from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Kulit April 29, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 12:57 am

Assalamualaikum wbt.

Kelmarin aku baru saja dapat keputusan ujian darah dan medical check up untuk membenarkan aku buat praktikal di Moscow yang tersayang ini. Hahaa.. Alhamdulillah juga aku panjatkan kerana darah aku bersih dari sebarang kuman samada bakteria mahupun virus. Tiada Hepatitis B, C atau HIV. Tapi lepas ini kena jumpa consultant untuk penyakit kulit pula.

Bercakap mengenai kulit, aku ini adalah seorang yang berkulit gelap sedikit. Kiranya penghasilan melanin adalah sedikit tinggi dalam diri aku. Tapi tak apa, orang kata aku Hitam manis, bukan Hitam legam! Hahahaa. Kulit gelap ni ada kebaikannya, kurang risiko untuk mendapat kanser kulit. Walaupun orang sekarang mencari-cari calon yang berkulit putih, ataupun dengan kata lain nya suka tengok orang kulit putih, tapi aku tak kisah dan merasakan selesa dengan nikmat yang Allah bagi kat aku ni.

Dan aku amat-amat bersyukur kerana aku jarang ada masalah kulit. Cuma dulu aku pernah la kena panau, dah la kat muka pula tu. Cuba bayangkan betapa malunya aku nak pergi sekolah. Lepas tu cakap kat Abah, ada la Abah bagi ubat sapu tapi sakitnya tu Tuhan saja yang tahu. Tu semua gara-gara kaki main masa kat sekolah. Berjemur tengah panas main bola jaring. Tapi sekarang tidak lagi. Aku hanya main indoor je iaitu ping pong. Ping pon ni orang tak main tengah panas 🙂

Dah berkarat ni otak sampai tak tahu nak tulis apa. Nak ucap tahniah kepada semua yang nak membina masjid dalam masa terdekat ni. Ramai nih! Tahniah.

Advertisements
 

One Response to “Kulit”

  1. alchemy Says:

    Masjid ko bile ni wanie? x saba aku nk tangkap gamba ko ni. haha….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s