from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Doktor dari Rusia February 23, 2011

Filed under: life in moscow,perubatan — muslimahbestari @ 12:05 am

Assalamualaikum wbt.

 

Tadi baru nak godek-godek blog ni sebab sebelum ni memang sibuk sangat dengan cycle Obstetrics. Mana taknya, keluar awal pagi selepas Subuh, jalan meredah sejuk beku bersuhu -25’C dan ke bawah, dengan angin sejuk lagi, semua itu memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Kalau tanya sesiapa pun, siapa sanggup jalan di awal pagi apabila suhu mencecah -25’C? Ada seorang budak Malaysia yang datang sini untuk conference pun tak tahan dengan cuaca sejuk macam ni. Budak Rusia je faham dan tegar dengan cuaca sebegini sejuk. Tapi ni bukanlah nada berunsur berlagak, cuma berkongsi rasa apa yang dialami di sini. Sesetengah orang tidak nampak kesusahan orang lain tapi hanya tahu menempelak saja ๐Ÿ™‚

 

Kembali kepada kisah saya godek-godek blog tadi. Ada yang sampai ke blog saya ni dengan word “Doktor dari Rusia”. Dalam fikiran saya, pastilah si dia ini antara orang yang membaca Berita Harian yang mengatakan doktor tamat pengajian luar negara tidak cekap terutamanya Rusia. Masa tu kecoh la budak-budak sini tentang isu itu. Ada yang mengamuk, ada yang tolong tenangkan. Ada yang melenting, ada yang sabar. Tapi sebenarnya bukan artikel itu yang menaikkan darah anak-anak muda di sini tapi komen-komen (salah seorang tu claim yang dia adalah seorang pegawai perubatan) di bawah artikel itu yang mendidihkan.

 

Begini ceritanya, ada satu artikel berita harian yang mengatakan doktor yang tamat pengajian luar negara tidak cekap. Tapi ada komen tu yang menyebabkan kawan-kawan saya marah sangat. Pointnya adalah: 1. Budak Rusia hanya tahu berjalan (melancong). 2. Mereka yang ambil perubatan di Rusia ada yang ambil aliran sastera. 3. Letak stetoskop bukan di tempat yang betul. Itu isu yang paling besar. Tapi yang paling seronok adalah artikel itu diletakkan di muka hadapan suratkhabar.

 

Pada saya ada betulnya cuma ia bukan boleh diaplikasikan kepada SEMUA DOKTOR YANG BERKELULUSAN DARI RUSIA. Mungkin ada kes-kes tertutup yang sengaja dibesar-besarkan. Ok, kita lihat satu persatu. Budak Rusia suka melancong? Katanya menghabiskan duit rakyat. Pada saya, kami bukan suka melancong. Kami hanya berjalan pada musim cuti. Apa yang bezanya kalau cuti pergi berjalan menjelajah bumi Tuhan dengan pulang ke tanah air bertemu keluarga? Guna duit juga. Tambah pula Moscow ini sangatlah sejuk di kala musim sejuk (winter), ramailah antara kami yang memilih untuk keluar dari Moscow untuk pergi ke tempat-tempat yang lebih panas suhunya. Itupun kami sudah consider banyak aspek. Kami bukan membazir ambil flight mahal, kami ambil flight yang ada promosi sebab kami sedar kami ini masih belajar. Ada duit lebih sikit, apa salahnya jelajah bumi Tuhan, ambil iktibar dan pengajaran. Dalam Al-Quran juga menggalakkan kita berjalan. Kalau pelajar yang belajar di negara lain pun, tak kisahlah Jerman ke, UK ke, US ke, walhal negara Arab sekalipun, bukan tak ada yang melancong. Saya sendiri pun ada terjumpa budak Malaysia yang berjalan keluar dari negara tempat mereka berjalan. Jadi bukanlah budak Moscow saja melancong! Jika belajar di Malaysia pun, saya tak rasa mereka tak berjalan sewaktu cuti. Paling tidak pun pergi Pulau Langkawi, tapi pun berjalan juga. Tak gitu? ๐Ÿ˜€

 

Kedua, ambil aliran sastera. Huh? Saya sendiri ambil aliran Sains Tulen sewaktu di sekolah menengah dulu. Tambah pula sekarang sudah ada No Objection Certificate (N.O.C) dari Kementerian Pengajian Tinggi sama ada layak atau tidak seseorang itu untuk belajar di Rusia ni. Dah kalau ambil aliran sastera, kamu rasa KPT luluskan dan keluarkan tak N.O.C tu? Fikir sendiri la. Tambah pula kebanyakan budak Rusia ini di bawah tajaan (biasiswa), mestilah pelajar yang terpilih. Ada orang yang gagal dalam SPM dapat biasiswa? Mungkin mereka yang bermasalah tu belajar atas tanggungan sendiri. Tapi saya tak rasa semuanya begitu. Ramai saja batch saya yang masih cemerlang walaupun kos pengajian ditanggung oleh mak ayah mereka. Cuma mungkin ada segelintir yang tercicir. Tapi kita tak boleh nak judge semua orang berdasarkan seorang saja yang bermasalah.

