from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Percutian ke Eropah February 6, 2011

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan — muslimahbestari @ 7:27 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Alhamdulillah. Saya baru sahaja pulang dari bercuti. Dua minggu lepas, saya bersama kawan saya seorang lagi bercuti di Sepanyol, Portugal dan Perancis. Kami bertolak dari Moscow pada awal pagi 23 Januari 2011. Kami transit di Rom, Itali sebelum sampai ke Barcelona pada pagi yang sama.

 

Yang bertanda kuning tu adalah tempat yang saya pergi. Dan dalam peta tu Granada tidak dilukis, jadi saya letak sendiri

 

Sampai saja di sana, kami mengambil bas dari lapangan terbang ke bandar Barcelona sebelum mencari hostel tempat kami akan bermalam. Apabila tengok peta yang kami dapat dari tourist information centre tu, terkejut betul sebab hostel kami tu jauh sangat di hujung peta. Dengan beg yang berat tu, kami heret sampailah ke hostel. Tapi semasa kami sampai tu, kami tak boleh check in lagi sebab check in hanya boleh dibuat selepas pukul 2 petang. Terpaksalah kami tunggu selama satu jam di common room hostel tu. Lepas dapat masuk bilik, siap-siap solat semua, baru kami mula berjalan-jalan di sekitar bandar Barcelona.

 

Dalam 2 hari kami habiskan masa di Barcelona sebelum kami bertolak ke Madrid. Kami ke Madrid dengan bas yang mengambil masa selama 8 jam. Sampai Madrid awal pagi esoknya. Sampai saja di hostel tempat kami bermalam, kami solat Subuh (sebab belum boleh check in lagi), tinggalkan beg besar (tapi barang berharga kena sentiasa bawa) dan terus keluar memulakan perjalanan di sekitar kawasan terdekat.

 

Kami berada di Madrid selama dua hari dua malam. Kami juga sempat ke Toledo, satu bandar kecil yang dahulunya pernah menjadi saksi berdirinya kerajaan Islam di sana. Perjalanan ke Toledo hanya mengambil masa selama 45 minit dengan menaiki bas. Hari ketiga tu, kami bertolak ke Granada, yang terkenal dengan Al Hambra yang sangat cantik. Cerita di Granada tu saya akan ceritakan kemudian bila semua gambar telah dikumpul. Tapi serius, Al Hambra sangat-sangat cantik dan mendamaikan. Ianya seceria nama yang dibawanya iaitu the red one (dalam bahasa Arab, ianya ditulis sebagai Al Hamra).

 

Kami duduk di Granada selama dua hari dua malam juga. Pagi hari ketiga tu, kami bertolak ke Cordoba (dalam arab disebut Qurtubah). Di sana berdirinya sebuah masjid yang sangat besar yang sekarang sudah bertukar menjadi Cathedral tapi seni bina Islam dan mimbarnya masih kekal di tempat yang sama. Yang berbezanya adalah ruang solat masjid itu penuh dengan chapels yang berlainan nama. Berada di situ terasa sedih dan seram sejuk. Berada di situ jugalah, saya terfikir, apa yang saya boleh lakukan untuk membantu Islam. Sebelum masuk ke dalam masjid tu, kami diingatkan oleh pakcik yang menjaga situ: Are you Muslim? Kami menjawab: Yes we are. Dia pun membalas: I want to remind you that you are not allowed to pray here since you know that this is not a mosque. It had been transformed into a cathedral. Kami yang malas nak mendengar pakcik tu cakap lagi, kami pun membalas: Ok. We know.

 

Petang tu, kami terus bertolak ke Seville, destinasi terakhir kami untuk sesi jelajah Sepanyol. Kami sampai di Seville malam tu dalam pukul 8 malam tapi disebabkan ramai orang muda yang berkeliaran di hadapan stesen bas (dan menyebabkan kami terasa macam tak yakin untuk berjalan kaki mencari hostel kami), kami pun mengambil keputusan untuk naik teksi saja. Mujur tak mahal sangat sebab tempat tu memang dekat tapi kami saja yang tak mampu hendak berjalan. Sampai saja, bersihkan diri, solat dan tidur. Kami perlu recharge energy untuk sambung jelajah Seville pula esok pagi.

 

Pagi esoknya, kami keluar selepas sarapan. Tapi apabila kami keluar saja, tengok tak ada orang pun di jalanan. Maksud saya, kami seolah-olah keluar sangat awal. Tapi logik la sebab hari tu hari Ahad dan kami keluar sedikit awal untuk mencari tiket bas ke Lisboa, Portugal. Hari tu kami berjalan dengan gembiranya sebab tiada orang ramai dan kami senang mahu mengambil gambar. Biasalah, perempuan, kalau berjalan, kalau tak ambil gambar, mana sah! :mrgreen:

 

