from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Kisah Ani December 1, 2010

Filed under: peringatan — muslimahbestari @ 6:10 pm

Assalamualaikum wbt.

 

Dua hari lepas aku melawat seorang junior aku, Ani (bukan nama sebenar) yang masuk hospital kerana disyaki menghidapi tuberculosis. Kami ke sana dalam satu kumpulan seramai 6 orang, diketuai oleh seorang junior kami. Malam tu cuaca sangat sejuk. Bila sampai sahaja hospital TB tu, kena daftar dahulu sebelum boleh masuk melawat. Bila dah sampai tu, sebelum dapat masuk ke wad, junior yang ketuai perjalanan kami tu kata, ” Ni nak bagitahu, mak Ani baru je meninggal pagi ni. Tapi dia dah tahu dah sebab abang ipar dia bagitahu. Saya harap akak-akak dapat buat biasa je nanti eh.”

 

Ya Allah. Besar benar dugaan Ani. Apabila dapat berjumpa dengan Ani, kami buat macam biasa saja, seperti tiada apa yang berlaku. Mengucapkan salam dan memeluk erat. Memberi buah tangan yang sudah dibawa dan berbual-bual serta bertanya khabar. Sungguh kami berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Kami tengok Ani pun senyum saja. Dalam hati ni berdetik, “Tabahnya hati dia. Semoga ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin. Dan semoga dia redha dan tabah menghadapi ujian Allah. Benarlah kata Allah yang Dia takkan berikan dugaan yang tak tertampung oleh hambaNya.”

 

Dalam pada kami borak-borak, seorang lelaki datang melawat. Oh, Ali (bukan nama sebenar juga). Ali ini adalah sepupu kepada Ani. Budak batch kami juga. Dialah yang banyak menolong Ani ketika dia mula-mula dimasukkan ke hospital itu. Dengan kelebihannya bertutur bahasa Rusia dengan sangat baik, dia menggunakan kelebihannya itu untuk menolong sepupunya. Dan pada malam itu, dia datang untuk menyampaikan berita kematian ibu Ani kepada Ani. Bila Ali bertanya kepada Ani,”Dah tahu dah?” Ani hanya mengangguk tanpa menunjukkan wajah sedih. Memang sungguh tabah. Dua ujian Allah datang kepadanya serentak! Dan dia masih mampu tersenyum. Sungguh. Itulah yang dapat kita lihat apabila Iman menebal dan mengawal nafsu dan perasaan. Sayangnya kepada Allah dan Rasul membuat hatinya lebih tenang menerima berita tersebut.

 

Ani banyak menceritakan kisahnya berada di hospital. Tentang teman satu wad dengannya. Tentang pengalamannya berada di ICU kerana pada mulanya Ami dimasukkan ke hospital, dia mengalami pendarahan di bahagian paru-paru. Dan simptom pertama yang membawa Ani ke doktor adalah batuk berdarah. Dan kerana itu dia dimasukkan ke ICU. Semasa di ICU, dia tetap membaca Al-Quran. Sampaikan ada orang tempatan ni bertanya, :lagu apa yang awak nyanyi tu? Saya tak pernah dengar la selama ini. Nyanyilah kuat sikit.” 🙂 Sangat lucu rasanya ketika kami mendengar cerita itu. Memang ternyata ayat-ayat Allah ini menenangkan dan menghiburkan di kala kesusahan dan kesenangan.

 

Apabila hampir tamat waktu melawat, kami meminta izin untuk pulang. Dan mereka yang tak berkesempatan melawat Ani, mereka membuat tahlil di asrama. Kami pulang dengan satu peringatan untuk diri sendiri, yang mana Iman yang sentiasa menebal dalam hati buatkan seseorang itu semakin kuat menempuhi hidup sebagai seorang khalifah dan hambaNya di bumiNya juga. Wallahu a’lam.

Advertisements
 

2 Responses to “Kisah Ani”

  1. ultrakopite Says:

    semoga tuhan memudahkan urusan kawan supasaiya tu… mmg tabah dia tu… selalunya student oversea mmg terpaksa tangggung segala jerih payah berseorangan tanpa ahli keluarga… bertuah kita kalo dpt rakan2 yg baik utk menguatkan semangat kita…

    *copy paste drik email kawan buat pedoman… best jugak kandungan email dia ni…
    ………………………………………………………………………

    rabbi yassir wala tu’assir…
    it’s ache rite here…
    dunno y…
    but it’s ache…

    ya rabbi yassir wal tu’assir
    moga dipermudahkan tuhan segala urusan..
    moga diberikan kekuatan dlm mendepani ujian..
    moga diberi kesabaran dlm mengharungi liku-liku hidup..

    hidup hanyalah sementara, persinggahan utk ke “dunia” yg lebih baik di “sana”
    tetapi adakah kita akan menjalani hidup di dunia dgn sambil lewa?
    dihimpit pelbagai masalah..
    dibebani dgn kesukaran…
    tanpa kita cuba berusaha utk mengubahkannya ke arah yg lebih baik?

    pilihan ditangan kita…
    tuhan sendiri tidak akan menolong sesuatu kaum tanpa mereka sendiri enggan berusaha utk mengubah hidup mereka…
    usaha. tawakal. doa.

    ramai yg tahu.
    tapi ramai juga yg tidak mengamalkannya..

    it’s ache rite here…
    it’s ache..

    rabbi yassir wala tu’assir…

    • Assalamualaikum wbt.

      InsyaAllah. She is a tough girl. Looking at her expression, we are sure she can face it very well.

      Thanks for the reminder. It is a good tazkirah for me myself.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s