from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Hari 16-Hari 21 March 29, 2011

Filed under: Cabaran Plurker — muslimahbestari @ 3:57 am

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini saya mahu sambung cabaran. Alahai, bila la saya mahu menyambung cerita percutian saya ini. *sigh*

 

Day 16 – Your celebrity crush.

Tak adalah crush sangat, tapi saya suka tengok Asyraf Muslim. Kalau jadi ustaz ke jadi budak nakal ke muka dia tenang je ngeh ngeh.

Day 17 – A photo of you and your family.

Sudah lama saya tidak bergambar bersama keluarga. Task ni buat saya sedih la 😦 Tapi saya ada gambar keluarga tanpa saya dan adik serta kakak saya seorang. adik dan kakak saya yang seorang itu berada di Australia ketika itu.


Day 18 – Something you crave a lot.

Makanan tradisional Melayu. Kuih muih contohnya pulut panggang!!

Day 19 – Another picture of yourself.


Day 20 – The meaning behind your blog name.

From little hands – Dari tangan-tangan kecil. Bermakna, dari tangan yang kecil ini boleh dan mampu mengubah dunia dengan hasil tulisan yang mencetus semangat . Hasil tulisan yang mampu mengubah hati-hati manusia untuk ke arah yang lebih baik. Tangan-tangan yang menulis yang mampu mengajak manusia mendekati Tuhan Pencipta Alam. Itulah kuasa tangan yang Allah beri dan akal yang memikirkan idea-idea untuk berdakwah :mrgreen:

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

Tapi saya dah bersara dari dunia ping pong. Rasa sedih pula tahun ni tak dapat mewakili universiti untuk Intervarsity Games. Tapi saya redha. Mungkin Tuhan tetapkan saya untuk jadi penyokong saja πŸ˜€ Lagipun ramai lagi junior yang hebat-hebat. Tambah pula saya perlu study untuk final exam GOS nanti. Alhamdulillah aturan Allah yang terbaik buat saya. Alhamdulillah.

 

Cabaran sekali harung. March 21, 2011

Filed under: Cabaran Plurker,life in moscow — muslimahbestari @ 12:13 am

Assalamualaikum wbt.

 

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.


Day 7 – Your dream wedding.

Ringkas, mudah dan penuh barakah. Kalau boleh, tak naklah yang ada karaoke la muzik melalaikan dan yang seumpama dengannya. Insyallah. Mudah bukan? :mrgreen:

Day 8 – A song to match your mood.

Aku Tanpa CintaMu by Mirwana feat Jay Jay

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Ala, tak ada gambar la sebab dah tak ingat apa yang dibeli.

Day 10 – A photo of our favorite place to eat.

“Our”? Saya suka makan kat rumah. Saya masak sendiri.

Day 11 – What’s in your makeup bag?

Make up bag? Dalam beg make up saya ada krim muka, sikat, bedak dan vaseline sahaja. πŸ™‚

Day 12 – A photograph of the town you live in.

Ni yang lemah gambar-gambar ni. Saya tinggal di kampung sahaja. Kalau gambar bandar Moscow, nantilah saya attach.

Day 13 – Your favorite musician and why?

Sami Yusuf, Maher Zain. Because they deliver dakwah in their songs. Jadi mereka yang cenderung kepada lagu-lagu ni bolehlah tertarik kepada Islam. Kredit juga pada mereka sebab rupa mereka yang kacak. Huhu..

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

Hurmm.. None. Saya kurang gemar tengok TV show.

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Passport and wallet.

**Kasih sayang Allah kepada hambaNya memang tak pernah pudar. Manusia yang selalu memudarkan kasih sayang terhadap Allah. T.T

**Permudahkanlah Ya Allah. Permudahkanlah.