from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Perancangan selepas belajar March 30, 2011

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 3:16 am

Assalamualaikum wbt.

 

Sekarang ini saya masih berjaga sebab tadi selepas menunaikan solat maghrib, saya tertidur sampailah pukul 11.30 malam. Bangun saja terus solat Isya dan terus buka buku. Kena berdisiplin lebih sikit sebab peperiksaan akhir sudah dekat. Lagi dua bulan seminggu saja. Itu bukan satu jangka masa yang panjang. Pejam celik, tahu-tahu esok dah nak pergi periksa.

 

Hari ini kelas saya petang. Kelas Parasitology. Kena pilih tajuk untuk pembentangan. Dan kumpulan kami memilih tajuk Cysticercosis. Salah satu penyakit yang disebabkan oleh cacing. Cacing jenis ini terdapat dalam daging babi yang tidak dimasak dengan betul. Hurmm ternyata hukum Allah memang sangat terbaik buat kesihatan badan kita, bukan? πŸ˜‰

 

Nak cakap pasal cacing malam-malam ni, rasa geli pula. Hehe.. Agak-agak nak cakap pasal apa ye? Hurmm rasanya macam tak ramai pun yang baca blog ni, jadi nak cerita banyak-banyak pun, macam tak seronok pula. Kalau dulu di blogspot, ramai juga yang singgah. Tapi disebabkan ada satu masa tu saya berehat panjang dari berblog tanpa sebarang notis (ada la nak dekat setahun!), jadi pembaca saya semua dah tak mengikuti perkembangan saya di Moscow ni. Tak mengapalah, siapa-siapa yang ada saja la.

 

Apa rancangan saya selepas habis belajar? Setiap orang mesti ada rancangan masing-masing bukan? Hurmm.. Apa rancangan saya eh? Jangka masa pendek insyaallah saya mahu ambil lesen kereta (kelakar bukan, dah tua bangka baru nak pergi ambil lesen kereta! :-P) dan kalau boleh mahu bercuti bersama keluarga. Dah lama benar nak bercuti bersama mereka. Selalu memang tak ada kesempatan. Hurmm apa lagi? Oh ye, saya bercadang mahu melawat semula sekolah lama saya yang saya sangat sayang itu >> SAMBEST!! Β Walaupun ramai cikgu yang dah pindah, atau junior-junior pun tak ada siapa yang saya kenal, tapi tak mengapa, yang penting semangat tu ada :mrgreen: Selepas tu kalau ada kesempatan, saya mahu berjumpa dengan KS! Tersangat rindu dengan kakak saya seorang ini. Tapi dia duduk jauh, harapnya Emak beri green light untuk saya ke Temerloh :mrgreen:

 

Jangka masa panjang pula. Lepas belajar, biasanya orang nak buat apa? Ramai kawan-kawan saya dah mendirikan rumah tangga selepas belajar. Jadi, saya pun nak lah! πŸ˜€ Hehehe.. Doakan la saya cepat-cepat eh. Lagipun, nanti sewaktu kerja dengar kata stress sangat-sangat, jadi kalau ada teman yang halal, lega sikit kepala otak. Hihi.. Lagi apa eh, oh, saya mahu mula bekerja, tapi kalau boleh mahu mula kerja selepas raya. Dah lama rasanya tak beraya dengan keluarga. Teringin juga nak merasa duit raya! Ish, sungguh tak patut benar saya ini. Dah tua-tua ni (Ah, tua lagi yang saya sebut!) masih mahu duit raya. Tapi apa salahnya kan, saya belum kerja lagi.. Hihi..

 

Hurmm setakat ni, itulah rancangan saya. Nak fikir banyak-banyak sangat rancangan pun, nanti takut tak tersempat nak buat. Oklah, saya mahu sambung belajar. Lama dah saya tersangkut kat sini. Adeh!

 

**Sekarang ni saya hantu dengar lagu lama-lama nyanyian Nada Murni. Macam sekarang ni saya sedang mendengar lagu Sunnah Berjuang! Terasa mahu berjuang..

Advertisements
 

6 Responses to “Perancangan selepas belajar”

  1. siti noor syazwana Says:

    saya baca…tapi betullah, sejak pindah wordpress saya pun dah jarang ke sini sebab saya link ke blogspot je. Nak update link tak terbuat-buat =(.
    Saya nak doakan moga K.SA cemerlang dengan jayanya! pulang ke Malaysia dengan tenang dan penuh jiwa….Selamat bermujahadah dan saya aminkan impian dan doa-doa itu..

  2. z Says:

    nice entry..!!

  3. salam.

    To Wana: Hurmm rasa macam tak sempat je nak ke UK sebab ada plan lain in row. πŸ™‚


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s