from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

7th Intervarsity Games in Kursk April 19, 2010

Filed under: favourite — muslimahbestari @ 8:59 pm
Tags:

Assalamualaikum wbt.

Aku baru sahaja pulang dari Kursk, menyertai Sukan Intervarsiti ke-7. Seperti biasa, sukan yang aku sertai adalah ping pong, sukan yang paling selamat aku kira tanpa cedera mahupun trauma kecil. Tak seperti sukan lain, yang memerlukan tenaga, dan mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan. Ramai yang aku tengok dapat sakit kaki la, luka, terseliuh, hematoma dan sebagainya.

My teammates

Yang menyertai ping pong dalam kejohanan sukan itu hanya 3 universiti sahaja tapi kesemuanya kuat-kuat belaka. Team kami campur. Kiranya organizer buat team event. 1 men’s single , 1 women’s single , 1 men’s double , 1 women’s double & 1 mixed double. Aku main women’s double je. Mulanya nak layan je la main macam biasa, sebab kalau kalah pun, insyaallah pasti dapat medal walaupun bukan emas. Tapi tahulah kan, teammates aku semuanya chinese, mestilah nak yang terbaik. Jadi kita main sungguh-sungguh. Perlawanan pertama menyaksikan aku bertembung dengan Volgograd State Medical University (VSMU) dan kami menang straight 3 sets. Alhamdulillah. Ni main liga. Siapa mata terbanyak, masuk final. Perlawanan kedua berjumpa dengan Kursk State Medical University (KSMU). Dalam perlawanan yang ini la kami kalah 3 straight sets tapi masih melayakkan kami ke perlawanan akhir. Lawan dengan KSMU ni kami rasa berdebar.Mana taknya, kerja dorang asyik bagi bola cut, spin dan seumpama dengannya. Kalau perempuan main, kena ada skill ni. Kalau tak, tak ada advantage kat kita. Sebab kalah tu pun aku rasa sebab kami banyak buat kesalahan yang kecil. Jadi tips untuk bermain (bagi orang yang main ping pong la kan..) Jangan buat kesalahan kecil dan pastikan bola kita sentiasa masuk. Lagi satu, main jangan gopoh, just relax. Kalau nak smash tu, smash bila dah ada keyakinan dan smash betul-betul.

Dalam perlawanan akhir tu, yang single lelaki dan single perempuan dan menang. Jadi untuk universiti aku menang pingat emas, kami perlu menang satu je lagi. Aku pun main la, tapi aku main 4 sets. Set pertama dengan kedua aku kalah, tapi set ketiga menang. Set yang keempat tu kalah pula. Tapi masa kami kalah tu, double lelaki pula menang! Itu menjadikan kami merangkul kejuaraan selepas tahun lepas kami gagal mempertahankannya. Ini adalah kali kedua aku dapat emas sepanjang 3 tahun aku melibatkan diri dalam arena ping pong ni.

Our final opponents in white. We are in red.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah SWT atas kurniaan dan rezekinya yang melimpah ruah. Mana taknya, sampai saja di Kursk, kami diberi hotel yang lengkap dengan jakuzi lagi. Makanan yang dihidangkan pun tak kurang hebatnya. Rasa asyik tak sabar je nak ambil next meal. Memang rasa tak nak miss la every meal tu. Sungguh berbeza dengan kali pertama aku datang Kursk masa tahun pertama dulu. Everything has improved!

My teammates in front of the Kursk State Medical University (KSMU)

**Untuk orang yang ada perlawanan ping pong  29 April ni, ko main betul-betul ek. Ni motivasi dari aku. Guna tips yang aku bagi tu. Dan doa banyak-banyak. Insyaallah korang boleh!

**See you next year in Moscow!

Advertisements
 

One Response to “7th Intervarsity Games in Kursk”

  1. nel Says:

    u go to KSMU?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s