from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Madrid February 14, 2011

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan — muslimahbestari @ 9:59 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Hari ini saya balik dari kelas, saya tertidur. Saya hanya terbangun apabila kawan saya sampai dari Malaysia. Oh ye, kawan saya ini baru saja mendirikan rumah tangga balik cuti musim sejuk yang lepas. Jadi kami satu rumah memang menunggu kepulangan beliau untuk mendengar cerita sepanjang majlis beliau hari itu. Iya lah, kami pun tidak balik bercuti untuk hadir ke hari bersejarahnya itu. Jadi apa yang kami boleh buat adalah berdoa untuk kebahagiaan mereka berdua.

 

Jadi, hari ini saya ingin menyambung cerita tentang percutian kami hari itu. Jadi kita akan berhijrah ke Madrid, salah satu bandar yang besar di Sepanyol. Madrid ini satu bandar yang agak moden. Kalau sebut satu pasukan bola, Real Madrid, pasti semua orang pernah dengar tentangnya. Real Madrid adalah pasukan bola yang berasal dari Sepanyol. Nama pun Real Madrid, pastilah dari Madrid πŸ™‚

 

Peta lokasi Madrid

 

Perjalanan dari Barcelona ke Madrid mengambil masa selama 8 jam. Kami bertolak malam sebelumnya dan sampai di Madrid pada pukul 5.30 pagi. Dari stesen bas, kami mengambil subway untuk ke hostel dan sampai di hostel lebih kurang pada pukul 6.45 pagi. Tapi kami masih belum boleh check-in. Jadi kami solat subuh dan tinggalkan barang-barang kami sebelum keluar semula cari sarapan sebab kami lapar sangat-sangat. Manalah larat mahu berjalan jika perut kosong. Jadi kami berjalan di sepanjang jalan tu dan terjumpa Dunkin Donut dan kami dah malas nak fikir, tambah pula perut lapar, kami pun sarapan di sana.

Sarapan di Dunkin Donut sambil point out tempat mana nak pergi

 

Di Madrid kami duduk di hostel yang terletak di Anton Martin. Saya dah terlupa nama hostel tu. Maaflah ye πŸ˜€ Tapi saya letak beberapa keping gambar hostel tapi tak banyak sebab tak teringat nak ambil gambar πŸ˜€

Pintu masuk hostel kami

Kami mahu check out dah πŸ™‚

Lama juga kami duduk di Dunkin Donut tu. Sampai pukul 10 pagi. Tapi waktu tu pun, orang masih belum ramai lagi di jalan. Lagi seronok jalan waktu begini. Senang mahu ambil gambar. Mula-mula kami pergi ke pusat informasi pelancong (tourist information centre). Kami mahu bertanya bagaimana mahu membeli tiket bas untuk ke Granada dan Toledo dari Madrid. Nanti insyaallah ada cerita dari Toledo dan Granada. Selepas mendapat semua info yang diperlukan, kami pun mula berjalan meronda-ronda bandar Madrid. Oh ya, kami duduk di Madrid selama dua hari dua malam. Tapi sebenarnya Madrid tiada apa pun. Cukuplah dua hari satu malam. Malam hari kedua tu bolehlah bergerak ke destinasi lain pula. Tapi kami tersilap perhitungan, kami tempah lagi bilik tu untuk malam kedua yang sebenarnya amatlah merugikan. Lebih baik bergerak ke Granada, dapatlah lama sikit di sana. Tak apa, kita tinggalkan dahulu cerita itu.

 

Hari pertama tu kami berjalan di tempat-tempat tarikan pelancong. Kami bermula dari Puerta De Sol dan terus jalan mengikut peta. Di sepanjang jalan tu, kami pergi ke tempat-tempat ini:

1. Puerta de Sol.

2. Plaza Mayor

3. Monasterio de Las Decalzas Reales

4. Ayutamiento de Madrid (kira macam Putrajaya kalau di Malaysia)

5. Royal Palace

6. Royal Theatre

7. Parque Emir Muhammad I

8. Jalan di sepanjang Gran Via Madrid

Plaza Mayor

Plaza Mayor lagi

Petunjuk jalan ini sangat membantu πŸ™‚

Spanish tradition ini disarankan untuk dicuba tapi kami tak cuba sebab tak sempat

Sekitar Ayutamiento de Madrid

Parque Emir Mohamed I (tapi mereka dah banyak hapuskan bukti kewujudan park ini)

Royal Palace

Royal Theatre

Taman di luar Royal Palace

Fountain antara Royal Park dan Gran Via Madrid

 

