from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Apabila tensi belajar. March 24, 2011

Filed under: life in moscow,love — muslimahbestari @ 11:06 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Inilah kami budak-budak tak matang berposing apabila tak ada kerja (terutama apabila sudah tensi belajar) ๐Ÿ˜› Tapi ini semua bukan kerja saya. Ini kerja Fareena! Saya layan saja.

 

 

 

 

 

Inilah cerita kami kanak-kanak yang tak sedar diri, dah nak habis belajar tapi masih berperangai kebudak-budakan. Tapi nanti inilah memori yang takkan kami lupakan. Kalau ada KS lagi seronok!

 

**Countdown: Tinggal 2 bulan 2 minggu.

 

Teaser Granada March 23, 2011

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan — muslimahbestari @ 5:14 pm

Assalamualaikum wbt.

Letak satu gambar dari Granada (Al Hambra). Bila la ada masa nak update tentang Granada dan tempat lain.

 

Cabaran sekali harung. March 21, 2011

Filed under: Cabaran Plurker,life in moscow — muslimahbestari @ 12:13 am

Assalamualaikum wbt.

 

Day 6 โ€“ A photo of an animal youโ€™d love to keep as a pet.


Day 7 โ€“ Your dream wedding.

Ringkas, mudah dan penuh barakah. Kalau boleh, tak naklah yang ada karaoke la muzik melalaikan dan yang seumpama dengannya. Insyallah. Mudah bukan? :mrgreen:

Day 8 โ€“ A song to match your mood.

Aku Tanpa CintaMu by Mirwana feat Jay Jay

Day 9 โ€“ A photo of the item you last purchased.

Ala, tak ada gambar la sebab dah tak ingat apa yang dibeli.

Day 10 โ€“ A photo of our favorite place to eat.

“Our”? Saya suka makan kat rumah. Saya masak sendiri.

Day 11 โ€“ Whatโ€™s in your makeup bag?

Make up bag? Dalam beg make up saya ada krim muka, sikat, bedak dan vaseline sahaja. ๐Ÿ™‚

Day 12 โ€“ A photograph of the town you live in.

Ni yang lemah gambar-gambar ni. Saya tinggal di kampung sahaja. Kalau gambar bandar Moscow, nantilah saya attach.

Day 13 โ€“ Your favorite musician and why?

Sami Yusuf, Maher Zain. Because they deliver dakwah in their songs. Jadi mereka yang cenderung kepada lagu-lagu ni bolehlah tertarik kepada Islam. Kredit juga pada mereka sebab rupa mereka yang kacak. Huhu..

Day 14 โ€“ A TV show youโ€™re currently addicted to.

Hurmm.. None. Saya kurang gemar tengok TV show.

Day 15 โ€“ Something you donโ€™t leave the house without.

Passport and wallet.

**Kasih sayang Allah kepada hambaNya memang tak pernah pudar. Manusia yang selalu memudarkan kasih sayang terhadap Allah. T.T

**Permudahkanlah Ya Allah. Permudahkanlah.

 

Masa March 18, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 3:06 am

Assalamualaikum wbt.

 

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjaan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. Al-Asr 1-3

 

Untuk saya, hanya tinggal dua bulan tiga minggu. Selepas itu bermulalah fasa yang baru buat saya. Alam dewasa yang mungkin akan mematangkan saya. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. KepadaMu sahaja diri ini berserah.

 

**Kenapa kita boleh risau tentang peperiksaan dunia, tapi jarang benar risaukan peperiksaan akhirat? Ingatlah wahai hati.

 

Saya ini Pedantic March 14, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 9:45 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Sekarang ni saya baru saja memasuki rotation Psychology. Hurm pelik kan dah tahun akhir pun masih ada rotation untuk subject ini. Orang lain mungkin dah lama dah masuk rotation ini tapi saya baru nak belajar. Hehehe..

 

Tapi apa yang menariknya hari ini, kami belajar tentang personality. Dan ada typical human personality yang relate dengan marital status and condition in family. Menarik bukan? Yang kami bincangkan ada 7 jenis: Introverted, Rigid, Irritable, Pedantic, Demonstrative, Dysthymia (Hypothymia), dan Hyperthymia. Bagaimana keadaan hidup 7 jenis orang ini? Bagaimana keadaan mereka apabila mereka dah berkeluarga? Bagaimana pula cara mereka bekerja? Bentuk badan mereka pula bagaimana berdasarkan jenis karakter mereka? Semua itu kami bincangkan dalam subjek Psychology ni. Memang menarik.

