from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Hargai diri anda April 1, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 3:28 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Saya ada berita gembira! Saya baru saja hargai diri saya dengan sebuah Nikon D40 tapi saya ni kedekut sikit. Saya beli ni pun yang second hand. Pada saya, jika nak beli tak kisah second hand pun, asalkan kondisi barang tu baik dan bagus, apa salahnya? Bukan jaga standard diri dengan beli yang first hand tapi mahal padahal keadaan barang tu sama saja. Itu pendapat saya la tapi saya tak aplikasikan perkara ini untuk semua benda. Untuk benda kecil-kecil boleh la :mrgreen:

Berbalik kepada cerita saya tadi, saya hadiahkan kamera tu untuk diri saya sempena hari lahir ke-24. Rasa nak jadikan kamera tu hadiah graduasi juga! Semangat tak? Hehe.. 😀 Jarang benar saya hadiahkan apa-apa barang untuk diri sendiri. Tapi baru sekarang nak buat diri termotivasi. Hehe.. Kadang-kadang memang kita kena reward diri kita ni. Supaya kita sayang diri kita. Kan?

 

Hurmm Mia, kalau ko terbaca post ni kan, jangan bagitahu siapa-siapa dulu tau. Nanti aku balik baru nak diorang tahu. Ko diam-diam tau! :mrgreen:

 

Malam tadi saya hantar seorang pegawai kedutaan balik Malaysia for good. Beliau sudahpun tamat perkhidmatan beliau di sini. Sampai saja di lapangan terbang Domodedovo, saya tengok setiap orang yang nak masuk ke terminal daftar masuk (check-in) harus di-scan. Semua ini jadi selepas insiden bom di lapangan terbang tersebut bulan Januari tahun ni. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, pihak kerajaan menetapkan untuk meng-scan setiap pelawat, penumpang, pramugara/pramugari, juruterbang dan golongan yang seangkatan dengannya. Tapi dulu saya hanya dengar cerita saja sebab saya pun tak pernah pergi ke lapangan terbang Domodedovo selepas insiden bom tu, cuma malam tadi baru saya betul-betul hadapi keadaan tu. Kalau selalu saya ke airport saya bertolak 3 jam sebelum penerbangan, nampaknya kali ni untuk balik ke Malaysia selepas habis belajar, saya perlu bertolak 4 jam sebelum! Sebab barisan scan nak masuk airport tu memang panjang! Dengan orang bawa beg besar lagi, jadi memang kena bertolak 4 jam sebelum. Hurmm biasalah, Rusia.. Kadang-kadang kita ni kena bersabar saja. Itu jalan terbaik. Lepas tu senyum. Macam ni >> :mrgreen:

 

Hari ini saya tinggal di rumah seorang diri sebelum Fareena pulang dari kelas pukul 12.30 tadi. Sekarang beza masa Moscow-Malaysia hanya 4 jam. Kalau sekarang di Moscow pukul 2.23 oetang, di Malaysia pukul 6.23 petang. Tadi sebelum Fareena pulang, sempat saya masak tumis taugeh untuk makan tengahari dan marinate ayam untuk dibakar. Dan sebelum masuk Zuhur tadi, sempat lipat kain baju yang berlonggok tu. Sejak kena tumpu perhatian untuk peperiksaan akhir ni, saya jadi makin tak terurus. Baju pun tak lipat, meja belajar pun macam tongkang pecah, katil je kemas sebab nak buat tidur :mrgreen: Asal keadaan yang selesa dan kondusif je untuk belajar. Jangan tiru saya ye kawan-kawan. Anak dara tak elok perangai macam tu, nanti mak mertua tak suka 😛

 

Oklah, saya undur diri dulu buat masa ni. Saya mahu makan tengahari dan study sikit untuk usrah malam ni. Alhamdulillah Allah masih sayang pada saya.

 

**Mia (adik saya) dah kerja, saya balik saya nak pau duit dia suruh belanja saya! 😛