 

Ada seorang junior saya yang pergi hospital, lepas tu kena suntik berkali-kali tak dapat ambil darah, apabila ditanya grad mana, katanya grad local universiti. Ada senior saya kata, mereka yang extend posting dari local universiti. ย Tengok? Bukan semua universiti selain Rusia yang tak ada masalah tapi kenapa Rusia saja yang dilihat paling teruk? Apa yang membanggakan lagi, ada grad dari Rusia yang sekarang ini menjadi Ketua Housemen di hospital masing-masing.

 

Ketiga, letak stetoskop tak betul. Hurm ini mungkin terjadi tapi pada saya, itu asas dalam perubatan kot. Takkanlah points of auscultation tak tahu? Saya ini bukanlah hebat sangat tapi sekurang-kurangnya, asas kena ada dalam tangan. Kita ini bila belajar kena ada disiplin. Disiplin itu buatkan kita bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu amanah. Belajar itu satu amanah. Kerjaya tu juga satu amanah. Jadi dengan disiplin kita boleh pegang amanah dengan baik Insyaallah.

 

Apabila terjadi perkara-perkara begini, ia buatkan kami budak Moscow lebih kuat. Dengan dugaan orang Rusia yang berfikiran komunis, yang masih berada di dalam dunia mereka, yang tidak berapa menyukai orang luar, tambah pula dengan perempuan bertudung seperti saya (muslimah insyaallah), lagilah pandang macam nak makan orang lebih-lebih lagi selepas kejadian pengebom berani mati. Macam-macam dugaan, sejuk melampau, ancaman bom yang bila-bila saja, perangai orang Rusia. Bukan semua orang boleh hadapi semua dugaan itu secara serentak. Jadi apabila timbul perkara doktor Rusia tidak cekap, kami merasakan itu bukan salah kami. Kami dihantar oleh kerajaan untuk menuntut ilmu dan kami pegang amanah itu dengan sebaiknya. Segala perkara yang terjadi selepas ini kami serah bulat-bulat pada Allah selepas berusaha. Daripada melenting tak tentu pasal, lebih baik letak pergantungan kepada Allah. Dia lebih berkuasa dari suratkhabar ke doktor hebat mana ke, atau sesiapa sajalah.

 

Saya bukanlah mahu merungut, saya sebenarnya tak suka nak rosakkan hati saya dengan marah tentang perkara-perkara begini. Bersabar adalah jalan terbaik dan pada masa yang sama menuntut ilmu. Itu lebih bermanfaat. Semoga saya dan sahabat-sahabat lain boleh jadi doktor yang cekap seterusnya membidas dakwaan mereka yang tak betul itu. Kami nak buktikan yang kami juga mampu jadi doktor setanding dengan doktor grad UK, US yang orang Malaysia bangga-banggakan tu. Saya tak salahkan mereka yang belajar di sana cuma orang Malaysia yang terlalu mengagungkan UK dan US. Mereka yang belajar sana tu itulah rezeki mereka. Dan rezeki saya di sini. Allah takdirkan saya ke sini. Saya terima dengan redha.

 

**Maaf kalau ada yang terasa ketika membaca tulisan saya ini. Saya mahu motivasikan diri saya.

**Dengan timbulnya perkara ini, seolah-olah membunuh harapan dan jiwa seorang doktor yang mahu merawat pesakit. Tambah pula kalau mereka kata, “Saya tak mahu doktor Rusia rawat saya!”

**Apa saya harap dengan doktor yang komen pada artikel tu: semoga dia dapat pesakit Rusia yang tak tahu berbahasa inggeris. Baru dia tahu betapa pentingnya doktor dari Rusia :mrgreen:

Advertisements
 

2 Responses to “Doktor dari Rusia”

  1. Syazwani Soleh Says:

    Assalamualaikum Akak ๐Ÿ™‚

    Saya nak tanya akak,kalo akak sudi nak jwb lahh ๐Ÿ˜€
    herm,betol ka, scholar Mara and Jpa dah tak taja students pegi russia?
    Saya bukan apa,saya mmg minat nak p sana,tapi bile dah kecoh pasal nie,saya pon bingung~ harap akak bole jwp cmnt saya a.s.a.p ehh ๐Ÿ™‚
    and akak pg under scholar ap?
    thanks โค

  2. faizah Says:

    Betul tu…ada 5 universiti di rusia mendapat pengingiktirafan MMC (malaysian medical council)

    Kalau nak pergi sana boleh dapatkan rundingan percuma di no 0162273645


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s