from little hands

Yakin pada diri, serah padaNya, insyaAllah segalanya OK!

Permulaan minggu di Moscow March 30, 2010

Filed under: Uncategorized — muslimahbestari @ 3:30 am

Assalamualaikum wbt.

Pagi ini aku membuka emel. Banyak emel masuk bertanya tentang keadaan aku di sini. Aku alhamdulillah sihat saja. Aku hanya menulis keadaan aku di sini, tidak di blog aku yang di blogspot tu. Tak apalah, di mana-mana pun sama.

Tentang kejadian semalam, gambar di atas adalah antara gambar di sekitar tempat kejadian yang aku kira di tempat letupan pertama terjadi. Gambar ini aku ambil dari blog seorang pelajar yang belajar di Moscow http://www.umaralfateh.wordpress.com. Tapi di kebanyakan berita, gambar ini jugalah yang ada.

Kejadian semalam juga keluar di Buletin Utama. Aku menonton juga Buletin Utama walaupun di sini aku tak pernah tengok. Aku hanya tengok untuk insiden yang berlaku di Moscow saja. Kasihan junior 1st year di sini. Cabaran mereka sungguh besar dalam menuntut ilmu. Sudahlah jauh hendak ke kelas, tambah pula dengan insiden itu. Tak apalah adik, bersabarlah dan tabahlah. Jaga diri elok-elok ok. Bawa sebarang alat yang boleh menyelamatkan diri jika diganggu.

Kalau nak kata di Moscow kurang selamat, di Malaysia juga tak adalah selamat mana. Kejadian rompak merompak, ragut lagi, jadi keadaan sama saja. Kita juga berada dalam risiko yang sama. Cuma bersediakah kita untuk hadapinya, kita saja yang boleh jawab soalan itu. Aku sendiri pun terfikir-fikir jawapan untuk soalan aku itu.

Moscow ini tempat yang sibuk. Lihat sajalah keadaan gambar di bawah. Memang itulah keadaannya setiap pagi di Moscow. Bagi yang perlu ke kelas menaiki metro awal pagi, mereka memang terpaksa meredah lautan manusia itu. Ia hanya lengang pada waktu awal pagi Ahad. Tambah pula dengan kejadian pagi semalam, menjadikan metro Moscow bertambah sibuk.

Cabaran sedikit ini Allah hantar pada kita untuk melihat sejauh mana tawakal kita kepadaNya. Yakinlah pada Dia, Dia pelindung kita yang paling dekat, sedekat urat nadi kita. Yakinlah pada Dia, yakinlah.

Advertisements
 

7 Responses to “Permulaan minggu di Moscow”

  1. fathiyyah Says:

    kak wani, take care!

    risau jugak ni pada kakak2 sekalian

  2. akak Says:

    Alhamdulillah kalau semuanya tak terlibat. Tapi dalam paper katanya ade pelajar sem 6 yg cedera. Take care ye wani.

    * senyap² pindah umah ye..:p

  3. ainul arina Says:

    salam kak wani, saya nampak rumah baru! hehe

    erm.. terkejut ainul dgr berita ni haritu. dalam kepala teringat habis semua yang ainul kenal kat moscow tu. Alhamdulillah semua selamat. Hati2 ye akak. semoga semuanya dibawah lindungan allah selalu.. amin..

    p/s: teruja tau tengok blog baru akak ni, banyak info travel. mata saya dah bersinar2-sinar baca. hehehehe… ;p

    • salam.

      mesti awak lebih ingat kat adik awak yang sorg tu kan? hehe.. alhamdulillah kami ok je kat sini.

      p/s: saja nak kongsi pengalaman dengan ramai orang. Mana tau ada orang nak pergi tempat yang kita dah pergi ke kan?

      • ainul arina Says:

        itu yang saya suka tu. Lepas ni kalau saya ada plan ke tempat2 yang akak dah pergi tu, boleh lah saya roger2 tanya ya? ^_^ Saya memang suka bab jalan2 nih..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s