 

Sebagai contoh, saya ambil diri saya. Saya ini saya rasa jenis Pedantic. Pedantic atau anxious. Seorang yang mudah risau dalam setiap keadaan dan kehidupan. Boleh kata semua keadaan akan mengundang kerisauan saya. Pedantic ni bersifat altruistic, iaitu sifat yang sentiasa ingin memenuhi permintaan orang lain. Senang cerita, orang bersifat ini lebih mementingkan apa yang orang lain pandang kepada dirinya. Dia bukan jenis, “Ah, tak kisahlah apa orang cakap!” Ya! Dia kisah apa orang lain cakap tentang dirinya. Dan dia lebih memencilkan dirinya. Maksud pencil kat sini bukanlah totally exclude dirinya dari environment tapi dia lebih suka memerhati. Satu buruknya orang jenis ini adalah dia ada low self-appraisal. Dia sentiasa merasakan dirinya serba kekurangan jika mahu dibandingkan dengan orang lain. Setiap keputusan yang harus dilakukan, dia lebih suka meminta pendapat orang lain dan melakukan sendiri. Dia ni lebih suka bekerja, bukan sebab dia memang suka kerja, tapi sebab dia risaukan kerja dia dan berfikir tentangnya kalau dia tinggalkan kerjanya begitu saja. Jadi dia lebih suka habiskan kerjanya dahulu baru dia akan berasa tenang. Kalau bab belajar pula, dia sanggup tidak tidur selagi belum habis study apa yang dia target/aim. Hurmm. Bab kerja tadi dah cakap. Ha, kalau jadi doktor, cikgu saya tanya, apa doktor yang paling sesuai untuknya? Dia tak sesuai jadi HOD (Head Of Department) sebab dia terlalu mengikut apa kata orang. Dan tak boleh juga dalam Emergency Department sebab dia terlalu banyak berfikir. Kalau dalam bab buat duit, memang tak boleh buat duit sebab dia jenis cepat kasihan pada orang lain. Mungkin boleh jadi Therapist je kot? :mrgreen: Kalau orang lain kata tak ada duit, dia pun ada kemungkinan untuk cakap, “Bagilah apa yang ada saja.”

 

Dalam bab keluarga pula, dia ini seorang yang ikhlas. Dia sanggup lindung keluarga dia tapi masalahnya dia susah nak buat keputusan yang tepat. Jadi, orang yang ada karakter Pedantic ini tak sesuai untuk berpasangan dengan yang sama jenis. Ini teori je la, takdir Allah untuk jodoh kita tu Allah Maha Mengetahui :mrgreen: Kalau pun dia mahu buat perhubungan rahsia (secret affair), dia akan give up sebab dia akan lebih fikirkan keluarganya. Kiranya family first. Tapi disebabkan low self-appraisal, orang berkarakter ini kadang kala tidak boleh menjawab soalan dengan tepat kalau ditanya oleh anak-anaknya. Ini buatkan anak-anaknya MUNGKIN tak menghormatinya. Tapi mungkin saja lah kan. Tapi boleh katakan keluarganya nanti agak stabil disebabkan karakternya ini.

 

Belajar Psychology ini membuatkan kita lebih memahami pesakit kita. Penting juga Psychology ni kan? ๐Ÿ˜€

 

Mereka yang bersifat ini adalah orang yang mendengar. Yes, He/She is a good listener. My russian teacher once told us, “Being a doctor is being a good listener.” Itu saya setuju. Kadang-kadang pesakit kita datang kepada kita hanya ingin mencari teman berbual, walaupun memang pada masa yang sama ingin mendapatkan rawatan.

 

Mungkin ada pembaca di luar sana yang sama sifatnya dengan saya. Apa nasihat saya untuk diri sendiri? Tak apa, kita usaha mana yang termampu, sebab kita ada Allah. Biar Allah yang tentukan hala tuju kita mengikut apa yang kita usaha dan kita tawakkal.

 

**Lamanya saya tak update blog ni.

**Tahniah untuk Sarah Shukor atas pernikahannya kelmarin. Be a good, solehah and mithali wife. I am sure, life after nikah is much way better than living alone.

 

GOS Exam March 11, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 1:29 am

Assalamualaikum wbt.

 

Tarikh Final Exam (GOS) dah keluar. 10 Jun 2011 adalah tarikh keramat, bakal menyaksikan usaha selama 6 tahun dibayar bagaimana. Doakan saya berjaya menempuh ujian dunia yang ini ya!

