from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Cinta Berlainan Aqidah January 10, 2011

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 10:46 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Semalam saya berborak dengan kawan saya  (saya gelarkan kawan ni dengan nama A lah ye) mengenai cinta berlainan agama. Secara jujurnya, saya kurang bersetuju tentang isu ini. Itu cumalah pendapat peribadi. Saya mempunyai alasan saya sendiri. Tapi apabila perkara ini melibatkan kawan sendiri, saya rasa saya sendiri patut bertanya kepadanya secara telus. Sebelum ini kawan saya ini memang selalu bertanya pendapat saya tentang isu ini sebab kawannya (fahamkan yang kawannya itu BUKAN ISLAM dan lain jantina, kata lain ada hubungan istimewa) selalu tanya mengenai Islam. Saya berkata kepadanya, “OKlah tu. Awak ada peluang nak berdakwah pada dia. Cerita tentang Islam. Kongsi tentang kecantikan Islam kepadanya semoga dia tertarik.” Tapi kawan saya itu membalas,” Tapi susah Wani. Cara dia bertanya itu seolah-olah nak mencari kesalahan di dalam agama kita dan mematikan hujah saya. Saya tak suka begitu. Saya kata pada dia kalau dia benar-benar mahu tahu tentang Islam, saya boleh cerita apa yang saya tahu sampai dia faham tapi saya tak suka kalau dia tanya sebab nak mencari salah. Apakah tujuan sebenar dia?”

 

Apabila sudah lama perkara itu berlanjutan, mereka akhirnya tidak berhubung antara satu sama lain. Saya tanya pada A apakah yang sudah terjadi? A pun kata yang dia rasa tak suka dengan keadaan apabila kawan dia tu bertanya tentang agama, bangsa dan sewaktu dengannya. Jadi dia buat keputusan untuk tidak berhubung dengan kawannya lagi. Saya kata pada dia,” A, Wani respect pada A sebab A mampu bercakap tentang Islam yang kebanyakan mereka hanya berfikiran rasional sahaja tapi A mampu memberi analogi yang sangat simbolik sehinggakan mereka mampu faham tentang Islam walaupun sedikit. Kalau Wani, belum tentu Wani mampu lagi. Cuma mungkin memang dari mula dia tak nak pada Islam. Kalau orang bukan Islam ni, kalau dia betul-betul mahu pada Islam, kita nampak kesungguhan dia, bukannya kita rasa dia nak membidas kita sahaja.”

 

Tak apalah. Kita tutup dahulu cerita di atas. Kesimpulannya mereka dah tak berhubung dah sekarang. Apa yang saya mahu kongsikan adalah pengajaran tentang Cinta Berlainan Aqidah. Maksudnya apa? Maksudnya adalah seseorang itu memilih pasangannya dari kalangan mereka yang bukan Islam. Perkara ini pada saya berlainan jika si lelaki itu bukan Islam daripada kalau si wanita itu yang bukan Islam. Faham ke? Maksudnya isunya lain kalau lelaki yang bukan Islam. Dalam kes ini, perkara ini lebih susah sebab bukan semua lelaki yang bukan Islam itu mahu memeluk Islam sebab mereka lebih dominan terhadap perempuan. Kebanyakan kes yang saya tengok, si perempuan yang bukan Islam kemudian dia memeluk Islam. Hurmm.. Tapi jika si perempuan itu kuat pendiriannya, teguh Imannya dan luas ilmu Islamnya, insyaallah dia boleh memimpin pasangannya untuk meniti bahtera rumah tangga dengan landasan Islam. Tapi kalau setakat untuk berkahwin, pada saya, mereka hanya dapat sebuah perkahwinan sahajalah. Kan semuanya bergantung kepada niat. Macam dalam hadis pertama dari hadis 40 😀

 

