from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Salam Musim Sejuk December 10, 2010

Filed under: life in moscow — muslimahbestari @ 9:37 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Sekarang ini aku berada dalam minggu cuti. Cuti selama 6 hari selepas tamat rotation Parasitology dan sebelum bermulanya rotation yang mencabar iman, fizikal dan mental iaitu Oncology, Infectious Disease dan OBGYN. Sekarang ini sudah masuk musim sejuk. Sejuk saja mata melihat alam ciptaan Allah SWT ini diselaputi salji putih tanpa cacat cela. Lagi-lagi jika dilihat pada waktu malam hening. Sungguh menginsafkan.

Sekarang suhu di luar berada di bawah takat beku, -3 darjah celcius. Dua minggu lepas, suhu turun serendah -23 darjah celsius! Sangat sejuk. Tapi sekarang suhu sudah naik semula. Dan semasa aku keluar ke pasar untuk membeli barangan dapur, salji turun seperti hujan rintik-rintik dan butiran salji itu hanya kecil-kecil. Macam titisan air yang membeku. Salji ni kalau turun ada macam-macam jenis. Ada yang macam hujan (macam hari ini), atau ada juga yang besar-besar sedikit saiznya sehingga kita boleh melihat bentuk salji itu yang sebenar. Atau kadang kala salji turun semacam hujan batu yang mencucuk mata. Ditambah dengan blizzard, ahh sangat menyakitkan muka. Tapi begitulah uniknya ciptaan Allah bernama salji ini. Salah satu daripada air mutlak juga kan?

Hari kedua minggu cuti aku ni, aku bersama ahli kumpulan aku (yang juga sedang bercuti) menjelajah Moscow sambil mengambil gambar sempena musim sejuk terakhir kami di sini. Kami hanya pergi ke Kremlin dan St Basil saja kerana aku mengejar solat Zuhur dan Asar yang waktunya pendek saja. Jangan hanya kerana mahu bergambar-gambar, solat yang menjadi tiang itu diabaikan. Kan tak bagus begitu 😉

Awal pagi tu kami terus bergambar di St Basil. Oh ya, lapangan untuk meluncur atas ais sudah dibuka di Okhotny Ryad. Betul-betul di hadapan pusat membeli belah termahal di Eropah, гум. Memang setiap tahun menjelang tahun baru, tempat luncur ais ini dibuka di sini. Maklumlah, di tengah-tengah Moscow. Lagipun, Moscow terkenal dengan musim sejuk yang melampau dan sukan luncur ais. Tapi pagi tu tidak ramai orang tempatan yang meluncur. Mungkin sebab waktu bekerja. Jadi tak ramai yang turun menunjukkan skill! 😀

Kemudian kami mengambil gambar berlatarbelakangkan St Basil dan Musium Sejarah (Historical Museum). Apabila dah rasa lama kami berada di luar, baju sejuk pun dah tidak mampu menampung kesejukan cuaca, kami pun masuk ke гум untuk memanaskan badan sambil bergambar-gambar lagi. Lagi satu, kalau ada musim perayaan bakal tiba, pusat membeli-belah di sini penuh dengan hiasan. Contoh macam sekarang ni, perayaan krismas bakal menjelang (walaupun mereka tak sambut pada 25 Disember) habis penuh pusat membeli-belah dengan pokok-pokok krismas pelbagai warna. Tengok je la nanti. 🙂

Bila dah rasa puas berjalan, kami pun singgah Manezh (pusat membeli-belah yang paling popular semasa kami tahun pertama dulu) untuk cari makanan. Masa tu dah tengahari, jadi perut pun dah lapar. Makan pun asal alas perut je. Balik rumah baru makan puas-puas. Selepas makan kami pun pulang dengan hati yang sangat-sangat senang dan tenang. Setenang salju yang jatuh menghampar bumi Tuhan.

Salam Musim Salju Dari Moscow. Из Москвы с любовью

**Musim sejuk ni, makin banyak pula aku makan. Seolah-olah menternak lemak untuk bersedia menghadapi musim sejuk yang suhunya bakal jatuh lagi. 😥 Tolong!!

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s