 

Rabbi yassir wala tu’assir

 

Doktor dari Rusia February 23, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 12:05 am

Assalamualaikum wbt.

 

Tadi baru nak godek-godek blog ni sebab sebelum ni memang sibuk sangat dengan cycle Obstetrics. Mana taknya, keluar awal pagi selepas Subuh, jalan meredah sejuk beku bersuhu -25’C dan ke bawah, dengan angin sejuk lagi, semua itu memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Kalau tanya sesiapa pun, siapa sanggup jalan di awal pagi apabila suhu mencecah -25’C? Ada seorang budak Malaysia yang datang sini untuk conference pun tak tahan dengan cuaca sejuk macam ni. Budak Rusia je faham dan tegar dengan cuaca sebegini sejuk. Tapi ni bukanlah nada berunsur berlagak, cuma berkongsi rasa apa yang dialami di sini. Sesetengah orang tidak nampak kesusahan orang lain tapi hanya tahu menempelak saja ๐Ÿ™‚

 

Kembali kepada kisah saya godek-godek blog tadi. Ada yang sampai ke blog saya ni dengan word “Doktor dari Rusia”. Dalam fikiran saya, pastilah si dia ini antara orang yang membaca Berita Harian yang mengatakan doktor tamat pengajian luar negara tidak cekap terutamanya Rusia. Masa tu kecoh la budak-budak sini tentang isu itu. Ada yang mengamuk, ada yang tolong tenangkan. Ada yang melenting, ada yang sabar. Tapi sebenarnya bukan artikel itu yang menaikkan darah anak-anak muda di sini tapi komen-komen (salah seorang tu claim yang dia adalah seorang pegawai perubatan) di bawah artikel itu yang mendidihkan.

 

Begini ceritanya, ada satu artikel berita harian yang mengatakan doktor yang tamat pengajian luar negara tidak cekap. Tapi ada komen tu yang menyebabkan kawan-kawan saya marah sangat. Pointnya adalah: 1. Budak Rusia hanya tahu berjalan (melancong). 2. Mereka yang ambil perubatan di Rusia ada yang ambil aliran sastera. 3. Letak stetoskop bukan di tempat yang betul. Itu isu yang paling besar. Tapi yang paling seronok adalah artikel itu diletakkan di muka hadapan suratkhabar.

 

Pada saya ada betulnya cuma ia bukan boleh diaplikasikan kepada SEMUA DOKTOR YANG BERKELULUSAN DARI RUSIA. Mungkin ada kes-kes tertutup yang sengaja dibesar-besarkan. Ok, kita lihat satu persatu. Budak Rusia suka melancong? Katanya menghabiskan duit rakyat. Pada saya, kami bukan suka melancong. Kami hanya berjalan pada musim cuti. Apa yang bezanya kalau cuti pergi berjalan menjelajah bumi Tuhan dengan pulang ke tanah air bertemu keluarga? Guna duit juga. Tambah pula Moscow ini sangatlah sejuk di kala musim sejuk (winter), ramailah antara kami yang memilih untuk keluar dari Moscow untuk pergi ke tempat-tempat yang lebih panas suhunya. Itupun kami sudah consider banyak aspek. Kami bukan membazir ambil flight mahal, kami ambil flight yang ada promosi sebab kami sedar kami ini masih belajar. Ada duit lebih sikit, apa salahnya jelajah bumi Tuhan, ambil iktibar dan pengajaran. Dalam Al-Quran juga menggalakkan kita berjalan. Kalau pelajar yang belajar di negara lain pun, tak kisahlah Jerman ke, UK ke, US ke, walhal negara Arab sekalipun, bukan tak ada yang melancong. Saya sendiri pun ada terjumpa budak Malaysia yang berjalan keluar dari negara tempat mereka berjalan. Jadi bukanlah budak Moscow saja melancong! Jika belajar di Malaysia pun, saya tak rasa mereka tak berjalan sewaktu cuti. Paling tidak pun pergi Pulau Langkawi, tapi pun berjalan juga. Tak gitu? ๐Ÿ˜€

 