Kan amat rugi jika seseorang muallaf itu apabila sudah memasuki Islam, tapi tiada siapa yang memimpin dia. Macam kes di Sabah. Setelah pengislaman beramai-ramai di sana berjaya, tiada pendidikan susulan untuk mendidik para muallaf ini untuk mendalami Islam dan meneguhkan aqidah mereka terhadap agama yang mereka baru peluk ini. Dan akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali kepada agama asal mereka. Bukankah itu satu kerugian kepada Islam? Dan juga kerugian kepada kita juga? Tapi jika betul-betul ada yang mahu memimpin muallaf ini, alangkah besarnya pahala dia. Apatah lagi jika membina keluarga yang benar-benar dalam lingkungan dan suasana Islam, MasyaAllah harmoninya.. :mrgreen:

 

Berbalik kepada kisah si A tadi. Eh, tadi bukan saya dah kata kes tu dah tutup ke? Ni nak buka semula. Huhu kelakar kelakar. Tapi bukan apa, tadi baca Al Quran Surah Ar Rum ayat 53, terus teringat tentang kisah A ni:

Dan engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).

Memang betul kata Allah. Kita tidak dapat memberi petunjuk pun kepada orang-orang yang buta hatinya. Hidayah itu milik Allah. Sedangkan kita sendiri pun tidak tahu adakah hidayah untuk kita cukup sekarang jika kita tidak memohon kepadaNya. Itulah sebab kenapa kita kena sentiasa pohon hidayah daripada Allah.

Lebih baik jadi burung. Sentiasa bertasbih. bercinta pun nampak manis saja.

 

Apa kesimpulannya dari cerita saya ini? Kesimpulannya bercinta biarlah sampai Syurga. Macam buku karangan ustaz Hasrizal tu. Jangan kita bercinta hanya untuk duniawi saja tapi biarlah kita yang menjadi orang yang membawa pasangan kita ke Syurga. Alangkah bahagianya jika begitu bukan? Kalau agak-agak tak mampu, carilah pasangan yang sudah ada Islam di jiwanya, mungkin itu lebih mudah untuk kita membawa pasangan kita meniti titian Islam dengan lebih lancar. Kalau cari yang bukan Islam hanya sebab rupanya sahaja, yang Islam pun ada saja yang rupa seperti Cina, atau India atau Mat Salleh pun ada. Inikan pula kalau rupa ala-ala Korea atau Jepun. Insyaallah jumpa. Islam ini luas di muka bumi. Kalau setakat rupa, di mana-mana sahaja boleh jumpa. Yang penting terus kahwin! Hehe. Saja melawak.

 

Kepada A, tak mengapa. Jodoh pertemuan milik Allah. Jika ada, insyaallah tak ke mana. Akan tibalah masanya nanti. Tambah-tambah awak bakal doktor. Insyaallah peluang lebih terbuka. Tapi dengar kata ramai lelaki nak elak dapat isteri doktor. Sibuk katanya. Benarkah? Susahlah saya macam ni! 😛

 

 

**Baru pertama kali nak jadi matchmaker. Rasa teruja pula! :mrgreen:

**Dah terasa macam Dr Cinta. Hahaha..

Advertisements
 

3 Responses to “Cinta Berlainan Aqidah”

  1. akak Says:

    wahai dr cinta ..selesaikan jugak masalah akak boleh?..hehe. Dr cinta susah jgk wanie..x leh nk check sakitnya mcm mane..ubatnya x ade kat dlm list dr..Jadi jgn tukar bidang..jadi doktor yg bukan dr cinta ek..:D

  2. jiwa sengsara.. Says:

    sye mngalami crite yg same spti yang dicritakan tadi..sye ade pnglaman bercinta ngan org jepun..sye syang sngat kat die smpai sye tlalu hanyut dengan cinta die…skng baru sye sdar yg tak mngkin die akan jadi milik sye…susah untuk mngislamkan die…tolong sye..sye merana smpai skng krne tlalu syangkan die..die da pulang ke jepun..tapi die masih biarkan sye tgantung2 dlam hbungan yg kurg pasti ni smpai ke ari ni..patut ke sye truskan hubungan ni ngan die?? sye sngat memerlukan ptolongan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s