from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Entri 1 untuk tahun akhir September 7, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 7:44 pm

Assalamualaikum wbt.

Maaflah sebab sudah lama tidak menulis di sini. Bulan Ramadhan pun hampir melabuhkan tirainya. Di Moscow ini, 1 Syawal jatuh pada hari khamis bersamaan dengan  9 September 2010. Bukan apa, terasa macam tiada mood nak menulis di sini. Ya lah, hati ini sayu kerana terpaksa beraya di perantauan lagi. Tapi insyaallah buat kali terakhir la tahun ini. Bermakna, aku juga akan menghabiskan satu tahun lagi di bumi bertuah Moscow ini.

Sudah dua minggu aku bergelar pelajar tahun akhir. Cycle aku yang pertama ini bermula di Surgery Department (Jabatan Pembedahan). Hospital yang aku ditempatkan ini jauh jugalah. Keluar rumah dalam pukul 7 pagi macam tu. Sampai saja di hospital, sarung white coat dan terus saja menyertai doctors’ conference yang bermula tepat jam 8.30 pagi. Kalau lambat saja sudah tak dapat masuk. Inilah pentingnya ketepatan masa. Dan aku tiada masalah untuk itu 🙂

Sesudah conference, terus pergi wad yang sudah ditetapkan oleh doktor kami. 1 wad dalam 3 orang pelajar yang ditetapkan. 2 dari English medium dan 1 dari Russian medium. Wad yang aku in charge ni adalah wad untuk pesakit arterial and venous diseases. Mereka ini mempunyai masalah dengan salur darah yang tersumbat atau aliran darah yang tidak berapa lancar. Sama ada masalah arteri atau vena. Ada juga yang dipotong kakinya sebab tisu mati akibat kurangnya darah yang dapat pergi ke tisu tersebut atau lebih dikenali sebagai gangrene.

Setakat ni aku masih ok lagi di sini. Tadi sebenarnya baru balik dari masjid. Buat apa kat masjid? Hehe.. ingat aku buat apa kat sana? Tadi pergi hantar baju untuk didermakan. Jumpa la sekali tok imam kat masjid tu. Waah sangat segak berkot dan berkopiah. Cuma ada dia tanya, “ada pakaian untuk kanak-kanak tak?” masalahnya tiada sebab pelajar sini tak ada anak lagi. ^^

**All the best untuk Mia yang nak exam Khamis ni.

Advertisements
 

4 Responses to “Entri 1 untuk tahun akhir”

  1. alchemy Says:

    salam, selamat hari raya wanie~

  2. Mia Says:

    Raya dengan bahagianya, sebab baru habis exam. hehe. Selamat Hari Raya!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s