Kami di Seville satu malam saja. Asalnya memang mahu duduk dua malam tapi memandangkan tiket bas ke Lisboa tengah malam kedua tu, kami terpaksa berangkat ke Lisboa malam tu juga. Dan kami tidur dalam bas malam tu. Kami sampai di Lisboa awal pagi keesokan harinya. Kami tidak menginap pun di Lisboa tapi kami terus berangkat ke Porto petang tu juga. Tiada apa yang menarik pun di Lisboa. Kami sampai di Porto pun malam juga. Dan di Porto sedikit sejuk sebab ia terletak di tepi sungai (dan ia terkenal dengan pelabuhannya). Seronok duduk di Porto sebab berkawan dengan orang-orang tua πŸ˜€

 

Dan destinasi terakhir percutian kami di Perancis( lebih spesifik, di Paris) tempat yang dikatakan sangat romantik untuk pasangan kekasih. Tapi ye kah? πŸ˜› Berada di Paris selama dua hari memang sangat memokaikan! Hehe.. Sebab dah malas nak jalan, jadi kerjanya makan sajalah! Huhu

 

Setakat ini itu saja yang saya tulis. Cerita di setiap tempat nanti, insyaallah saya update kemudian. Tapi saya tak rasa ramai yang baca sebab pembaca blog saya ini ramai sudah lari sejak saya berhenti menulis dahulu. Tapi tak apalah, sekadar menulis untuk berkongsi rasa, dan bercerita pengalaman, tak ada orang baca pun, tak apalah. Sekurang-kurangnya ia boleh jadi memori apabila saya sudah tua nanti. :mrgreen:

 

**Route kami adalah: Moscow-Barcelona-Madrid-Toledo-Madrid-Granada-Cordoba-Seville-Lisboa-Porto-Paris-Barcelona-Moscow

**Satu hari berjalan sepanjang 5 kilometer sangat membengkakkan kaki. Tak percaya, cubalah!

Advertisements
 

16 Responses to “Percutian ke Eropah”

  1. hidayah Says:

    salam,

    boleh dapatkan sedikit gambaran tentang barcelona. akan ke sana, insya Allah pada hujung bulan jun ini. Naik easyjet dari UK.

    Sy prefer guna email.
    Tq

  2. Mrs Umi Says:

    Wani, takde gamba ke?

  3. mazz Says:

    wah,bestnyer! sy pn teringin nk ke sana tp tak tau apa psl nk g ke sana?
    ada suggestion tak? pls emel i the details mcm bajet…perjalanan tu sesuai mcm ane semua…

    • saya ke sana pun sebab dah dekat sangat. Kalau kat Europe ni banyak je tempat cantik macam Swirtzeland (tp kos mahal), Turki, Spain. sekarang ni saya sibuk sikit, insyaallah kalau saya dah free nanti, saya emelkan apa yang Mazz nak tahu ok? πŸ˜€

  4. Haniff Z Says:

    Al Hambra memang sangat cantik!!
    sampai situ sahaja dah rasa worth the whole trip.

    • Yes agree with you. Absolutely agree. Rasa macam amat rugi kalau terlepas dari melawat Al Hambra. Tapi tak sempat lagi nak post tentang Al Hambra kat sini. Letihnya nak menulis :mrgreen:

  5. Rea Says:

    Wahhhh..Bestnya.. Saya nak ke Spain Aug ini.. Ada apa-apa tips tak?

    • Salam.

      Hurmm.. Tips eh, saya ni tak reti nak bertips-tips. Cuma berhati-hati sajalah sebab masa saya ke Spain haritu saya dan kawan hampir kena seluk oleh penyeluk saku. Jadi berhati-hati, dan jadi alert.

      **Saya sangat banyak berjalan di Spain. maksud saya jalan kaki.:mrgreen:

  6. Kam Says:

    write up yg simple tapi ada info utk dikongsi- syabas! teruskan menulis kerana masih ada yg baca

  7. Mya Says:

    Salam. Wah. best. Pls emel the details mcm bajet,perjalanan, tips etc. Can lah? can aite. Muchas gracias. hee.

  8. fiena Says:

    Wah..bestnye… Boleh tak emelkan sy tentang kos, tempat2 best kt sane and any tips there.. Plan jugak nk ke sana.. Gracias πŸ™‚

  9. zati Says:

    bestnya..blh tlg? sy nk bercuti kesana..tlg jdi tourist guide blh? spain to paris..hotel n transport sy sponser..cari lah date yg awak free..tlg email cost n estimate days utk sy apply cuti ye..

  10. sallih Says:

    berminat nak tau details pasal moscow, plan nak backpack hujung may ni. kalau sempat nak explore beyond moscow. thanks!

  11. Aisyah binti daud Says:

    Assalamualaikum , saya bercadang nk pergi dari 27.1. 2016 hingga 5.2.2016 tpi mungkin transit di amsterdam sehari .. Sempat x saya nk lawat sume bandr tu ? Jarak bandar antara mengambil masal bpe lama ? Dan berapa ye bajet ? Sorry sgt sbb byk sgt soaln .. Nanti bleh x balas kat emel saya . Sory sgt πŸ˜€


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s