kisah. Sebab pertama: Mereka dah tua untuk naik flight yang lama. Tahu sajalah orang tua. Dengan sakit otot nya, sakit sendi. Aku ni takkan la hanya dengan hanya nak mereka ikut kehendak aku, aku abaikan kesihatan mereka? Itu sangatlah pentingkan diri sendiri! Sebab kedua: Kalau mereka di sini, tiada tempat tinggal yang selesa untuk mereka tinggal. Mereka dah tua, mesti la kena tempat tinggal yang selesa. Selesa nak solat, selesa nak tidur dan selesa semuanya. Itulah peranan kita sebagai anak walaupun bukan di Malaysia. Daripada hanya cukup syarat nak mereka datang, baik tak payah datang, tunggu je kita di KLIA dengan sekeping ijazah. Kan lebih manis begitu? πŸ™‚

Jadi apa langkah yang aku ambil, kalau nak datang Moscow maka datanglah tapi aku tak galakkan datang atau halang dari datang. Mungkin sesetengah orang suka keadaan di Moscow. Tapi ada juga yang kurang gemar suasana di sini. Mungkin untuk melawat sangat sesuai. Tapi untuk tinggal selama 6 tahun (macam aku) sangatlah mencabar! Sungguh aku katakan ia sangat mencabar.. Cabaran bahasa, cabaran cuaca dan cabaran lain. Aku tak tahu kenapa orang berebut-rebut nak datang Moscow.

**Sejak akhir-akhir ni ramai orang-orang besar Malaysia ramai betul ke Moscow. Mungkin mereka rasa Moscow ni unik, siapa tahu? πŸ˜›

**Tadi tidur, mimpi KS! KS dengan Kak Long dia. hihi.. Rindunya……….!

Advertisements
 

2 Responses to “MOSCOW: Seronok kah?”

  1. ainul arina Says:

    Sebagai seorang pendatang sekejap di Russia, Ainul belajar banyakkkkk sangat benda baru dekat sana.. Bak kata filem EAT, PRAY AND LOVE, every country has their own word. And Russia for me = courageous…To live and to cope with anything Russian, you need to be very courageous than before.. Para pen-tak-berani, sila jangan datang Russia, karang menyesal. Huahuahua.. ;p tapi kan, I learn to appreciate my own things more kot terutamanya… hehe..

    btw, Thanks Kak Wani for being a great host…! =)
    kiriman utk Kak Asma tu ainul kena simpan dulu sbb dia beliau balik bulan 1 nnti.. Lama giler dia balik Malaysia.. huhu..
    Jemput dtg Jordan plak~

    • Owh. That’s a very high compliment Ainul. I just paid an accompany to those who pay a visit here. If there’s my turn to visit your place, I am sure you’ll do the same πŸ™‚

      I read your blog about the introduction of Holiday in Russia. I’m glad you enjoyed it. Since it was -12 degree when you went back to Jordan, now it reaches -15 degrees and it’s dropping from day to day. (dah rasa macam duduk dalam peti ais!) πŸ˜›

      Send my salam, assalamualaikum to Akmal and Mai. πŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s