from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Rehlah Mahabbah May 12, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 8:14 pm

Assalamualaikum wbt.

Isnin lepas, sempena cuti Victory Day (Den Pobedi), ada rehlah sesama muslimat di Sportiv Park, 8-10 minit jalan kaki dari hostel tempat aku tinggal. Bermula dari pagi, dimulai dengan Tadabbur Alam, membandingkan sumbangan unsur-unsur di muka bumi Allah ini dengan sumbangan kita di samping merefleks diri tentang sumbangan kita terhadap kawan-kawan. Yang mana lebih banyak? Sumbangan unsur tersebut atau sumbangan kita?

Selepas itu, masa untuk bermain! Main Pokokku Sayang, tapi team aku awal-awal lagi dah kalah. Aduhai, penat peluk pokok saja. Hehehe.. Dan selepas itu main cari orang dengan mata tertutup. Ha, yang ini memang aku fail! Entah siapa-siapa saja aku jumpa. Tapi yang paling penting, ianya seronok! Seronok main bersama mereka.

Dan akhir sekali, kita makan!! Makan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka. Ada mee goreng, nasi goreng, makaroni, kuih-muih, tempe pun ada! Waah.. semua sedap la. Alhamdulillah. Semoga Allah berkati kita semua.

Sekarang ini dah nak dekat exam. Lebih kurang lagi 2 minggu macam tu. Nampak gayanya, aku kena kurang-kurangkan bermain. Kena lebih fokus. Dah nak jadi pelajar tahun akhir la katakan. Kenalah serius sikit. Lebih serius dari sebelum ini.

**Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bilkhair.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s