from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Kempen dengar nasyid April 7, 2010

Filed under: favourite — muslimahbestari @ 7:17 pm

Assalamualaikum wbt.

Kat sini, bila aku humming satu lagu English (contoh: Poker Face by Lady Gaga), semua orang kata: Waahh, tak sangka ko tahu lagu tu! Hahaa.. Ya! Aku memang buta dengan lagu-lagu sebegini. Maksud aku, lagu-lagu English ke, Russian ke, Melayu ke. Hurmm.. Lagu Melayu memang aku jarang dengar. Eh, bukan. Aku memang jarang dengar lagu. Kalau pun nak dengar lagu, usually nasyid songs suit me best. Bukan nak bangga ke apa ke, tapi aku dah terbiasa dengar lagu nasyid sejak dari sekolah menengah dulu. Lagu Rabbani la, Raihan la, Hijjaz la dan macam-macam kumpulan nasyid lagi la.

Sampai sekarang ni pun, walaupun sudah banyak kumpulan nasyid yang ditubuhkan, aku tetap suka kumpulan nasyid yang lama-lama. Lagi satu, aku suka juga nasyid yang berbahasa inggeris, contohnya Sami Yusuf, Maher Zain, Zain Bikha dan sebagainya. Aku ni kureng sikit nasyid yang berbaur cintan-cintun ni, kecuali cinta kepada Allah dan RasulNya. Kalau lagu tentang ibu bapa, persahabatan atau penciptaan alam, lagi best. Menusuk terus ke kalbu.

Kadang-kadang dengan nasyid ini membawa kita lebih dekat dengan Pencipta. Ye la,nasyid tu kan dikarang dan digubah sebagai cara kita mengingat kepadaNya. Ada satu contoh lagu: Hold My Hands by Maher Zain. Cubalah youtube ke, lepas tu dengar lagunya, sangat seronok. Di samping itu, ada juga nasyid yang ditulis dan didekasikan untuk ibu atau bapa. Sampaikan sekarang ini, nasyid hari lahir pun sudah ada!

Aku tak malu jika dikatakan ketinggalan zaman tak mengikuti lagu-lagu Barat. Kalau orang lain ada minat sendiri terhadap sesetengah genre lagu, aku pun ada juga. Tapi sekarang ini aku dah jumpa ramai orang yang suka kedua-dua genre (nasyid dan bukan nasyid). Kiranya sekarang ini nasyid dah mendapat tempat.

Apa kata kita buat kempen Satu Hari Satu Nasyid? Tiada salah pun. Memperbagaikan jenis lagu. Cubalah! Nasyid ni pun seronok. Trust me! 😉

For the beginning, let me present to you: Hold My Hands by Maher Zain

Advertisements
 

2 Responses to “Kempen dengar nasyid”

  1. Mia Says:

    suka lagu ni jugak…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s