Disebabkan kami baru sampai pagi tu, kami tak larat mahu jalan sampai malam. Jadi kami pulang awal dan siapkan barang untuk dibawa ke Toledo esok pagi. Tapi cerita di Toledo insyaallah saya akan cerita di lain entri. Di Toledo pun seronok juga. Eh, tak bolehlah cerita sekarang, nanti tak seronok :mrgreen:

Hari kedua, pagi tu kami bertolak ke Toledo. Sepanjang perjalanan pulang dari Toledo, saya tertidur dalam bas sebab penat sangat. Sampai saja di Madrid, saya terus je bangun. Maklumlah, masa tu tengah mamai kata orang. Jadi saya hanya tahu bangun dan turun dari bas. Beg pun kawan saya yang terpaksa bawa. Dah la dia ni kecil orangnya, bawa pula beg besar. Kasihan pula bila diingatkan semula πŸ˜€ Masa tu la saya tertinggal sarung tangan saya dalam bas. Bila dah teringat, cari bas tu semula, bas tu dah nak bergerak semula ke Toledo dan saya tak dapat pun cari sarung tangan saya tu. πŸ˜₯

Dari stesen bas Toledo tu, kami berjalan untuk ke Matadero (tempat bullfighting tapi sekarang under renovation). Kami hanya ambil gambar dari luar saja. Kami masuk dalam juga tapi disebabkan mereka tengah melakukan kerja-kerja pembaikpulihan, tak banyak yang kami dapat tengok. Selepas itu kami pergi lagi ke stesen bas lain untuk membeli tiket bas ke Granada. Setelah selesai, kami ke Retiro Park tapi apabila kami sampai, hari dah beransur malam. Dan kami terpkasa lalu jalan jauh sebab waktu tu, ada sekumpulan pemuda yang nampak mencurigakan jadi kami mengambil keputusan untuk lalu jalan jauh. Ya lah kan, takkan nak cari nahas lalu jalan tu juga walaupun dah tahu keadaannya begitu. Tak apalah. Kita teruskan perjalanan.

Tembok luar Matadero

Hampir dekat dah dengan pintu masuk

Pintu masuk Matadero


Sampai di jalan bertentangan dengan Retiro Park tu, ada satu pintu gerbang yang sangat besar. Rele Carolo III. Pintu gerbang ini terletak di Plaza de Independencia. Dan di situ juga ada bulatan (roundabout) besar. Susah juga nak lintas jalan besar tu tapi mujur ada tempat lintasan pejalan kaki. Tunggu saja lampu isyarat hijau menyala πŸ˜€ Retiro Park ini besar. tapi saya nasihatkan jika mahu pergi park ini, pergilah waktu siang supaya kamu tidak sesat. Sebab apa saya kata begitu, sebab kami hampir tersesat ketika mencari pintu keluar. Huhu..

Pintu gerbang yang saya cakap tadi


Di dalam park ini ada beberapa monumen seperti Alfonso V monument, Crystal Palace dan beberapa tempat lagilah. Kami pun tak sempat nak ronda semua sebab hari dah malam. Rugi jugalah sebab orang kata park ni sangat cantik tapi tak ronda semua. Tak apalah, tak ada rezeki kot :mrgreen: Kiranya inilah destinasi terakhir kami di Madrid. Harapnya ianya membantu sesiapa yang mahu ke Madrid. Manalah tahu ada yang nak berbulan madu di Madrid ke πŸ˜› Tapi ada satu lagi tempat yang saya cadangkan untuk sesiapa yang mahu bercuti bersama keluarga. Tungguuu ~~ :mrgreen:

Pintu masuk Retiro Park

Monumen Alfonso V

Berposing sikit la πŸ˜›

Inilah kawan saya yang kecil tu πŸ˜›

Jalan yang hampir buatkan kami sesat

Saya tinggalkan ini buat kamu di luar sana. Walaupun di Malaysia atau di mana jua keadaannya tidaklah sesejuk bumi Moscow ini, saya tinggalkan ini untuk peneman kamu semua :mrgreen:

Teh pudina yang menyegarkan di kala musim sejuk. Memang menyamankan.

 

**Tips I untuk berjalan: Sentiasa bersikap curiga pada orang luar supaya keselamatan diri terjamin.

** Syukur kepada Allah sebab buku credit saya dah terisi semuanya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

**Salam Maulud Nabi. Allahumma solli’ala sayyidina muhammad.

Advertisements
 

2 Responses to “Madrid”

  1. azuha Says:

    salam tq wanie , sharin something very interesting one….i sedang survey tempat menarik di sepanyol since saya inshaa allah akan ke spain dan morroco in the midd of nov ni…..so tq

  2. Useful info. Fortunate everyone I ran across your blog by accident, with this particular shocked precisely why this specific accident could not came about beforehand! I actually book-marked the idea.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s