Kedua, ambil aliran sastera. Huh? Saya sendiri ambil aliran Sains Tulen sewaktu di sekolah menengah dulu. Tambah pula sekarang sudah ada No Objection Certificate (N.O.C) dari Kementerian Pengajian Tinggi sama ada layak atau tidak seseorang itu untuk belajar di Rusia ni. Dah kalau ambil aliran sastera, kamu rasa KPT luluskan dan keluarkan tak N.O.C tu? Fikir sendiri la. Tambah pula kebanyakan budak Rusia ini di bawah tajaan (biasiswa), mestilah pelajar yang terpilih. Ada orang yang gagal dalam SPM dapat biasiswa? Mungkin mereka yang bermasalah tu belajar atas tanggungan sendiri. Tapi saya tak rasa semuanya begitu. Ramai saja batch saya yang masih cemerlang walaupun kos pengajian ditanggung oleh mak ayah mereka. Cuma mungkin ada segelintir yang tercicir. Tapi kita tak boleh nak judge semua orang berdasarkan seorang saja yang bermasalah.

 

Ada seorang junior saya yang pergi hospital, lepas tu kena suntik berkali-kali tak dapat ambil darah, apabila ditanya grad mana, katanya grad local universiti. Ada senior saya kata, mereka yang extend posting dari local universiti. ย Tengok? Bukan semua universiti selain Rusia yang tak ada masalah tapi kenapa Rusia saja yang dilihat paling teruk? Apa yang membanggakan lagi, ada grad dari Rusia yang sekarang ini menjadi Ketua Housemen di hospital masing-masing.

 

Ketiga, letak stetoskop tak betul. Hurm ini mungkin terjadi tapi pada saya, itu asas dalam perubatan kot. Takkanlah points of auscultation tak tahu? Saya ini bukanlah hebat sangat tapi sekurang-kurangnya, asas kena ada dalam tangan. Kita ini bila belajar kena ada disiplin. Disiplin itu buatkan kita bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu amanah. Belajar itu satu amanah. Kerjaya tu juga satu amanah. Jadi dengan disiplin kita boleh pegang amanah dengan baik Insyaallah.

 

Apabila terjadi perkara-perkara begini, ia buatkan kami budak Moscow lebih kuat. Dengan dugaan orang Rusia yang berfikiran komunis, yang masih berada di dalam dunia mereka, yang tidak berapa menyukai orang luar, tambah pula dengan perempuan bertudung seperti saya (muslimah insyaallah), lagilah pandang macam nak makan orang lebih-lebih lagi selepas kejadian pengebom berani mati. Macam-macam dugaan, sejuk melampau, ancaman bom yang bila-bila saja, perangai orang Rusia. Bukan semua orang boleh hadapi semua dugaan itu secara serentak. Jadi apabila timbul perkara doktor Rusia tidak cekap, kami merasakan itu bukan salah kami. Kami dihantar oleh kerajaan untuk menuntut ilmu dan kami pegang amanah itu dengan sebaiknya. Segala perkara yang terjadi selepas ini kami serah bulat-bulat pada Allah selepas berusaha. Daripada melenting tak tentu pasal, lebih baik letak pergantungan kepada Allah. Dia lebih berkuasa dari suratkhabar ke doktor hebat mana ke, atau sesiapa sajalah.

 

Saya bukanlah mahu merungut, saya sebenarnya tak suka nak rosakkan hati saya dengan marah tentang perkara-perkara begini. Bersabar adalah jalan terbaik dan pada masa yang sama menuntut ilmu. Itu lebih bermanfaat. Semoga saya dan sahabat-sahabat lain boleh jadi doktor yang cekap seterusnya membidas dakwaan mereka yang tak betul itu. Kami nak buktikan yang kami juga mampu jadi doktor setanding dengan doktor grad UK, US yang orang Malaysia bangga-banggakan tu. Saya tak salahkan mereka yang belajar di sana cuma orang Malaysia yang terlalu mengagungkan UK dan US. Mereka yang belajar sana tu itulah rezeki mereka. Dan rezeki saya di sini. Allah takdirkan saya ke sini. Saya terima dengan redha.

 

**Maaf kalau ada yang terasa ketika membaca tulisan saya ini. Saya mahu motivasikan diri saya.

**Dengan timbulnya perkara ini, seolah-olah membunuh harapan dan jiwa seorang doktor yang mahu merawat pesakit. Tambah pula kalau mereka kata, “Saya tak mahu doktor Rusia rawat saya!”

**Apa saya harap dengan doktor yang komen pada artikel tu: semoga dia dapat pesakit Rusia yang tak tahu berbahasa inggeris. Baru dia tahu betapa pentingnya doktor dari Rusia :mrgreen: