from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Papan luncur January 7, 2011

Filed under: Jelajah Bumi Tuhan,life in moscow — muslimahbestari @ 1:43 am

Assalamualaikum wbt.

 

Sekarang ini sudah masuk bulan Januari. Dan sekarang ini aku masih bercuti. Semalam sempat aku bersama beberapa teman lain menjelajah ke suatu tempat bernama Nagornaya untuk bersnowboard! Terkejut tak? Jangan ingat perempuan sangat lemah untuk bermain sukan ekstrem seperti papan luncur salji!


Kami bertolak dari hostel pada pukul 10.30 pagi dan sampai ke destinasi sejam kemudian. Kami menyewa alat kelengkapan snowboard termasuk papan dan kasut selama dua jam. Bukan main lama sangat pun. Yang lama tu hanya mendaki bukit mencari tempat yang sesuai (baca: slope yang sesuai) untuk beginners macam kami ini. Mulanya memang susah nak berdiri. Ada tu yang siap kemalangan dengan pagar lagi. Aku tengok pun, aduh! Sakitnya. Aku ni pula, jangan kata terjatuh, siap tergolek-golek lagi. Dah macam nangka busuk dah. Buruk bebenar rupanya. šŸ™‚

 

Tapi lama kelamaan, kami sudah boleh mula berdiri di atas papan. Dan sedikit demi sedikit mula meluncur hingga ke bawah. Walaupun keadaan sangat sejuk, tapi aku tak kira, penangan adrenaline melawan kesejukan yang menyerang. Pipi masing-masing sudah mula memerah. Jari jemari juga makin membeku tapi disebabkan teruja, sudah meluncur hingga ke bawah, kami sanggup daki semula ke atas untuk meluncur lagi. Kalau kamu ada peluang bila-bila, pergilah mencuba sukan jenis ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Aku ini pun bukan kuat orangnya, tapi bila ada peluang, jangan lepaskan. Macam aku sendiri, banyak kali kot jatuh tergolek walaupun pada awalnya meluncur lancar saja dari atas. Sampai sakit-sakit badan aku.

Cuma satu saja kesilapan kami selain daripada tidak ada tenaga pengajar untuk meluncur. Apakah kesilapan itu? Haaa! Kami meluncur pakai jeans! Tak pernah dibuat orang. Orang Rusia, kalau mereka ke tempat meluncur tu, mereka ada satu set lengkap pakaian untuk meluncur. Bukan macam kami ni. Nampak sangat tak amatur, apatah lagi pro! Hehe.. šŸ˜€ Lagi satu cerita kelakar, kami ni sudah la mula meluncur di cerun yang paling landai, lepas tu menghalang proses orang lain meluncur sebab kami pergi duduk di tengah-tengah alam! Sudahnya, bila orang tempatan yang dah pro tu meluncur ramai-ramai, kami jadi takut nak meluncur turun dan akhirnya jatuh bergolek-golek.. Huhuhu šŸ˜€

Inilah sebenarnya kelengkapan snowboard yang betul dan lengkap. Bukan pakai seluar jeans dan t-shirt saja. Hehe


Di samping sukan yang boleh dikatakan bahaya itu, ada satu perkara yang aku sangat kagum. Kejadian alam yang sangat-sangat cantik. Sungguh indah ciptaan Illahi, di kaki bukit itu, cahaya matahari kadang kala bersinar terang, kadang kala dilitupi awan yang berarak. Kalau kamu lihat, Subhanallah, sekeliling ditutupi salji, putih semuanya.

Aku main snowboard ni dah kali kedua. Kali pertama dulu semasa tahun kedua. Masa tu lagi la tak tahu apa-apa. Memang kerjanya asyik bergolek-golek saja la. Rancangan selepas ini macam nak pergi skate pula. Ada satu taman di Moscow (aku merujuk kepada Gorky Park) ni yang boleh skate outdoor! Ianya hanya dibuka pada musim sejuk saja. Eh, memanglah kan, kalau bukan musim sejuk, mesti ais tu cair. Hehe šŸ˜€

 

Baiklah, aku rasa aku nak tinggalkan kamu semua dengan kesejukan Moscow. Nak masuk bawah selimut lah! Sejuknya…

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s