from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Surat Cinta January 20, 2011

Filed under: love — muslimahbestari @ 1:37 am

Assalamualaikum wbt.

 

Ke hadapan seorang kakak yang jauh di mata,

 

Selamat hari lahir diucapkan dari bibir. Dan juga dari dalam hati. Tidak pernah sekalipun diriku lupa tarikh keramat ini. Sekali-kali tidak. Tambah pula bulan pertama dalam kalendar masihi. Insyaallah tidak lupa. Selamat hari lahir untuk kali keduanya.

 

Surat ini ditujukan pengganti diri. Surat ini juga bakal menjadi memori sementara kakakku yang lagi seorang ini belum bertukar pangkat. Surat ini semoga menjadi ingatan kepada kita berdua kelak. Semoga surat ini dibaca dan sampai maksudnya di hati penerima. Tidak sempat mahu mengutus secara terus memandangkan orang sekarang sudah jarang menggunakan khidmat pos :mrgreen:

 

Wani minta maaf seandainya Wani pernah berbuat salah silap yang terkadang tidak Wani perasan sepanjang KS berada di samping Wani dan mengenali Wani. Sungguh. Tidak terlintas mahu menyakiti hati dan perasaan KS. Jauh sekali buat KS berasa jauh hati dengan Wani. Semoga dengan meningkatnya umur KS, kehidupan KS lebih diberkati dan urusan KS dipermudahkan semuanya. Tapi satu perkara yang kita kena ingat, meningkat umur menandakan pendeknya kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini. Dan semakin sedikit peluang kita untuk beribadah kepadaNya. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam ibadat kepadaNya.

 

Wani tahu Wani bukanlah orang yang layak untuk memberi peringatan sebab Wani pun tidaklah sempurna orangnya. Sentiasa melakukan salah dan silap. Kadang kala Wani rasa risau dengan pencapaian diri. Risau dengan keadaan iman yang turun naiknya tidak menentu. Risau dengan keadaan diri yang kurang ilmu. Risau dengan persediaan ukhrawi. Tetapi semoga kita sentiasa berada di jalanNya dan dapat tempuhi dugaan yang mendatang dengan hati yang sabar. Walaupun Allah bagi dugaan, tetapi Dialah jua yang beri penyelesaian. Dan Dia jugalah yang bagi jalan untuk menenangkan hati yang gundah dengan ayat-ayatNya yang menyentuh jiwa. Semoga kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang lupa diri.

 

Selamat hari lahir KS. Wani nak ucap sepuas hati Wani supaya jika Wani terlupa, KS akan ingat yang sebenarnya jika Wani tidak sibuk atau ada sebab lain, Wani tidak akan lupa sekelumit pun perkara yang berkaitan dengan KS. Sampai setiap apa yang dilakukan, tentu terdetik di dalam hati,” alangkah eloknya jika KS berada di sini.” Tetapi apabila kembali ke realiti, KS tiada di sisi. Siapa sangka KS sudah 2 tahun tidak bersama kami. Dengan hanya 4 tahun kita berkenalan, tetapi ukhuwah yang tinggal sangat membekas. Surat ini macam surat cinta pula. šŸ˜‰

 

Selamat hari lahir KS. Wani tahu KS tengah stress sekarang ini dengan posting baru. Ketahuilah, Wani sentiasa doakan KS bahagia di dalam apa jua yang KS bakal tempuhi. Bersabarlah di atas segala dugaan yang menimpa. Bersabarlah di atas segala cabaran yang dihadapi. Mereka itu hanyalah mainan dunia yang kadang kala datang menjadi hiburan walaupun pada waktu itu kita tidak suka akannya. Tetapi ingatlah, setiap dugaan yang datang itu pasti ada berita gembira di sebaliknya. Dan usah terlalu gembira dengan kesenangan, pasti kelak akan datang ujian yang menepuk pintu iman. Bersederhana lebih baik pengakhirannya.

 

Selamat hari lahir KS. Wani ingin memohon maaf jika Wani tidak dapat bersama KS ketika hari yang kelak membahagiakan KS dan kehidupan selepasnya. Wani memohon dihalalkan semua pemberian, ilmu dan makanan serta minuman yang telah KS beri sepanjang kita mengenali antara satu sama lain lain. Gatal pula hidung ni. Nak terbersin tak jadi pula šŸ˜› Haah, Wani selesema sekarang. Kejap lagi nak makan ubat kemudian sambung belajar. Kalau tertidur atas meja, nasiblah.. Hehe.. Sambung balik. Wani memang ingin bersama KS di hari tersebut kalau itu menjadi hadiah yang paling bermakna. Tetapi apakan daya Wani melawan takdir Allah. Hanya doa yang ikhlas memanjangkan hadiah bermakna buat KS. Semoga KS dipermudahkan urusan.

 

Wani kurang pasti adakah KS membaca surat ini atau tidak. Jika dibaca, semoga ianya menenangkan hati KS. Jika tidak, semoga satu hari nanti surat ini sampai juga ke KS walaupun ia mengambil masa seribu tahun. Semoga kita dapat berjumpa jika Wani balik Malaysia nanti. Atau jika tidak, semoga kita dapat bertemu di Syurga abadi.

 

Wani ada beritahu seseorang yang kalau dapat pergi Pahang, boleh la rasa gulai ikan patin. Orang itu bertanya, “Pergi Temerloh nak?” Wani diam saja. :mrgreen: Harapnya dapat la Wani jejak ke Temerloh sana. Kalaupun bukan sebab jemputan, tetapi kalau bercuti pun tak mengapa kan? šŸ˜€

 

SELAMAT HARI LAHIR. Wani tinggalkan KS di bawah jagaan Allah SWT. Dan Wani tinggalkan juga sepotong wadah untuk motivasi buat KS. Love us always. Far from Moscow. ~~

 

**Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (ila akhir ayat) (Ali Imran:110)

**Kasih sayang ini lahir kerana kasih sayang kepada Allah dan Rasul. Semoga kasih ini membawa kita ke syurga.

Advertisements
 

2 Responses to “Surat Cinta”

  1. akak Says:

    Wanie..seronoknya dpt surat cinta macam ni. Akak pulak yg sedih ni. Indahnya ukhuwah yg wujud antara wanie & sarah.. Kalau Sarah bc nie (dia pasti bc..) mesti menangis pulak dia..huhu..sedih ni..:((
    Semoga ukhuwah ini kekal hingga ke sana..:)

    “Kasih sayang ini lahir kerana kasih sayang kepada Allah dan Rasul. Semoga kasih ini membawa kita ke syurga”…akak suka yg ni..hehe (kene tulis sbb xde button LIKE kat sini)

    • teringin juga nak dapat surat macam ni. tu yang tulis tu. hehe.. insyaallah kalau ukhwah kita bina atas dasar taqwa, ukhwah tu kekal sampai syurga. macam lagu faizal tahir plak. šŸ™‚

      senyum untuk akak juga šŸ˜€


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s