from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Semangatku kini kembali January 4, 2011

Filed under: life in moscow,peringatan — muslimahbestari @ 9:02 pm

Assalamualaikum wbt

 

Dahulu sebelum aku hadiri Simposium Perubatan kali-3 anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia – Moscow Student Chapter (IMAM-MSC) pada 1 Januari yang lepas, banyak yang aku dengar tentang bakal doktor yang graduasi dari Russia. Bermula dari cakap-cakap belakang di dalam hospital, gosip yang didengar dari segelintir orang, dari doktor sendiri dan paling dahsyat, masuk dalam suratkhabar. Dan kebanyakannya buruk belaka. Sangat menjatuhkan semangat kami di sini. Antara sebab mereka berkata begitu adalah sebab kualiti pembelajaran di Rusia ni. Aku tak nafikan memang kualiti pembelajaran tidaklah sehebat mereka yang belajar di UK, atau universiti tempatan. Tapi semua itu bergantung kepada seseorang individu itu bukan?

 

Hidup di Rusia ini sangat mencabar. Tambah lagi dengan berita-berita sebegitu, ia membuatkan aku rasa aku kena berusaha keras untuk membina semangat agar aku boleh menghadapi segala tohmahan atau apa yang sewaktu dengannya apa bila aku balik Malaysia nanti. Sewaktu Simposium hari itu, speaker yang dijemput adalah Dr Mohd Munawwar Hatta, seorang doktor yang sedang menyambung Master dalam Emergency Medicine. Tamat pengajian perubatan dari Universiti Islam Malaysia (UIA), beliau berkhidmat sebagai houseman officer (HO) di Hospital Selayang dan juga pernah berkhidmat di Afganistan selama 1 bulan bersama MERCY Malaysia. Antara isu yang ditimbulkan oleh beliau adalah “Kualiti doktor dari Rusia”. Menurut beliau, selama beliau bekerja bersama doktor dari Rusia, beliau tiada sebarang masalah pun. Begitu juga dengan speacialist lain. Jadi beliau mengutarakan persoalan, “Dari manakah timbulnya isu rendah kualiti grad dari Rusia ini?” Beliau juga menambah, biasalah kalau seorang dua yang slack dari sesebuah universiti tak kisahlah dia dari UK ke, Rusia ke walhal dari universiti tempatan sekalipun. Pada beliau, itu biasa. Yang membezakan seseorang itu adalah usaha dan tekad mereka. Boleh saja seseorang itu hendak jadi malas tapi apa akan jadi kesudahannya nanti? Diri sendiri yang rugi.

 

Mendengar kata-kata beliau, kami rasa semangat kami yang dahulunya pernah hilang, kini kembali membuak-buak. Just be ourselves and hardworking is the key of success. Secara peribadi, aku merasakan, aku mempunyai ramai orang di sekeliling aku yang sentiasa memberi semangat kepada aku terutamanya apabila berkaitan dengan profession doktor. Selain dari keluarga aku sendiri, aku juga mempunyai seorang kakak yang kini sedang berkhidmat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS), Temerloh. Aku memang tak nafikan, beliau memang seorang yang tabah. Aku doakan yang terbaik buat beliau. Oh ya, Hari lahir beliau dah nak dekat. Nak buat apa eh untuk kakak aku seorang ni? 🙂 Bercakap mengenai pemberi semangat ni, aku terfikir, alangkah bagusnya kalau ada orang yang sanggup memberi semangat kepada aku 24 jam semasa aku bekerja nanti. 😀 Tapi Wani, kau harus ingat, pemberi semangat yang terbaik ada di depan kau. Kalam Allah tu kan sangat menenangkan jiwa yang gundah (Ar-Ra’d:28).

 

Tinggal 6 bulan saja lagi aku akan menamatkan pengajian aku di bumi Tsar ini. Tapi bersediakah aku untuk menghadapi cabaran di bumi tempat tumpah darahku sana? Mampukah aku menangkis segala caci maki orang terhadap aku nanti? Tidak mengapa Wani, Insyaallah hati yang bersih dan terisi akan tenang sentiasa. Bersihkan hati, ia akan terpancar di wajah. Senyuman yang manis membuatkan orang sekeliling rasa gembira. Amanah yang ada dipikul dengan rasa tanggungjawab. Itu lebih penting. Di samping melengkapkan Ad-Deen yang syumul ini ^__^

 

** Daripada ‘Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy). Daripada ‘Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setengah daripada keberkatan wanita ialah mudah peminangannya dan mudah maharnya.” (Hadis riwayat Al-Baihaqiy) — Someone is going to complete the Ad-Deen. Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma fi khair

** Baru bulan 1, ramai dah kawan aku yang bertunang. Mabruk ‘alaikum. Semoga cepat nikah dan jemput saya. Hehe..

Advertisements
 

4 Responses to “Semangatku kini kembali”

  1. akak Says:

    6 bulan lg?..eh..dah x lama dh..siap sedia nk masuk medan perang..hihi. All the best ye wanie. Akak tau..wanie boleh. Kalau boleh survive hidup kat rusia tu takkan kt negara sendiri x boleh kan..Insya Allah..

    Nanti boleh sama² keje ngan kakak Wanie kat HosHAS tu..sure dia happy ..:)

  2. ainul arina Says:

    good luck for the finals akak!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s