from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Cabaran lagi April 6, 2011

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 2:39 pm

Assalamualaikum wbt.

Hari ini mahu sambung cabaran tapi tajuk cabaran tu membuatkan saya tiada idea apa yang mahu ditulis. Aduhai.

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

 

Secara jujurnya, memang tak ada siapa pun yang meyakitkan hati saya akhir-akhir ini. Memang tiada. Jadi saya susahlah nak buat cabaran ini. Tapi kalau ada, apa yang saya mahu tulis pada dia?

 

Assalamualaikum wbt.
Saya tulis surat ni sebab saya rasa kurang senang dengan awak. Tapi saya tak mahu simpan rasa kurang senang ni dalam hati saya, jadi saya berterus terang la dengan awak. Dan saya harap kita masih boleh berkawan selepas insiden ini. Saya juga mahu minta maaf kalau surat ini buatkan awak marah dengan saya. Saya cuma mahu hilangkan perasaan tak selesa ini saja. Harap awak faham.
Saya minta maaf.
-Saya-

 

Haha.. kelakar kan bunyi surat ni. Tapi kan, saya memang dah tak main la tulis surat-surat ni kalau tak senang dengan orang. Saya lebih selesa tidur. Huh? Kenapa tidur? Sebab biasanya selepas bangun dari tidur, hati saya akan jadi lebih tenang. Itulah biasanya saya buat. Mudah bukan? Lagipun tak elok simpan perasaan tak sedap dalam hati, nanti berkulat, terus busuk hati kita. Kan ke kita ni sesama Muslim itu bersaudara? Saudara ni kita takkan sampai hati nak menyakitkan hati dia atau bermusuh dengan dia. Itu maksud saudara.

 

**Kita bersaudara satu iman satu tauhid. Alhamdulillah ramainya saudara saya :mrgreen:

Advertisements