from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Barcelona February 8, 2011

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan — muslimahbestari @ 2:40 am

Assalamualaikum wbt.

Ok. Hari ini kita nak menjelajah ke suatu tempat di Sepanyol yang bernama Barcelona. Barcelona ni terletak di tepi laut. Setelah kami sampai di lapangan terbang, kami mengambil bas untuk ke centre of the city bernama Plaza Catalunya. Biasanya bas ekspres untuk bergerak ke seluruh Sepanyol pun berhenti di plaza ini. Plaza ini dikira tengah bandar dan ramai orang yang berkumpul di plaza ini terutamanya di waktu petang. Dan pusat informasi pelancong juga terletak di plaza ini. Kiranya para pelancong tidak akan sesat dan berjalan di sekitar bandar Barcelona memang sangat mudah.

Di mana Barcelona?

 

Di Barcelona, kami bermalam di Garden House Feet Up Hostel Barcelona. Hostel ni agak jauh dari centre sebab salah kami juga, kami tak periksa dahulu lokasinya sebelum book. Jadi terpaksalah travel untuk ke centre.

Penjaga kaunter check in

Common room

Terrace

 

Hari pertama tu, kami sampai saja, setelah check in hostel semua, kami berjalan ke Sagrada Familia, satu gereja yang tidak pernah siap pembinaannya walaupun setelah beberapa lama. Kami tidak naik pun ke atas, hanya tengok saja dari luar. Maklumlah, kami ni jimat duit untuk sesuatu yang lebih besar ­čśÇ Dan selepas itu, kami meneruskan perjalanan mencari tiket bas ke Madrid. Apabila sudah mendapat tiket, kami teruskan lagi menjelajah ke La Rambla Street, tempat yang terkenal dengan pelbagai aksi dan ragam manusia serta cenderahati juga dijual di sini. Kalau ke La Rambla pada waktu malam, ramai orang berkumpul dan kamu boleh menyaksikan aksi-aksi yang menarik perhatian oleh orang-orang mereka di sepanjang jalan itu.

Tugu ini berdiri di Plaza Catalunya

Menikmati petang di Plaza Catalunya

Sagrada Familia

Antara yang menarik di La Rambla Street. Orang ini orang betul tau. Mereka cat badan mereka.

 

Malam itu kami pulang awal. Maklum sajalah, baru sampai. Tenaga pun sudah habis digunakan untuk mengangkat beg berat. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang awal supaya kami mempunyai tenaga yang cukup untuk berjalan keesokan harinya.

 

Pada keesokan harinya, kami memulakan perjalanan ke Park Guell, satu taman yang mana pembina taman ini adalah orang yang sama membina Sagrada Familia iaitu Antoni Gaudi. Taman ini sangat besar sehinggakan kami mengambil masa selama 3 jam untuk menghabiskan ronda sambil ber-posing :mrgreen:Kami sebenarnya sampai di Park Guell tu awal pagi. Kiranya sewaktu kami sampai tu, masih berapa kerat saja orang yang berkunjung. Oh ya, masuk Park Guell ni percuma saja dan ianya terletak di kawasan berbukit. Ha, sambung semula. Jadi bila tak ramai orang, seronok la kami bergambar. Ada la mencecah 300 keping gambar kami snap! Hehe.. Perempuan.. Perempuan..

Pintu masuk Park Guell

 

Selepas itu, kami berjalan turun dari Park Guell ke Plaza Catalunya dan terus ke Montjuïc. Kawasan Montjuïc ni terletak di Plaza Espana. Di sinilah para pelancong boleh melihat Magic Fountain yang berwarna-warni di waktu malam. Tapi sayangnya semasa saya pergi tu, fountain ini tidak dibuka kerana ia dibuka pada hari-hari tertentu saja. Dan tadi baru saya tahu maksud Montjuïc ini adalah Jewish mountain. Ish.. ish.. ish.. Di Plaza Espana ini juga terdapat dua buah menara yang seolah-olah menjadi pintu masuk kepada Montjuïc ini.

Inilah gambar magic fountain tu

 

Setelah penat berjalan jauh, kami pun singgah semula ke La Rambla untuk mencari souvenir Barcelona. Beli sikit-sikit saja sebab Barcelona ini agak mahal (tapi Moscow lagi mahal la :-P) dan kami berjalan-jalan di sekitar Plza Catalunya saja. Apabila sudah sedikit petang, kami pun pulang ke hostel semula sebab malam tu kami kena bergerak ke stesen bas untuk ke Madrid.

 

Satu perkara yang saya mahu ingatkan kepada sesiapa yang ingin ke Barcelona. Di Barcelona ini kena sentiasa berhati-hati dengan penyeluk saku sebab kawan saya sendiri mengalaminya (hampir diseluk saku begnya) semasa kami dalam perjalanan ke stesen bas. Mentang-mentang kami berdua saja, perempuan pula tu, mereka (seramai 3 orang, badan besar kot!) mengekori kami dari stesen metro bawah tanah lagi. Kisahnya begini. Pada malam tu kami ke stesen bas dengan menaiki metro bawah tanah. Setelah keluar dari gerabak tu, kami perasan mereka yang tiga orang ni sedang tunggu di lif. Jadi saya cakap dengan kawan saya supaya naik saja eskalator instead of the elevator. Mana taknya, muka mereka memang sangat mencurigakan. Jadi kami rela naik eskalator dari naik lif demi keselamatan diri kami. Bila kami berkeputusan untuk naik eskalator tu, mereka mengekori kami dari belakang.

 

Apabila kami berhenti, mereka pun berhenti. Kami berjalan, mereka ikut. Dua kali kami berhenti, dua kali mereka berhenti juga. Mana tak cuak! Jadi kami terus naik eskalator kedua dan tiba-tiba… Eskalator tu berhenti. Aku dengan pantas tolong kawan aku ni angkat bagasi dia (sebab dia sangat kecil untuk angkat bagasinya dengan cepat). Dan waktu tu lah, kami perasan beg selempang kawan saya tu ditarik ke belakang dan kameranya hampir terkeluar dari beg. Memang lagi sikit saja kamera tu nak diambil! Tapi kuasa Allah Yang Maha Mendengar doa hambaNya yang bermusafir. Alhamdulillah tiada apa yang jadi.

 

Pada malam tu kami bertolak ke Madrid.

 

Satu perkara lagi yang menarik tentang Barcelona ini adalah makanan lautnya. Disebabkan lokasinya di tepi laut, makanan lautnya sangat segar. Jadi sesiapa yang berkesempatan, cubalah makanan lautnya. Pasti kalian berpuas hati!

 

**Disebabkan saya mahu update cerita Barcelona tapi saya belum mengambil gambar dari kawan saya, saya ambil saja sebahagian gambar tadi dari internet. Tapi yang ada gambar saya tu memang saya punya koleksi la. :mrgreen:

Advertisements
 

5 Responses to “Barcelona”

  1. Syahmanz Says:

    Suasana Pantai di barcelona cantik? Ada pic?

  2. zie Says:

    Hmmmm…seronoknya…teringin narrr nak pijak kaki di bumi Spain…moga diperkenankan Yang Maha Esa …aamiin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s